Apakah resit ini punca sebenar masalah air di Kedah, siapa dalang pembalakan ini? (baca sini)
Lebih 2,000 penduduk di Mukim Siong di sini yang menggunakan bekalan
air masyarakat, mulai dibelenggu oleh masalah air tidak bersih akibat
kesan pembalakan.
Penduduk yang terlibat mendakwa, bekalan air yang disalurkan ke
kediaman mereka dahulu jernih dan tidak berkeladak, tetapi sejak
kebelakangan ini bertukar menjadi kuning.
Bekas Pengerusi Bekalan Air Masyarakat Kampung Weng, Ibrahim Ahmad,
63, mendakwa, sejak beberapa bulan lalu, air bertukar warna dipercayai
akibat kesan daripada pembalakan di sekitar kampung berkenaan.
Katanya, kawasan hutan di sekitar beberapa kampung di situ telah
ditebang dan bukit digondol dengan rakus oleh pihak tertentu untuk
mendapatkan hasil balak.
"Dahulu memang kami memperoleh bekalan air bersih dan jernih, namun sejak kebelakangan ini telah bertukar warna kekuningan
"Bayangkan air yang hendak diminum, dimasak dan untuk kegunaan air
sembahyang tidak lagi sesuai untuk digunakan kerana sering kotor dan
berselut," kata Ibrahim Ahmad. Apakah ini yang dinamakan sebagai kerajaan PAS yang berkebajikan? Balak diutamakan, air telah dikotorkan.





0 comments:
Post a Comment