Khawarij adalah golongan yang memecah belahkan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Golongan inilah yang menyebabkan pentadbiran khalifah selama 29 tahun menjadi huru hara kerana fitnah, adu domba dan agenda mereka yang cukup licik. Berikut adalah ciri ciri golongan khawarij:
- Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir (bertentangan dengan pendapat Imam Hassan Al Basri dan Muktazilah).
- Kaum muslimin yang terlibat dalam perang Jamal, yakni perang antara Aisyah, Thalhah, dan Zubair melawan Ali ibn Abi Thalib dan orang perantara (termasuk yang menerima dan membenarkannya) adalah kafir.
- Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak harus dari keturunan Nabi Muhammad SAW dan tidak mesti keturunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan manapun boleh menjadi khalifah jika mampu memimpin dengan baik.
- Mengamalkan mengkafirkan orang Islam lain ini dipanggil takfir.
Apakah ciri-ciri ini ada dengan PAS sekarang? PAS bertahaluf siyasi, istilah yang diguna pakai ternyata memperdayakan penyokongnya sendiri. PAS menjaja agama, akidah dan hukum Allah sebagai produk politik. Dalam masa yang sama PAS tidak sedar mereka sedang digunakan oleh DAP yang mahu berkuasa.
Anda boleh baca keratan dibawah sebagai bukti bahawa ahli PAS ditipu hidup hidup oleh kepimpinan parti untuk dijadikan tunggangan oleh DAP. Awal awal lagi pemimpin Khawarij berusaha menutup minda penyokong sendiri, sebolehnya mereka tidak mahu penyokong dan ahli PAS daripada berfikir dengan mengunakan otak sendiri.
Tindakan pre ampitive sudah dibuat agar penyokong dan ahli pas agar tidak mempercayai pendedahan yang dibuat oleh lawan mereka. Inilah puncanya kegagalan otak penyokong pas untuk berfungsi dengan baik.

Pisau melihat khawarij PAS bersungguh sungguh menyakinkan penyokong sendiri,tetapi sebaliknya perancangan peringkat tertinggi kepimpinan khawarij PAS sebenarnya lari daripada matlamat yang sebenar.
Dokumen dibawah yang didedahkan oleh Yb Zulkifli Noordin membuktikan bahawa khawarij PAS tidak akan sama sekali memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat federal.
Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS.
Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13.
Justeru apa maknanya tahaluf siyasi versi khawarij PAS? Adakah walaq kepada DAP menjadi keutamaan? Jika PAS ada ciri-ciri khawarij ini, maka umat Islam perlu berhati hati dengan gerakan yang boleh memecah belahkan umat Islam ini.
Sumber
Pisau