Hasan Ali, Harun Din dan Nasharuddin Mat Isa,
satu sudah kena, dua belum lagi.
Selepas Kuasa BN, Kuasa Pembangkang, Kuasa Ketiga ini akan bergerak
bersama-sama NGO-NGO Melayu Islam yang lain atas misi penyatuan ummah.
Mereka percaya tanpa penyatuan ini, DAP akan menguasai negara ini.
Hasan tidak akan membenarkan DAP menguasai negara ini. Beliau sudah
tahu siapa itu DAP. Beliau yang berada dalam Exco Kerajaan Negeri
Selangor selama lebih tiga tahun amat arif terhadap taktik licik yang
dimainkan oleh DAP. Beliau tidak mahu orang Melayu terperangkap.
Orang Melayu di atas pagar akan menjadi sasaran utama gelombang ini
bagi memastikan kuasa itu tercapai. UMNO dan Pas sebenarnya diharapkan
akan menjadi broker kuasa utama di negara ini semula atas nama tiga
cabang tersebut.
Saya difahamkan satu perancangan sedang diatur untuk melancarkan
gelombang ini tidak lama lagi, mungkin Februari ini. Kuasa Ketiga ini
akan membawa gelombang yang tidak boleh dilakukan oleh Pas, yang terlalu
menjaga hati DAP dan Anwar atau UMNO yang kini berdiri atas pendekatan
wasatiyyah atau kesederhanaannya dengan bangsa-bangsa lain.
Gelombang ini akan mendapat sokongan padu daripada golongan ulama dan
para akademik. Marilah kita tunggu wave, kebangkitan gelombang ini.
Hasan ternyata semakin bertenaga dan garang. Beliau sedar apa yang
berlaku dalam Pakatan Pembangkang kini tidak memihak kepada Islam,
Melayu dan Raja-Raja Melayu.
Kita pun sebenarnya nampak perkara itu. Hasan akan menjadi vehicle untuk bergerak ke arah itu. Dan memperbetulkannya.
Kesimpulannya, corak politik Malaysia akan lebih menarik lagi.
Kedatangan Kuasa Ketiga ini tepat pada masanya sebelum PRU-13 yang kini
berada di hujung jalan (baca lanjut).





0 comments:
Post a Comment