Thursday, January 19, 2012

PKR Lebih Alim & Warak Berbanding ADUN PAS

Amat memalukan bagi PAS bila portfolio yang sepatutnya dipegang oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah diserahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sudah hilangkah ADUN-ADUN PAS yang berkebolehan dalam bidang agama di Selangor? 

Apa boleh buat PAS hanya angguk sahaja. Sila teliti kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS di atas. Iskandar A Samad menyatakan PAS yakin bahawa porfolio agama Islam akan kembali diserahkan pada "masa yang sesuai". Apakah sekarang ini tidak sesuai? 

Ini bermaksud PAS tidak merestui porfolio yang sebelum ini dipegang oleh ADUN PAS diambil alih begitu sahaja. Di Kedah, PAS tunduk dengan tekanan daripada seorang ADUN DAP. Di Pulau Pinang, PAS dijanjikan untuk jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam. Exco tidak dilantik, jawatan yang dijanji pun tidak diberi kerana mahu diberikan juga pada ADUN PKR.

Berulang lagi di Selangor bila peranan ADUN PAS diketepikan begitu sahaja. Senanglah selepas ini Teresa Kok, Elizebeth Wong, Ronnie Liu dan Xavier Jayakumar, empat serangkai ini menguasai Khalid Ibrahim dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. PAS sudah tidak relevan lagi, elok diserapkan sahaja semua ahli PAS masuk dalam PKR. Kenapa? Kerana Presiden PAS sekarang namanya Azmin Ali.

0 comments: