Thursday, January 12, 2012

Rumah Anwar Ibrahim Berharga RM7 juta?


Ini dakwaan yang dibuat oleh Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (Setiausaha Angkatan Muda AMK) dalam Suara Keadilan, 27 Disember 2011, mukasurat 2. Niatnya adalah untuk menunjukkan bahawa seorang menteri yang memegang portfolio agama menyalahgunakan wang zakat untuk buat rumah. 

Sudah dijelaskan dalam artikel sebelum ini bahawa tuduhan wang zakat disalahgunakan adalah tidak tepat (baca sini). Benarkah tuduhan bahawa rumah tersebut baru sahaja dibina? Pun tidak benar, ini kerana rumah berharga RM110,000 tersebut telah dibeli oleh menteri terbabit sejak 1994 lagi.

AMK mengupah jurugambar wanita upahan untuk ambil gambar rumah ini dan kemudian terus lari tanpa sempat bertanyakan berapa harga kos sebenar rumah. Alangkah lebih baik jurugambar tersebut mengambil tahu juga hal dua orang yang sedang sakit dan dirawat di ruang bawah rumah terbabit.