Sunday, January 15, 2012

Kondo & Rumah Anwar Ibrahim Tidak Pernah Dipertikaikan

Ini tulisan seorang wartawan Harakahdaily yang menyatakan Anwar Ibrahim mengakui mempunyai kondo mewah dan tidak menafikan pergi ke kondo mewah tersebut.

Buat kerja pejabat di kondo mewah bernilai RM2.2 juta. Dari mana Anwar dapat sumber yang begitu besar tersebut? Sedangkan ketika berceramah di Pejabat PKR Gong Kapas, Terengganu pada 9 malam, 7 Januari 2012, Anwar berkata

“Saya ke Bahrain, saya masih jadi Penasihat Ekonomi kepada bank di sana. Saya tak dapat pencen jadi TPM sampailah sekarang” kata Anwar. 

Tidak dapat pencen tapi mempunyai kondo mewah selain rumah di Segambut. Kenapa sumber pendapatan Anwar tidak disiasat dan diisytiharkan? 
 
 Anwar juga punyai pejabat yang di luar negara (baca sini).

DAP sudah isytihar harta, ada yang masuk penjara kerana isu rumah, ada yang dipertikaikan kerana membeli kondo. Namun kondo dan aset yang dimiliki Anwar tidak pernah dipertikaikan? 

Dari mana Anwar dapat duit banyak sehingga dikatakan mahu membeli wakil rakyat BN selepas PRU11? Orang lain kena pertikai, Anwar Ibrahim tidak dipertikaikan. Inikah keadilan?


0 comments: