Saturday, January 7, 2012

Nasib Aktivis Aktivis Pro Pembangkang



Shukri Kamaruddin (pelajar KUIS, aktivis SMM) mendapat pinjaman daripada kerajaan negeri Selangor. Shukri mendapat pembelaan setelah beliau dilihat terlalu aktif membantu pakatan pembangkang sehinggalah ke piilhan raya kecil di Hulu Selangor. Memang berbaloi pembangkang bantu Shukri.

Perlu diingat, tidak semua golongan reformis yang dulunya bekas aktivis mahasiswa sejak tahun 1998 (era reformasi) mendapat layanan dan pembelaaan sewajarnya dari pihak pembangkang. 

Mereka ponteng kelas, mereka rekrut pelajar, mereka gagal belajar untuk berkempen kepada pembangkang, tetapi akhirnya nasib mereka tidak mendapat pembelaan sebagaimana yang mereka harapkan. 

Anwar Ibrahim lebih suka memilih beberapa orang aktivis pelajar dari luar negara, contohnya seperti Nik Nazmi untuk ditonjolkan dan dijadikan sebagai wakil rakyat. 

Reformis dan aktivis siswa yang lain tidak dipandang pun oleh Anwar. Ada yang terpaksa patah balik ideologi mereka untuk bekerja dengan kerajaan yang dulunya mereka kata zalim dan kejam (baca sini).


Gambar Zainulfakar Yaakob ketika membawa dua buah PAS untuk menjadi calon BEBAS di Pulau Pinang. Waktu itu atas tiket Parti Mahasiswa Negara. Zainulkar keluar daripada Universiti Malaya kemudian menjadi pensyarah di UiTM.

Lihat sahaja pada Zainulfakar sendiri, lepas di UiTM, beliau hanya ditempatkan sebagai wartawan Harakah sahaja. Sedangkan beberapa orang lagi aktivis mahasiswa yang lebih junior daripadanya sudah mendapat tempat di hati Anwar, Azmin dan Guan Eng. 

Hari ini mereka bawa batu nisan, esok lusa pembangkang akan kapankan pengorbanan mereka itu di kaki lima sahaja. Sejak 14 tahun lepas, ramai yang sudah terpedaya termasuklah Wan Norhayati Wan Alias, mahu masuk sekali dalam senarai tersebut? Silakan. 

Ops terlupa, ada seorang rakan Shukri di Hulu Selangor. Dia sekarang bekerja dengan seorang Timbalan Menteri. Khabarnya aksesnya cukup besar hinggakan memanggil semua rakan-rakan yang berkempen untuk pembangkang di Hulu Selangor bermesyuarat di pejabat Timbalan Menteri tersebut. Kenapa SMM hendak laung kebebasan lagi, bukankah rakan mereka itu sudah bebas di pejabat Timbalan Menteri BN?

0 comments: