Akhirnya kenyataan Dr Google terpercik ke kaca matanya sendiri. Menyifatkan Kelantan miskin secara terbuka dalam laman milik PAS iaitu Harakahdaily. Mempertikaikan kepimpinan BN yang terdahulu dengan andaian bukanlah satu analisis yang baik.
Sejumlah RM10 bilion sudah diberikan oleh kerajaan BN untuk Kelantan sejak tujuh tahun yang lepas untuk tujuan pembangunan.
Projek mega yang turut dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri
Kelantan adalah pembinaan Jalan Pasir Puteh-Gong Kulim-Tok Bali,
Pasir Puteh, Kelantan dengan kos projek sebanyak RM55.3 juta; pembinaan
Jalan Gua Musang-Jelawang-Jeli dengan kos projek RM53.46 juta.
Ini
termasuk projek kompleks Taman Budaya Negeri Kelantan dengan kos projek
RM15.1 juta; dan Jambatan Kedua Sultan Yahaya Petra dengan kos bernilai
RM150.23 juta. Kerajaan pusat juga membangunkan Universiti Malaysia
Kelantan (UMK) yang membabitkan peruntukan sejumlah RM214 juta
termasuk pengambilalihan tanah di Bachok dan Jeli.
Bagi peruntukan pelajaran bagi negeri
Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) adalah berjumlah
RM838.7 juta sepanjang RMK-9 dari tahun 2006 hingga 2010 di bawah
Kementerian Pelajaran.
Manakala untuk RMK-10 pusat meluluskan
sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama untuk melaksanakan
346 projek di negeri ini dan Kerajaan persekutuan membelanjakan RM3.8
bilion setahun untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di
Kelantan.
Ini data-data untuk membuktikan bahawa Kelantan dibantu oleh kerajaan pusat iaitu BN. Masih menyalahkan BN bila Kelantan dipanggil sebagai negeri miskin? Siapa yang mentadbir Kelantan sejak 22 tahun yang lepas?






1 comments:
Orang macam Dr Google nie ramai sangat...YANG suka mengigit tangan yang menyuapkan makanan kemulutnya .Tak usah gi jauh2 lihat je diri dia sendiri..bukan di tanamknya semangat bersyukur dan berterima kasih serta memupuk anak2 muda di inst. malah apa yang di didiknya menentang kebaikan kerajaan dan menyorokkan keburokkan dia sendiri.
Post a Comment