Monday, January 9, 2012

Keputusan Penuh Penghakiman Anwar Ibrahim

 

Apakah ini berlaku semasa keputusan di mahkamah tadi? Khir Toyo masuk penjara, Tun Lim Liong Sik kena penjara, kalau keputusan mahkamah seperti yang digambarkan oleh Zunar maka sudah tentu keputusan tidak berpihak kepada Anwar. 

Keputusan penuh penghakiman, Mohammad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

"Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful".

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan kesalahan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan" katanya.

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, ketika ditemui berkata mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan dan berkata mereka ada 10 hari untuk berbuat demikian. 

Persoalannya, apakah Zunar akan menarik balik kartun yang menggambarkan seolah institusi kehakiman di negara ini dikuasai oleh Perdana Menteri? Apakah Karpal Singh akan menarik balik kenyataannya bahawa kejadian liwat berlaku secara suka sama suka?

0 comments: