Sampel seramai 2,559 orang telah ditemubual oleh University Malaya Centre of Democracy & Election (UMCEDEL) antara 25 Oktober 2011 hingga 15 Disember 2011. Dari segi komposisi kaum sejumlah 1,980 adalah responden Melayu, 383 orang responden kaum Cina, 151 orang responden kaum India dan 45 orang daripada lain-lain kaum.
43% menyatakan bahawa Barisan Nasional akan menang dalam PRU13. Hanya 18% menyatakan pembangkang akan menang. 39% tidak pasti siapa akan menang. Berdasarkan figura ini dapat dirumuskan bahawa dalam PRU13 nanti parti-parti yang bertanding terpaksa berkempen dengan lebih kuat kepada kumpulan "fence sitter" yang nampaknya merupakan kumpulan majoriti.
Jika sesuatu tidak dilakukan, barangkali kumpulan atas pagar ini tidak akan turun mengundi, membuat undi rosak atau memilih berdasarkan emosi serta perasaan mereka sahaja. Ini merupakan satu kondisi undi yang tidak baik. Mengapa ramai kumpulan atas pagar ini?
Barangkali mereka melihat politik sebagai bukan permainan mereka. Barangkali mereka tidak faham matematik politik. Barangkali mereka sudah kecewa dengan politik. Atau barangkali mereka sudah tidak percaya dengan sistem politik yang ada.
Kalaulah mereka tahu politik ini suatu perkara yang besar untuk menentukan hal kuasa politik, kedudukan bangsa, kesucian agama Islam dan kedaulatan negara, sudah pasti mereka akan menyesal dengan pilihan salah yang dibuat mereka.
Bila ditanya apakah faktor yang penting mempengaruhi keputusan untuk mengundi pada PRU13, 51% memilih parti, 42% memilih calon dan 7% lagi kerana sebab sebab lain. Faktor parti dilihat masih lagi relevan. Ini bermakna bagaimana seseorang pemimpin mengurus parti, pergolakan politik yang berlaku dalam parti dan isu parti masih lagi menjadi faktor penentu sebelum undi dibuat.
Jika dilihat isu parti, siapa yang paling banyak dan bermasalah sekarang? Nombor satu sudah pastinya adalah PAS dengan apa yang berlaku antara Erdogan dan Ulama. Kedua adalah PKR yang mempunyai masalah yang besar sejak Azmin Ali mengambil alih Timbalan Presiden.
Memang tidak salah kalau kajian ini katakan BN yang akan menang. Betul menang, tetapi menang yang bagaimana? Kalau simple majority, sesuatu yang lebih sukar akan dihadapi pada PRU14.







0 comments:
Post a Comment