Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebernarnya adalah pertubuhan haram di kampus. Berlagak
bertindak sebagai suara mahasiswa kampus. Menuduh kampus yang sedia
ada tidak cukup berdemokrasi kepada pelajar. Siapa yang memilih SMM secara demokrasi di kampus? Tidak ada, yang ada adalah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Demokrasi mana lagi yang
dicari kalau masih belajar pun boleh menyaman, mengecam dan memalukan universiti sendiri. Kalau
masih belajar boleh mengusung keranda ke SUHAKAM. Kalau masih belajar boleh tidur atas jalan, berkepit dengan Anwar Ibrahim dan berceramah atas pentas PAS. Boleh hadir ke mahkamah untuk nyatakan sokongan kepada Anwar. Itulah demokrasi. Ada sesiapa halang Adam Adli dan Safwan Anang hadir ke mahkamah?
Diusung dengan kerusi roda kononya retak dan patah tulang di rusuk dan pipi, mana laporan X-Ray?
Dengan demokrasi berpelembangaan inilah, wujudnya PAS dan Keadilan. Dengan demokrasi jugalah mahasiswa berhak memilih siapa yang mereka hendak untuk menjadi wakil mereka. Maka kalau mahasiswa memilih orang yang silap. Yang harus dipersalahkan ialah pemilih yang memilihnya bukan suatu sistem yang telah sedia ada. Anwar Ibrahim semasa menjawat jawatan Menteri Pendidikan juga tidak meminda dan memansuhkan AUKU. Mungkin Anwar terhutang budi dengan AUKU yang sedia ada.
AUKU
inilah juga yang telah mengeluarkan beratus ribu orang graduan di
Malaysia sejak bertahun-tahun yang lalu. AUKU inilah yang banyak berjasa
mengubah nasib anak petani, nelayan dan penoreh getah menjadi seorang
yang berjaya. Kenapakah sesuatu Akta yang cukup berjasa ini perlu
dibenci dan dihapuskan oleh mahasiswa ? Bertahun-tahun isu AUKU
kedengaran di kampus, tuduh zalim tetapi kalau zalim sudah tentu ramai yang dibuang terus dari universiti. Meminda mungkin konstruktif, tetapi menghapusnya adalah tidak
rasional sama sekali.
Atas dasar demokrasi yang toleran antara Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan DEMA lahirlah SMM. Presiden SMM ialah wakil daripada PMI manakala DEMA menjadi Setiausaha SMM. Tetapi yang mendominasi gerakan SMM sebenarnya ialah DEMA. Inilah demokrasi toleran amalan mahasiswa pembangkang.
Apakah tidak "Bebas Partisipasi Politik" jika sudah boleh turun ke mahkamah sokong Anwar?
Atas dasar demokrasi yang toleran antara Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan DEMA lahirlah SMM. Presiden SMM ialah wakil daripada PMI manakala DEMA menjadi Setiausaha SMM. Tetapi yang mendominasi gerakan SMM sebenarnya ialah DEMA. Inilah demokrasi toleran amalan mahasiswa pembangkang.
Apabila tidak berpuas hati dengan
sesuatu sistem yang ada boleh menyaman universiti atau memboikot sistem
yang sedia ada. Malah SMM pernah anjurkan demonstrasi di Parlimen mengutuk
menteri. Ahmad Rifauddin Abdul Wahab (Pengerusi SMM) pernah
membantah peraturan baru pilihanraya kampus di UIAM dalam Akhbar SIASAH
bil 0004, (m/s 5), keluaran 16-29 September 2005. Kini berdemo pula jam 2 pagi di UPSI.
Solidariti Mahasiswa Malaysia ( SMM ) yang diwakili oleh Ginie Lim Siew Lin (Setiausaha SMM) Hanif Baderun (Presiden GAMIS), Kong Wee Cheng, (Setiausaha Perhubungan Antarabangsa DEMA ) telah menghantar 6 tuntutan pilihanraya kampus pada 30 Ogos 2005 kepada SUHAKAM. Inilah demokrasi. Tidak puas hati boleh membantah sistem yang ada. Tidak puas hati boleh kutuk polis sebagai anjing dalam Twitter. Turun gambar Perdana Menteri, kemudian tidak minta maaf. Budaya manakah ini?
Baru tiga semester digantung, tapi masih lagi boleh jadi guru lulusan UPSI, zalim lagi? Masih sanggup terima skroll dari UPSI? Kalau tidak sanggup baik berhenti jadi ahli politik sepenuh masa.
Solidariti Mahasiswa Malaysia ( SMM ) yang diwakili oleh Ginie Lim Siew Lin (Setiausaha SMM) Hanif Baderun (Presiden GAMIS), Kong Wee Cheng, (Setiausaha Perhubungan Antarabangsa DEMA ) telah menghantar 6 tuntutan pilihanraya kampus pada 30 Ogos 2005 kepada SUHAKAM. Inilah demokrasi. Tidak puas hati boleh membantah sistem yang ada. Tidak puas hati boleh kutuk polis sebagai anjing dalam Twitter. Turun gambar Perdana Menteri, kemudian tidak minta maaf. Budaya manakah ini?





0 comments:
Post a Comment