Friday, September 30, 2011
Disko Rimba Di Kelantan
Sultan Johor Tersinggung
Thursday, September 29, 2011
Hudud: Drama Berakhir Seperti Yang Dijangkakan
“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” kata Anwar Ibrahim pada 28 September 2011. Inilah juga klimaks drama tersebut ketika pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Drama yang sama berulang kembali untuk menutup sekejap isu murtad di gereja, isu komunis dan paling utama adalah kes liwat Anwar Ibrahim. Melupakan sekejap tumpuan rakyat terhadap isu yang boleh merugikan pembangkang. Wednesday, September 28, 2011
Saifuddin Nasuiton Berbohong
Namewee Semakin Melampau

Video & Transkrip Ucapan Guan Eng
Tuesday, September 27, 2011
HIV & AIDS Isu Sebenar Di Kelantan



Malaysiakini Mendedahkan Lagi Penipuan Guan Eng


McDonald Pakar Pembohong

Bagaimana Anwar boleh mengambil seorang yang bukan pakar untuk membela kesnya? Apakah McDonald diambil kerana kelayakan atau sekadar saksi yang mudah dibayar oleh mana-mana pihak bagi membela mereka yang tidak sepatutnya. Dr McDonald ketika itu menjadi saksi pembela kepada Robert Charles Bropho, dalam kes BROPHO vs THE STATE OF WESTERN AUSTRALIA.
Bropho adalah seorang warga Australia yang didakwa seorang lelaki gila seks dan perogol bersiri gadis bawah umur yang selalu membayangkan dirinya sebagai ‘bayangan Martin Luther King’.
Dalam pembelaan itu, McDonald mengemukakan kepada mahkamah berkenaan teori keputusan DNA dan statistik DNA dalam menentukan status bapa kepada kanak-kanak.
Ketua Hakim Daerah (District Chief Judge), Bruce James Hamilton Goetze (Goetze), menolak keterangan McDonald dengan merumuskan keterangan dan bukti DNA yang ditampilkannya tidak boleh digunapakai sebagai bukti di mahkamah kerana beliau bukan pakar sebenar dalam bidang tersebut.

McDonald bukan pakar DNA. Pakar pembohong macam Anwar Ibrahim juga.
Hakim Goetze berkata Dr McDonald mendakwa dirinya sebagai “Perunding Genetik Molekul”, namun beliau hanya mempunyai pengetahuan asas dan tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bidang tersebut.
Katanya, McDonald tidak mempunyai kelayakan atau latihan dalam bidang genetik populasi serta tidak mempunyai kelayakan atau latihan dalam bidang statistik genetik.
Goetze berkata beliau tidak tahu dari siapa dan bagaimana McDonald memperolehi ‘kepakaran sebenar’ di dalam DNA dan genetik molekul dan beliau juga tidak tahu apa yang Dr McDonald ‘pakar’ berkenaan DNA, genetik dan statistik populasi.
McDonald mendakwa sebagai Fellowship dari Pertubuhan Genetik Manusia (Human Genetics society), namun perlembagaan dan undang-undang pertubuhan tersebut tidak pernah memperuntukkan jawatan Fellowship.
Kata hakim, jika benar sekalipun beliau adalah Fellowship, tetapi bukti yang dihasilkannya masih belum cukup untuk membantu fakta.
Kata hakim itu lagi, McDonald seharusnya memberitahu bentuk latihan yang dipelajari secara jelas dan tidak mengharapkan mahkamah menerima bulat-bulat kepakaran yang didakwanya. Ini penting kerana dakwaannya bahawa beliau mempunyai Fellowship dari Pertubuhan Genetik Manusia, hakikat sebenarnya, jawatan itu tidak wujud.
Maka dengan kesimpulan itu, mahkamah tidak yakin dengan keterangan lisan dan kenyataan McDonald dan seterusnya membuat keputusan menolak keterangan tersebut. (Sumber AIDC)
Monday, September 26, 2011
Anwar & Azwan : Ada Apa Apa Ker?

