Jangan main tuduh-tuduh tanpa bukti, sebab kita bukan sahaja hendak
hidup atas dunia, tapi kena menjawab di akhirat sana, itu mesej jelas
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang
hari ini menafikan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang
zakat.
Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau
dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran
guaman.
"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini
RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan
jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah,
kita pakai duit ini lah," kata Jamil Khir (baca sini). Dicadangkan elok disaman pihak yang membawa fitnah tersebut.






0 comments:
Post a Comment