Monday, January 16, 2012

Kenapa Pengebom Helikopter Cuba Dibela Pembangkang



Membela orang melakukan kesalahan adalah tindakan yang tidak tepat. Kebebasan apa kalau menghalalkan ugutan dan cetus kekacauan.

Pada 1 Mei 2010, Dewan Pemuda PAS Pusat telah membuat laporan polis terhadap satu ugutan bunuh ke atas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS oleh Mohd Safuan Hilmi yang mengaku sebagai anggota pemuda UMNO.

Ugutan bunuh tersebut disiarkan dalam Facebook yang menggunakan nama Mohd Safuan Mohd Hilmi. Sekali imbas, masyarakat akan memikirkan bahawa ugutan ini adalah untuk melaga-lagakan UMNO dengan kepimpinan PAS malah memberi imej kepada umum bahawa ahli UMNO ini begitu ekstrem hingga sanggup membunuh Menteri Besar Kelantan tersebut. 

Persepsi sebegini yang dipropagandakan melalu Facebook mampu mencetuskan emosi penyokong-penyokong PAS yang begitu sayangkan Tuan Guru Nik Aziz. Bila ada seorang pelajar USM ditahan untuk disiasat kerana mahu mengebom helikopter Perdana Menteri, maka pihak pembangkang tidak sepatutnya menjadikan itu sebagai isu politik. Ini adalah soal keselamatan, siapa langgar undang-undang adalah bersalah. 

Bukan sahaja soal parti tetapi sekiranya isu agama dibangkitkan secara berlebihan maka ianya juga menyalahi undang-undang. Facebook turut digunakan untuk menghina agama Islam dan mereka yang terbabit didakwa mengebom gereja pada Mei 2011. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyiasat akaun laman sosial Facebook atas nama Katy Lim Li Lian yang didakwa memaparkan komen-komen menimbulkan kemarahan umat Islam. Akaun laman sosial Facebook didaftarkan atas nama Katy Lim Li Lian yang didakwa menghina Islam dan Allah dengan menggunakan kata-kata kesat. 

Jadi tidak perlu politikkan polis menyiasat mereka yang ugut hendak bom helikopter. Apakah  SMM ada kaitan dengan pelajar yang mahu bom helikopter ini?


1 comments:

Anonymous said...

Kalau dah ada ugutan maka perlulah polis berhati-hati dan siasat.kalau berlaku sungguh?Habis seentero dunia akn kecam polis malaysia.jangan sesiapa masuk campur...ini masalah keselamatan..tak kira PAS ke ,UMNO ke,PKR ke,DAP ke,MIC ke,MCA ke....polis perlu bertindak.Di tangan Polis hal keselamatan ini. jngan bergurau dngan perkara keselamatan.Berlaku sungguh...baru semua akn mula terkial-kial.Mula nak marahkan polis.Teruskan tindakan wahai cik polis.