Gambar Anwar dengan Azwan ini menimbulkan seribu satu persoalam. Apakah yang diperbincakan mereka setelah Anwar diasak teruk dengan kakak sulung Azmin dan pendedahan berani yang dibuat oleh Ummi Hafilda.
Sebelum ini, kira-kira 14 jam lalu, Azwan telah twitt Anwar bersama dengan foto mereka, “Slm. @anwaribrahim n Azwan Ali ! This 2 really Rocking the world ya! Aminnnn wt people say”, kata Azwan.
“Tq-good meetg”, balas Anwar yang memberitahu foto itu dirakam semasa program perjumpaan mereka. Azwan Ali adalah personaliti tv merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan juga merupakan abang kepada Ummi Hafilda, saksi penting kes liwat I, bekas Timbalan Perdana Menteri, kira-kira 13 tahun lalu.
Ada mesej jelas ingin disampai oleh mereka dalam foto dan kata-kata di atas serta seolah-olah tersembunyi satu strategi baru yang dirangka bersama, bakal mereka lakukan selepas ini. Sumber AIDC.
Sunday, September 25, 2011
Penyakit Lidah Bercabang Lim Guan Eng Berulang
Perangai lama berulang lagi. Lim Guan Eng menafikan laporan yang dikeluarkan Bernama berhubung kenyataannya memburuk-burukkan Johor ketika ditemuramah oleh sebuah stesen radio di luar negara baru-baru ini (baca sini). Memang inilah penyakit yang dihinggapi oleh Guan Eng, kos rawatan Mat Sabu pun belum lagi dijawab oleh Guan Eng.Inikan pula memburukkan negara di luar negara. Apa untungnya Guan Eng buat begitu? Sewajarnya Guan Eng pun perlu digantung sama 6 bulan seperti mana M. Manoharan yang menghina Jalur Gemilang. Apa istimewa Guan Eng untuk terlepas dari hukuman tersebut? Sebab dia anak Kit Siang?
Saturday, September 24, 2011
Hudud: DAP Tetap Pendiriannya
PAS Benarkan Sex Luar Tabii

Berikut adalah draf undang-undang hudud negeri Kelantan dan Terengganu. Jika diteliti dengan baik, kita akan dapati bahawa draf tersebut telah "menghalalkan" perbuatan sex luar tabii. Maka tidak hairanlah ada kalangan isteri pemimpin PAS yang terseksa dengan nafsu luar biasa pasangan mereka. Dalam satu kes yang dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Siti Rosmala Mohamad telah menuntut fasakh kerana tidak tahan dengan nafsu suaminya iaitu Abdul Rashid Rahman.
Suami Rosmala adalah bekas Ketua Dewan Ulama PAS Perlis. "Dia hanya pentingkan kepuasan seks semata mata. Dia tetap mahu saya layan (nafsu) dia walaupun dia tahu ketika itu saya sakit kerana ada bisul di punggung" kata Rosmala. Bagaimanan pemimpin PAS boleh membuat draf undang undang yang jelas melanggar tabii? Bughah pun dilkeluarkan dalam hudud di Kelantan. Undang undang dibuat untuk kepentingan sendiri?
Guan Eng Rasis Pada PAS
DAP tidak selamat untuk bertapak di Johor. Parti biaDAP ini perlu memberi jawapan kepada rakyat mengapa banyak kroni kroni anak beranak Kit Siang yang menguasai DAP pada hari ini. Apa yang sudah berlaku pada sesatunya ADUN PAS di Pulau Pinang? Khabarnya kecewa kerana janji tidak kunjung tiba. PAS sebenarnya tidak selamat untuk "melabur" di Pulau Pinang.
Friday, September 23, 2011
Drama Terbaru PAS & DAP
Kali ini skrip yang sama kedengaran kembali. Padahal di belakang pentas mereka bukan main baik lagi sedang mengagihkan kerusi antara satu sama lain. PAS mahukan undi dari ahli DAP dengan isu komunis. DAP pula mahu dilihat tidak baik sangat dengan PAS dengan isu hudud untuk terus mengekalkan kepercayaan orang bukan Islam. Kesimpulannya, mereka memang berlakon.
Dengan isu hudud PAS berharap dapat mengawal lompatnya beramai ramai ahlinya masuk UMNO bila marah dengan isu komunis. Kita lihat sampai bila skrip ini dapat bertahan? Rakyat sudah serik ditipu berulang kali dengan helah yang sama. Janji pilihanraya pun DAP dan PAS belum tunaikan. Mereka ingat rakyat lupa?
Thursday, September 22, 2011
Kelantan Boleh Buat Hudud Tanpa Persetujuan Pusat
Mengapa perlu menunggu kelulusan kerajaan pusat? Sebenarnya kerajaan negeri Kelantan sudah pun bersetuju untuk melaksanakan undang undang hudud pada tahun 1993, namun mereka tidak melaksanakannya. Menurut perlembagaan persekutuan, Perkara 76 (1), kerajaan negeri boleh melaksanakan sesuatu enakmen undang undang hanya dengan perkenan daripada Sultan.
Oleh itu, mengapa undang undang hudud yang pernah dibentangkan di Kelantan dan Terengganu berbeza? Mengapa tidak ada "bughah" dalam draf hudud negeri Kelantan. Beranikah pakatan pembangkang memasukkan agenda hudud dalam manifesto pilihan raya nanti? Bentangkanlah di parlimen, mengapa perlu menyalahkan pihak lain sedangkan mereka boleh berbuat demikian dengan sendirinya.
Lee Kee Hiong Yang BiaDAP
Anwar Tengah "Hot"
Zaman pembohongan dan penafian daripada rakyat umum sudah berlalu. Anwar tidak perlu menuduh orang lain, mengapa tidak buktikan diri sendiri tidak bersalah. Mana jam Omega? Rakyat masih belum lupa dengan jam Omega. Gambar keluar dari lif tanpa jam Omega cukup kuat untuk membuatkan Anwar "hot".
Wednesday, September 21, 2011
Hudud: Akhirnya PAS Tunduk Dengan DAP
Mahasiswa Pembangkang Membisu Mengenai Anwar
Mengapa tidak mempertikaikan kewibawaan ketua pembangkang sebagai pemimpin dengan beberapa isu moral yang sudah diketahui umum? Mereka diarah tutup mulut dan takut untuk bersuara menyatakan kebenaran terhadap Anwar dan Mat Sabu. Malah dalam isu murtad di DUMC, mahasiswa yang mendakwa mereka pro kepada mahasiswa gagal menyatakan pendirian ikhlas malah dilihat cuba pula untuk menyalahkan JAIS.
Kebebasan bersuara mereka telah disekat, ditutup dan dipasung oleh ideologi yang berpihak kepada parti pembangkang bukannya mahasiswa. Mengapa tidak mengakui dengan ikhlas PTPTN itu juga adalah perjuangan yang dibawa oleh pemimpin pelajar terdahulu kepada Tun Mahathir? Ego? Tidak mengapa, selepas ini habis belajar mereka akan makan gaji nanti. Sudah tentu Azizan Razak, Guan Eng, Khalid Ibrahim dan Nik Aziz akan membela graduan pembangkang ini bila mereka tamat belajar nanti.
Tuesday, September 20, 2011
Mat Indera & Mat Sabu
Azizan Razak: Proton Lain, Camry Lain, Mercedez Lain.


