Inikah benua
Sunda yang dikatakan hilang?
Satu kajian dalam bidang
Arkeologi dan Genetik pada 20 Januari 2012 membuktikan bahawa masyarakat
Melayu-Proto yang mendiami Benua Sunda merupakan nenek moyang kepada populasi
manusia hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi
Persidangan Asal Usul Melayu : Induknya Di Alam Melayu, Zaharah Sulaiman yang
menjelaskan di dalam tayangan video bagaimana penduduk di Benua Sunda
terselamat daripada letusan gunung berapi Toba, kira-kira 75,000 tahun lalu.
Menurut Zaharah, sekumpulan 10,000 yang
terselamat daripada letusan terbabit berpindah dari Afrika ke Benua Sunda (Asia
Tenggara)
“Mereka terselamat kerana berlindung di kawasan
yang Benua Sunda yang tidak dicemari debu radioktif gunung berapi.
“Mereka merupakan asal-usul kepada perjalanan
manusia moden hari ini,” menurut video tersebut.
Kumpulan itu bagaimanapun, terpaksa berpindah
daripada India, China, Jepun, dan Amerika Syarikat ekoran daripada pemanasan
global pada 25,000 tahun lalu yang menyebabkan banjir besar yang merubah Benua
Sunda menjadi kepulauan-kepualau, kecil.
Kenyataan tersebut menolak teori sebelum ini yang
menyatakan Melayu berasal daripada Yunan atau “express train” yang menyatakan
mereka berasal dari Taiwan yang melakukan penghijrahan.
Menyokong teori tersebut adalah Pakar Genetik
daripada Oxford Genetic Anthropology, Stephen Oppenheimer yang menyatakan bukti
genetik yang menunjukkan orang Melayu dan Orang Asli merupakan penduduk asal
Asia Tenggara.
Ia sama ada daripada Kepulauan Indonesia mahupun
Filipina, atau tanah besar Asia seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, dan wilayah
IndoChina.
Menurut kajiannya, termasuk ujian DNA terhadap
masyarakat Semang, Senoi, dan kumpulan Orang Asli lain termasuk Melayu,
ia menunjukkan 44 peratus mempunyai moyang yang hidup di kawasan ini sejak sebelum 25,000 tahun lagi.
Tambahnya, terdapat juga bukti arkeologi yang
menyaksikan industry peleburan besi antara 6,500 ke 8,000 tahun lalu yang
disebarkan dari Indonesia ke seluruh dunia.
Kenyataan berkenaan turut disokong oleh kajian
yang dibuat oleh Saintis Universiti Sains Malaysia, Zafarina Zainuddin.
Menurut Zafarina, kajiannya menunjukkan DNA yang
diambil daripada kumpulan yang hidup di kawasan yang sama mempunyai keturunan
Melayu asli sekurang-kurangnya untuk tiga generasi.
“Sekiranya dia seorang lelaki daripada Machang,
Kelantan dia boleh mengesan keturunannya untuk tiga generasi, dan sekiranya dia
berasa was-was, kita asingkan,” katanya.
Ini bukti orang Melayu berasal dari Tanah Melayu
dan menafikan dakwaan dakwaan liar sesetengah pihak yang cuba menuduh orang
Melayu sebagai pendatang di negara ini. Apakah kajian ini menguatkan lagi dakwaan seorang profesor bernama Ralph Olssen bahawa Melayu adalah bangsa yang hilang tersebut. Lebih penting daripada itu adalah mempertahankan kuasa yang ada daripada hilang.






0 comments:
Post a Comment