Yusof Haron
– Sekiranya Rudyard Kipling masih hidup, penulis British lahir dan
dibesarkan di India dan menghabiskan sebahagian usia lanjutnya di
England itu mungkin akan menulis sebuah lagi puisi sebagai lanjutan
kepada puisi asal beliau berbunyi: “Oh, East is East, and West is West, and never the twain shall meet…”
Kipling mungkin memahami pertembungan budaya Timur-Barat, namun
sekadar tidak menyedari bagaimana Barat cuba memaksa Timur menurut acuan
mereka, setidak-tidaknya dalam percaturan di antara kedua-dua bahagian
muka bumi ini.
Justeru, dicelah-celah hipokrasi media Barat, ada mata dari sudut
bertentangan. Maksudnya dipercayai dulu kini bukan lagi tidak
dipercayai, tetapi dipersembahkan dalam perspektif berbeza dan
berlawanan.
Inilah yang berlaku kepada majalah The Economist yang diterbitkan di
England mengenai seorang tokoh dipersiapkan sebagai bakal Perdana
Menteri Malaysia. Menurut percaturan dan atas sebab yang hanya diketahui
mereka, Anwar Ibrahim adalah tokoh paling berkarisma dan layak. Malah
ketika itu media Barat menggambarkan tanpa Anwar, Malaysia tak mungkin
dapat ditadbirkan dengan sepatutnya.
Sejak sebelum 1998, sebelum dipecat dari Umno dan disingkir dari
kerajaan sehingga dibebaskan dari penjara kerana Anwar adalah buah hati
Barat.
Barat nampaknya berjaya memerangkap pemimpin macam Anwar, Muammar
Ghadafi, Aung San Su Kyi dan puluhan lain yang dipilih dan dididik serta
diberi pendedahan sebagai wakil dalam melaksanakan agenda tertentu
untuk kepentingan mereka.
Tokoh politik seperti ini dianggap sebagai Kuda Trojan atau ciptaan Barat sebagai persiapan meneruskan penjajahan baru.
Tidak berpuas hati dengan penyingkiran Anwar seolah-olah beliau
adalah proksi Barat, kalau tidak di seluruh Nusantara sekalipun
setidak-tidaknya di Malaysia, dia dilihat pula sebagai tokoh reformis
oleh Amerika Syarikat di era Al Gore sebagai Naib Presidennya.
Sejak kenyataan Al Gore yang menyokong kumpulan reformasi diketuai
Anwar untuk menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, semacam ada
satu pakatan bagi menjadikan Anwar idola . Anwar dijaja di Barat sebagai
suara keadilan dan tokoh baru bagi Malaysia.
Semasa dalam tahanan, media Barat menyiarkan rencana dan analisis
termasuk siaran surat Anwar dari penjara. Imej Malaysia dan populariti
Dr Mahathir merudum serta Perdana Menteri ke-4 itu menjadi tokoh paling
dibenci oleh Barat.
Tapi kini nampaknya segala sokongan Barat terhadap Anwar sudah menampakkan petanda akan segera berakhir. Sebuah tulisan dalam majalah The Economist jika dilihat dari sudut
bertentangan, meletakkan tokoh utama pembangkang itu sebagai calon tidak
layak menjadi Perdana Menteri.
Selain diberi tafsiran reputasi tidak baik, Anwar digambarkan sebagai “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysian.” Maknanya Anwar kini kurang dipercayai oleh golongan muda.
Majalah itu juga berpendapat Anwar “has failed to nuture a new generation of opposition leaders,” atau gagal mempersiapkan generasi baru pemimpin pembangkang, khususnya dalam PKR.
Anwar dibidas kerana membenar PKR ditadbir ahli keluarga serta parti
itu pula mempunyai banyak masalah dalaman dan perebutan kuasa. Bukankah
ada ramalan seandainya Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri, anak
gadisnya (Puteri Reformasi) mungkin dipilih sebagai penggantinya—sekadar
buat sementara sehingga Anwar bebas dari penjara.
Anwar dulunya relevan kepada Barat kini menjadi tidak relevan—mengikut majalah berkenaan.
Bagi pengikut Anwar, pendapat Economist itu bukan mencerminkan
persepsi Barat secara keseluruhan. Anwar masih relevan dan bakal menjadi
perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam mempertahankan Anwar, pengikutnya terlupa apa diperkatakan the
Economist telah lama disedari rakyat negara ini. Sebahagian besar
pemimpin pembuat dasar PKR kini adalah muka baru yang langsung tiada
pengalaman zaman reformasi. PKR kini lebih dikuasai Azmin Ali sebagai
timbalan presiden dan alat mempertahankan Anwar.
Barat bukan bodoh macam disangka banyak pihak. Kesetiaannya pada satu
atau dua orang dicipta sebagai “wakil” mereka ada tempoh lupus. Ia juga
bukan copyright pihak tertentu untuk berada di bawah mereka.
Tapi apakah ini untuk selama-lamanya dan apakah agenda Barat sebenarnya? - AIDC





0 comments:
Post a Comment