Monday, September 19, 2011
PAS: Parti Aloh Sokmo
Video Sex: Anwar Sudah Gelabah
Nik Aziz Bersedia Laksanakan Hudud
Sunday, September 18, 2011
GAMIS : Baca AUKU Dulu Sebelum Hendak Mansuhkannya
Sebenarnya AUKU sudah dipinda pada tahun 2009 yang melibatkan Seksyen 15. Dalam pindaan terbaru 15 (1) dan 15 (2), pelajar boleh terlibat dengan mana-mana badan dan persatuan di luar kampus. Manakala dalam 15(6), penglibatan pelajar dalam bidang akademik tidak boleh dihalang oleh universiti. Beberapa lagi pindaan turut dibuat terhadap AUKU yang didakwa "zalim" tersebut. Berapa ramai antara aktivis pelajar itu yang pernah kena hukuman dengan AUKU? Pernah kena dibicarakan tetapi hukuman jarang kedengaran dikenakan atas sebab politik pelajar.
Jika tidak sudah ramai mahasiswa yang dibuang universiti kerana bawa keranda,pecahkan pintu dan cederakan pengawal keselamatan dalam pilihanraya kampus pada tahun lepas. Ada yang kena hukuman AUKU? Biarkan membawa emak sendiri untuk berkempen dalam IPTA dan enggan hadir untuk ujian kesihatan di hospital tetapi mereka masih lagi anggap ada akta yang menzalimi mereka.
Mereka ini sebenarnya menzalimi diri mereka sendiri dengan membiarkan pihak pembangkang menggunakan platform pelajar untuk "malice politic" pembangkang. Mana tidaknya, tidak ada satu pun suara dari kumpulan Pro Mahasiswa kedengaran ketika Mat Sabu menggelarkan Mat Indera (komunis) sebagai hero. Mereka disekat kebebasan bersuara dan hak menyokong kebenaran kerana takut dengan Mat Sabu dan pihak pembangkang. Ini lebih bahaya dari AUKU, bila hendak dihapuskan sindrom ini?















