Wednesday, November 30, 2011

Upin Ipin Kalahkan Lisa Surihani



Kehadiran Lisa Surihani telah menggemparkan Perhimpunan Agung UMNO hari ini. Daripada segi statistik Twitter, memang Lisa Surihani layak digelar "Ratu Twitter" kerana mempunyai followers seramai 359,067 orang. Malah mengatasi twitter yang dimiliki oleh Perdana Menteri sendiri yang berada pada kedudukan kedua paling popular di Malaysia.

Namun dari segi ahli politik Dato' Seri Najib berada pada kedudukan yang pertama di Malaysia. Di kalangan ahli politik dunia, twitter Dato' Seri Najib berada pada kedudukan ke-8 paling popular di dunia. Ini satu pencapaian yang amat membanggakan bagi pemimpin negara. Anwar Ibrahim nombor berapa di dunia? Jauh tertinggal di ranking 2,828 di dunia.





Perbandingan statistik twitter antara no. 1 dan no. 2, Anwar usah ditanya nombor berapa di Malaysia dari segi twitter, jauh sekali ke belakang. Ini petanda dalam perang media sosial, Anwar sudah kalah teruk.

Itu cerita di Twitter, dalam Facebook, Lisa Surihani jauh ditinggalkan oleh Upin dan Ipin. Nasib baiklah Upin Ipin ini tidak boleh bertanding, kalau tidak pasti jadi calon yang sesuai untuk winnable candidate.

Mana kedudukan Anwar Ibrahim dalam Facebook? Jauh tertinggal di belakang, berada di tangga ke-34. Kalau dalam satu kelas, Anwar sudah dapat nombor tercorot. Kalah lagi Anwar Ibrahim. Petanda perang media sosial sudah dikuasai oleh BN. Teruskan sahabat-sahabat blogger, facebookers dan pejuang pejuang sekalian untuk melawan pembangkang dalam medan pertempuran maya ini. Apa pun tahniah pada Lisa Surihani, kehadirannya telah mengerunkan pakatan pembangkang.