"Dalam dunia hari ini objek manusia, gambar dan apa sahaja bahan 'spin'
boleh direka cipta dan di solek menjadi seperti asli" tulis ADUN PKR, Shuhaimi Shefei.
Ini bermaksud ADUN PKR tersebut menuduh dokumen surat itu adalah bukan dokumen asli.
Kalau ianya bukan dokumen asli, kenapa ADUN Batu Caves Amirudin Shaari berkata dalam Malaysiakini :
Namun Amirudin Shaari mengakui dia memberi sokongan dalam dokumen yang didedahkan oleh Raja Petra. Ini bermaksud Amiruddin Shaari mengesahkan dokumen itu adalah dokumen yang asli dan tulisan tangan pada surat tersebut juga adalah tulisannya.
Shuhaimi kata dokumen itu direka dan disolek, kemudian Amirudin akui dokumen itu adalah asli. Sudah ada percanggahan antara dua orang Director dalam syarikat Double Dignity Sdn Bhd.
Ada sesuatu yang tidak kena, mereka seolah hendak menyembunyikan sesuatu dari rakyat. Ini bukan soal lama atau tidak, kes belum selesai. Ianya perlu disiasat untuk mencari kebenaran.







0 comments:
Post a Comment