Di Malaysia ada seorang pakar putar belit, benda tidak boleh dibelit jadi betul. Perkara yang salah dibuatnya, diputar alam menjadi perkara yang tidak salah olehnya. Rakyat sudah makin kenal dengan teknik putar belitnya.
Seorang juru propaganda Nazi Jerman di era Perang Dunia Kedua, Joseph Goebbels pernah mengungkapkan: "Inform, inform and when they are interested, misinform".
Goebbels merupakan pakar propaganda diktator Adolph Hitler yang utama
dan pembenci serta musuh orang Yahudi yang tidak ada tolok bandingnya.
Malah, ramai sejarawan berpendapat, jika Goebbels terus berperanan
selepas Perang Dunia Kedua, Yahudi mungkin pupus di Eropah kerana
semangat kebencian anti-semitisme yang begitu menyeluruh di Eropah,
khasnya di Jerman.
Goebbels dimunculkan kerana kesungguhan dan kepakarannya sebagai ejen
penerangan Nazi Jerman yang terhebat. Kebolehannya mengikut rekod arkib
Jerman, menyebabkan Hitler lebih berani dan lebih ganas, terutama
terhadap orang Yahudi di Jerman.
Kejayaannya, walaupun dalam konteks pencapaian yang negatif, lantaran
kebolehan putar alam dan putar belitnya, harus diterima kerana beliau
berjaya mempakari semua aspek hearts and minds (hati dan pemikiran) rakyat Jerman sekali pun jiwa Yahudi tidak berjaya dikuasai pemerintahan Nazi.
Kisah Goebbels patut menjadi teladan di kemudian hari.
Realitinya, tindakan menyebar berita palsu, memutarbelitkan fakta dan
faktor untuk tujuan tidak sah, jahat dan politik kotor atau dengan
matlamat kepentingan diri dan kumpulan sendiri boleh digolongkan sebagai
'salah maklum' atau dalam bahasa Inggerisnya misinformation.
Penerangan palsu atau jenis informasi yang tidak tepat ini memberi
makna atau impak yang sama dengan informasi atau penerangan yang
benar-benar menerangkan, mendidik atau menambah nilai hidup manusia.
'Salah maklum' ini ketara dalam realiti politik tanah air ketika ini. (baca lanjut)






0 comments:
Post a Comment