Thursday, January 5, 2012

Siswa, Kezaliman & Heroisme

 


Di China: 15 April 1989, di Tiananmen Square, Beijing, berlaku beberapa siri demonstrasi besar-besaran yang disertai ribuan pelajar dan orang awam yang diakhiri dengan 'perang' menenentang polis dan tentera.

Ia bermula dengan himpunan meratapi kematian Hu Yaobang, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis China, kemudian berlanjutan dengan tuntutan reformasi politik, mogok lapar dan protes terhadap pemerintah. Jumlah demonstran akhirnya pada 4 Mei dianggarkan mencecah 100,000 orang - yang pada akhirnya berlanjutan hingga mengheret tentera bertindak keras pada penghujung Mei hingga awal Jun.

Di jalan-jalan raya, pertempuran antara orang awam (bersenjata batu, molotov cocktail) dengan pihak berkuasa berlaku - tembakan berdas-das dilepaskan secara rawak yang akhirnya mengundang ribuan kematian dan kecederaan. Wang Dan (Universiti Peking) antara kepala kumpulan pelajar, dijatuhi hukuman penjara 7 tahun. Beberapa yang lain melarikan diri ke Eropah, Amerika dan negara lain.

Di AS: peristiwa Kent State Massacre, di Kent State University, Ohio - 4 pelajar terbunuh manakala 9 lagi cedera apabila ditembak oleh pasukan Ohio National Guard. Ia bermula pada 1 Mei 1970, apabila sekumpulan 500 pelajar universiti itu berhimpun memprotes tindakan Presiden Nixon menceroboh Kemboja.

Ia berpanjangan sehingga 4 Mei, yang kemuncaknya apabila kumpulan pelajar ini mengherdik pasukan Ohio National Guard dengan 'Pigs off campus' yang cuba menyuraikan protes - yang akhirnya tembakan dilepaskan secara rawak.


Di Mexico: Tlatelolco Massacre, peristiwa 2 Oktober 1968 yang melibatkan kekerasan pihak berkuasa Mexico menyuraikan protes pelajar (dan orang awam) di ibu kota negara itu - sehingga melibatkan kematian ratusan orang.


Di Thailand: Thammasat University Massacre, peristiwa serangan ke atas pelajar yang berdemonstrasi (menentang bekas Panglima Tentera Thanom Kittikachorn) sehingga mengundang kematian seramai 64 demonstran. Ini berlaku pada 6 Oktober 1976.

Peristiwa di atas merupakan sebahagian daripada kes kekasaran yang berlaku ke atas pelajar yang berdemonstrasi sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah. Kita ada banyak lagi contoh di atas, misalnya di Mesir (2001), Orangeburg Massacre (South Carolina, 1968), Rangoon University (1972) dan banyak lagi.

Dan, pasca peristiwa di atas:

i) Berlaku lagi gelombang demonstrasi yang berlanjutan
ii) Gerakan ini mendapat sokongan postif orang awam
iii) Kumpulan pelajar diangkat sebagai hero awam

Di Malaysia: Tidak ada satu peristiwa berdarah berlaku ke atas pelajar, yang wajar diangkat setara kezalimannya berbanding peristiwa di atas. Belum ada pihak berkuasa di negara kita yang melepaskan tembakan peluru hidup ke atas pelajar, dipukul sehingga lunyai, cedera parah dek dikerjakan anggota seragam ini berbanding persitiwa di atas (baca lanjut).

0 comments: