Bagi merampas Terengganu, PAS Terengganu membuat tambahan 5 janji lagi pada 11 Januari 2012. Berjanji untuk bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik
rumah yang bermeter individu setiap bulan, menambah sekolah agama rakyat
dan pusat-pusat pengajian pondok dan yang terakhir mewujudkan semula
institusi pengajian Islam milik kerajaan negeri
Bila tanya insitusi bagaimana yang hendak diwujudkan, PAS berkata hendak buat macam KUSZA. Kalau begitu, kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional telah berjaya tunaikan janji dan lakukan perkara yang lebih baik dari PAS. Bukan lagi berjanji tetapi perkara tersebut sudah pun dilaksanakan.
Bila berjanji memang senang bila perintah mungkir janji. Inilah yang berlaku bila PAS perintah sekejap di Terengganu pada 1999-2004, mereka pecat Pengarah TATI.
Mereka pecah amanah, mereka ambil wang ehsan untuk TATI dan mereka pecat pensyarah yang tidak mahu korup dengan mereka. Ini berlaku bila PAS perintah. Sekarang hendak berjanji bina institusi pengajian tinggi lagi? Rakyat Terengganu masih ingat, tidak lupa pada dosa-dosa PAS yang lalu.







0 comments:
Post a Comment