Thursday, January 19, 2012

Satu Lagi Ugutan Untuk Membunuh Perdana Menteri

 Selepas Janartana V Chandra, mengugut mengebom helikopter Perdana Menteri. Tulis pelajar tersebut "najib is coming to our campus. lets bomb his helicopter" tulis pelajar Universiti Sains Malaysia tersebut. Kemudian bila ditahan, Janartana menyatakan itu hanyalah satu gurauan.  

Peliknya ada kumpulan pelajar yang cuba membela gurauan yang melampau seperti itu (baca sini).  Tidak habis di situ, ada lagi seorang pelajar bernama Peinee Teoh membuat ugutan membunuh Perdana Menteri. 

Kalau ditahan, ada pihak akan melalak menyatakan kebebasan disekat. Pemikiran mahasiswa sudah disongsangkan, peraturan mahu dilanggar untuk halalkan segalanya termasuklah membuat kenyataan kenyataan yang kurang waras.

1 comments:

Anonymous said...

cube kite pgl mak die anjing atas dasar kebebasan bersuara..ok x?..