Hanif
Baderun atas kapasiti sebagai Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Malaya pada tahun 2005 telah memberikan guideline apakah
kriteria yang perlu
ada pada seorang Naib Canselor dalam Forum Utusan Malaysia. Cukup
berdemokrasi akhbar Malaysia. Adam kutuk polis sebagai anjing dalam
Twitter, apakah ini tidak cemarkan nama UPSI? Jadi kebebasan bersuara
bagaimana lagi yang dicari oleh mahasiswa ?
Abang pecah pintu pejabat HEP, adik diajar pecah pintu klinik.
Demokrasi dalam parti pembangkang telah mengangkat bekas aktivis pelajar anti establishment di Australia menjadi pemimpin dalam organisasinya. Tian Chua adalah pemimpin National Overseas Student Collective (NOSCA) pada tahun 1985. Tian Chua menganjurkan demonstrasi menentang pengenalan yuran $250 untuk pelajar-pelajar yang belajar Australia pada 25 Mac 1987 di Sydney.
Tian
Chua menjadi penentang yang kuat kepada dasar kerajaan Australia di
bawah pimpinan Bob Hawke pada masa tersebut. Kini menyelaraskan SUARAM
dan HAKAM secara tidak langsung. Ayah kepada DEMA. Ginie Lim ( bekas
Exco MPP USM sesi 2002/03 ) sekarang ini dilantik oleh Tian Chua (Ketua
Penerangan PKR) sebagai AJK Biro Penerangan PKR. Ginie Lim juga adalah
bekas Setiausaha Perhubungan Awam DEMA. Persatuan Mahasiswa Islam
memilih seorang Setiausaha SMM yang telah mengeluarkan kenyataan
menyokong Ayah Pin.
Ginie Lim berkempen di pilihan raya kecil di Machap pada 2007,kemudian pada 2008, beliau pula dicalon menjadi calon PKR di Machap tetapi kalah. Ini bukti kebebasan untuk berpolitik sudah ada. Masuk PKR selepas keluar dari universiti.
Ginie Lim (Setiausaha Perhubungan Awam, DEMA) telah mengeluarkan kenyataan media pada 8 Julai 2005 mendesak supaya Kerajaan Malaysia mengkaji semula penahanan Ayah Pin dan 21 orang pengikutnya yang tidak menurut perlembagaan persekutuan. Apakah PMI setuju dengan kenyataan Ginie Lim ini?
Menurut DEMA setiap warganegara Malaysia menurut Artikel 3
(1), Perlembagaan Malaysia boleh mengamalkan sebarang agama dalam
keadaan bebas dan harmoni di negara ini. Kenyataan ini memohon Kerajaan
Malaysia membenarkan pengamalan agama yang bebas di kalangan rakyat.
Kerajaan tiada hak untuk menghalang agama versi Ayah Pin. Agama ialah
hak individu dan setiap individu berhak menentukan takdirnya sendiri.
Penggunaan ISA untuk menahan Ayah Pin turut dikecam oleh Ginie Lim.
Kader-kader PAS di IPT yagn kini sudah jadi pemimpin PAS.
Ayah PMI pula warnanya hijau. Maka lahirlah SMM yang berideologi hijau pada kepalanya tetapi badannya berwarna biru muda bertatah bulan yang lebam. PMI telah diperkudakan oleh DEMA yang lebih mendominasi SMM. Seharusnya PMI memerintah SMM secara mutlak bukannya DEMA.
SMM bukanlah wadah rasmi pelajar di kampus. Mahasiswa harus bersatu padu menolak SMM yang berideologi hijau di kampus. Mereka adalah anak asuhan pembangkang sejak 2005 lagi, kini mereka mahu tuntut kebebasan kononnya. Sedangkan SMM itu sendiri dikongkong oleh orang-orang politik dari PKR, PAS dan DAP.






2 comments:
tahniah bro. ini satu artikal yg berkualiti. menunjukkan mereka pelajar2 univ menuntut hak utk berpolitik secara kaldai.
pelajar tugasnya ialah BELAJAR bidang yg dipilih sehingga cemerlang, bukannya gila berpolitik hingga jd pelajar malang!
masuk kuliah hingga cukup 'credit hours' yg ditetapkan, bukannya syik monteng sbb gila berpolitik!
buat, siapkan assignment mengikut keperluan bidang & hantar ikut due-date yg pensyarah tetapkan, bukan ikut suka kepala lutut sendiri sj. dahla suka cut&paste, plagiarism at the highest level! sejibik mcm senior @ kwn punya!!
mentela'ah dgn tekun semasa study week sblm exam, bukannya ambik kesempatan pergi berdemo ka, belarak ka, bersenang2 hati dgn puak2 pr di luar!
penuhi masa luang bersama ibubapa dikampung, ambil upah menebas, merumput ka, bekerja dgn siapa2 ka, jual burgr ka, utk tambah pendapatan sblm keputusan diumumkan.
pljr2 yg biasanya top dlm semua semester exam akan terus dilamar oleh syarikat2 terkemuka sblm rsult keluar lg krn mrk memang bijak!
yg tak bijak mana tu jgn tambah kebodohan dgn membuat perkara2 yg bertentangan dgn naluri manusia!
menjadi penyokong jpd orang yg membelakangi Islam krn pluralisme tidaklah hebat krn Nabi sayangkan umatnya yg baik2 shj!!!!!
Post a Comment