Keadilan Daily dan Malaysiakini buat cerita
kononnya Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja mewah semasa bercuti di
Australia. Didakwa kononnya berbelanja sehingga RM325,000 untuk
membeli-belah serta bersiar-siar di sana.
Sumber ceritanya adalah daripada tulisan di Private Sydney oleh seorang kolumnis bernama Andrew Horney. Siapakah Andrew Horney ini? Beliau banyak menulis tentang isu gay termasuklah tentang parti Lady Gaga bersama gay pada 13 Julai 2011.
Bagaimana Keadilan Daily, Malaysiakini dan Malaysian Insider boleh terpengaruh dengan seorang penulis yang menerima anugerah "Autralia's Worst Journalist" sebagai sumber berita?
Dari segi etika kewartawanan ini sudah menunjukkan bahawa portal portal pro pembangkang terbabit juga layak menerima anugerah yang sama dengan Andrew Horney. Mempercayai tulisan seorang penulis gay untuk membuat persepsi di negara ini.








0 comments:
Post a Comment