Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Permai Indah, A Prakash,
berkata kerajaan PKR Selangor bukan saja mungkir janji berhubung program
air percuma tetapi turut tidak memberikan kupon kepada penduduk bagi
mendapatkan keistimewaan itu seperti dijanjikan sebelum ini.
Katanya, kerajaan negeri sering mendabik dada mengatakan mereka
sentiasa menjaga kebajikan rakyat di Selangor tetapi apa yang berlaku
adalah sebaliknya.
“Penduduk di sini langsung tidak pernah menikmati bekalan air percuma selepas hampir empat tahun pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri ini.
“Jika kerajaan negeri benar-benar adil, sepatutnya semua orang berhak menikmatinya termasuk kami,” katanya selepas menyertai bantahan terhadap kerajaan negeri bersama penduduk pangsapuri itu di Pandamaran.

1.4 juta rakyat Selangor ditipu dengan janji manis PKR-DAP di Selangor. Air percuma tidak dapat, mereka hendak buat janji yang baru lagi untuk PRU13. PKR-DAP mungkiri janji pada rakyat.

1 comments:
rasa kesian aku tengok.. kenapa kerajaan PR mengabaikan tanggunjawabnya.. sepatutnya membela rakyat.. itulah sekiranya membuat keputusan secara tergesa-gesa. tidak mengkaji apa kelemahan yang ada. bukan isu pemberian air percuma sahaja malah pelbagai isu yang dibuat secara tegesa2.. kerajaan PR bagaikan memerintah untuk populariti sahaja...
Post a Comment