Wednesday, February 29, 2012

Erykah Badu : Ada Juga Orang Melayu Sokong

 "To those who are a bit ancient, let me just say that people seldom tattoo something on their bodies because they are against it" tulis Dr Kamal Azman dalam Malaysian Insider pada 29 Februari 2009.

Amat mengejutkan bila melihat ada juga orang Melayu yang meletakkan hiburan mengatasi soal agama. Tidak menjadi hal kepada mereka jika kalimah Allah dipersendakan kerana alasan hak asasi. Alasan yang sama sekali lagi digunakan untuk mempertahankan tindakan-tindakan pelik dan songsang di negara ini. 

"Ancient", lapuk sekali lagi digunakan untuk menghalalkan perbuatan yang menghina kesucian Islam. Sebelum ini pernah digunakan perkataan sama untuk mansuhkan undang-undang liwat di negara ini (baca sini). "It is about freedom of choice" tulis Dr Kamal Azman. Ini contoh seorang Melayu yang sudah diserang dengan parasit liberal. 

Apa pandangan pemuda PAS, Gamis dan persatuan-persatuan mahasiswa Islam terhadap Dr Kamal Azman ini? Mereka pasti akan biarkan sahaja Dr Kamal Azman ini sebab dia menulis di portal Malaysian Insider. Lihatlah bagaimana PAS dan Gamis tidak berani berbuat apa-apa lagi untuk agama kerana dikongkong oleh sentimen politik.

 

0 comments: