Ramai orang terfikir bahawa apa akan jadi selepas 9 Januari 2012. Apa ada pada tarikh tersebut? Ramai peramal dan nujum sudah meramal bahawa Anwar Ibrahim akan "confirm" masuk penjara pada tarikh tersebut.
Di kalangan penyokong Anwar Ibrahim mereka bersiap sedia dengan bahan propaganda untuk menarik simpati rakyat. Mereka juga bersedia khabarnya mahu membuat sesuatu di Seberang Jaya. Dalam pelan jangka masa panjang khabarnya mereka mahu teruskan momentum hingga BERSIH 3.0.
Namun bila Mahkamah memutuskan bahawa Anwar tidak masuk ke dalam, 4,000 orang yang menjadi "hakim" Anwar Ibrahim di luar terus terkejut. Apa tidaknya, "hakim-hakim" di luar mahkamah sudah membuat keputusan awal bahawa Anwar akan masuk ke dalam.
Mereka bawa sepanduk, poster dan banner yang mengutuk sistem kehakiman negara kerana mereka fikir mereka lebih arif daripada hakim yang berada dalam mahkamah. Mereka terkejut. Apa yang dijangka pasca 901 tidak seperti yang dimahukan oleh hakim-hakim di atas jalan raya.
Sebaliknya, hakim dalam PAS sudah pun menjatuhkan hukuman pada Hasan Ali sehari sebelum kes Anwar Ibrahim dihakimkan di mahkamah. Hukuman mandatori tanpa peluang membela diri langsung. Orang PAS mulai menilai demokrasi bila kes Hasan diadili oleh hakim yang berjawatan nombor dua dalam PKR.
Pasca Hasan Ali telah menyebabkan beberapa perkara telah berlaku. Antaranya:
1) PKR merampas semula portfolio Exco Agama di Selangor
2) PKR boleh mengarahkan PAS untuk pecat mana-mana ahli yang mengecam Presiden PKR.
3) Orang PAS sudah menilai semula demokrasi yang ada dalam PAS.
4) Pertentangan pendapat tidak dibenarkan dalam PAS. Kumpulan Ulama mulai disisihkan.
5) Apakah Nasharuddin Mat Isa dan Haron Din senasib dengan Hasan Ali nanti?
Pasca Hasan Ali akan menakutkan lagi buat pembangkang. Sokongan kumpulan profesional yang bersama dengan Hasan bukan sahaja bergegar di Selangor, tetapi turut bergegar sampai ke Terengganu dan Perlis. Satu alamat tidak baik buat PAS. Sejauh mana kesempatan ini diambil manfaat pula oleh pihak lawan PAS. Peti besi PAS telah dipecahkan?






0 comments:
Post a Comment