Anwar Ibrahim dalam satu temubual dengan Wall Street Journal, artikel bertajuk "Malaysia's Anwar Presses On Despite Appel" pada 27 Januari 2012 mengulangi bahawa liwat adalah undang-undang lapuk dan akan meminda undang-undang tersebut. "Sodomy laws are archaic and could be amended" kata Anwar Ibrahim.
Lebih memalukan Anwar Ibrahim mengatakan jangan menahan dan menghukum orang yang berorientasikan gay. "It is not my business to attack people or arrest people based on their sexual orientation," kata Anwar Ibrahim. Ini satu pandangan yang liberal dan mengenepikan langsung batasan agama.
Anwar juga turut berjanji untuk menghapuskan kuota bumiputera jika beliau berkuasa. Kuota bumiputera yang mereka mahu hapuskan bukannya AUKU sebenarnya. Patutlah mereka masih tidak puas hati biarpun Seksyen 15 mahu dipinda, rupanya ada agenda lain.
Selain itu, Anwar juga menyokong sepenuhnya penubuhan negara Israel dan menyatakan akan mengadakan semula hubungan diplomatik dengan Israel.
Dulu kalau pasukan dari Israel hendak bermain di Malaysia, PAS berdemonstrasi. Ada peninju dari Israel, PAS ke depan untuk membantah. Kali ini Anwar menyatakan sokongan penuh pada penubuhan negara Israel, apa PAS hendak buat?







0 comments:
Post a Comment