Tuesday, January 3, 2012

Kebebasan Akademik Tidak Perlu Tiru Aksi Pelakon Politik

Teknik merebahkan badan setelah cuba dibawa masuk oleh polis ke dalam black maria.Lihat kembali  video ini, berapa banyak jurugambar dan kamera yang mengambil gambar ketika beliau jatuh.  Kalau dibelasah dan ditumbuk, pasti video dan gambar itu yang dikeluarkan dulu. Mana gambar dibelasah itu?

Akhirnya terkantoi bila buat sidang akhbar pada 2 Januari 2012, berkerusi roda dan menunjukkan hanya bahagian mulut yang berdarah. Nik Nazmi kata patah tulang pipi, Harakahdaily kata patah tulang rusuk, (baca sini). Kenapa tidak tunjuk kesan patah tersebut? Kenapa tidak tunjuk laporan X-ray kesan patah tersebut?
Sakit di mulut tetapi berkerusi roda. Mat Sabu pun berkerusi roda lepas membuat aksi stunt dalam demo BERSIH pada 9 Julai 2011. Anwar pula balut tengkuknya.
Jangan ditiru aksi Anwar ini, akhirnya kantoi dalam video ketika berlakon sakit atas kerusi roda. Atas nama "Kebebasan Akademik", tidak seharusnya mahasiswa meniru aksi-aksi pelakon politik di atas yang akhirnya kantoi dalam video ini.

0 comments: