Tiga orang pemegang geran ini khabarnya tidak dimaklumkan tentang pembangunan tanah tersebut. PAS cuba menyamakan kes Madrashah Salihiah dengan pembinaan Kompleks Al-Bukhary.
Dalam pembangunan Kompleks Al-Bukhary, masjid yang sedia ada dirobohkan
untuk pembinaan sebuah masjid yang boleh menampung lebih 3,000 jemaah berbanding
masjid lama yang hanya dapat menampung kira-kira 500 jemaah.
Semasa pembangunan
projek Kompleks Al-Bukhary yang dimulakan sekitar tahun 2003,
penduduk telah menyatakan persetujuan bagi pembinaan masjid baru.
Berbanding kes Madrasah Salihiah itu para jemaah dan waris tanah wakaf berkenaan menentang tindakan meroboh madrasah. Pemaju kemudian mahu membina surau ganti di dalam kompleks membeli belah.
Kompleks membeli belah hanya dibuka pada jam 10 pagi. Bagaimana penduduk hendak pergi solat Subuh jika surau berada dalam kompleks membeli belah? Kerajaan BN boleh buat masjid yang besar. Demi syiar Islam, mengapa PAS tidak turut sama membina masjid yang besar seperti mana yang BN pernah lakukan.







0 comments:
Post a Comment