Semalam (23 Februari 2012), Pro Mahasiswa Universiti Malaya membuat pelancaran jentera di Perdana Siswa UM. Mereka mendakwa yang hadir adalah dalam 2,000 orang.
Namun gambar di bawah ini menceritakan segala-galanya sejauh mana sokongan majoriti mahasiswa terhadap Pro Mahasiswa di UM. Majoriti pelajar sudah serik mendapat Majlis Perwakilan Pelajar yang diterajui oleh Pro Militan. Apa jasa mereka sepanjang setahun mentadbir MPP di UM?
Bila tiba pilihan raya kampus mereka menagih lagi undi dari pelajar untuk kembali berkuasa. Apakah akan ada lagi lakonan calon diculik pada pilihan raya kampus tahun ini?
Apakah Nurul Izzah akan bertandang lagi untuk memberikan sokongan terbuka kepada Pro M? Bersama kita tunggu, mereka dakwa mereka bebas tetapi sebenarnya dibantu oleh tangan-tangan politik dari luar yang hanya mahu menggunakan angka kemenangan MPP untuk meraih dividen politik kepada pembangkang.





0 comments:
Post a Comment