Sila
baca baik baik artikel bertajuk “Media perdana dakwa Anwar sokong
kumpulan gay” yang ditulis oleh Malaysiakini pada 16 Januari 2012.
Malaysiakini sengaja membuat provokasi untuk menuduh media perdana yang
mendakwa Anwar sebagai gay, padahal sebenarnya semua orang sudah melihat
dan menilai respon Anwar dalam BBC.
Malaysiakini meletakkan pandangan
Harussani, Mufti Perak tentang Anwar dan kemudian membiarkan pengomen
tegarnya untuk membelasah Mufti Perak tersebut. Malaysiakini sudah
hilang modal untuk membela Anwar Ibrahim, mereka terpaksa letak
pandangan mufti dan kemudian mengecam pendapat mufti.
Seperti
biasa pengomen yang bernama Kong Bu Fenzi telah memulakan topik untuk
membantai mufti Perak dan menafikan kenyataan Anwar. Akhirnya
Malaysiakini membiarkan seorang yang bernama Zizull untuk memaki mufti
dengan kata-kata yang kesat.
Betapa jijiknya Malaysiakini, mereka
kecam mufti dengan kata nista dan kemudian mereka membela seorang yang
mahu halalkan gay di Malaysia. Rakyat perlu menolak dakyah kotor untuk
membela kumpulan gay ini.







0 comments:
Post a Comment