Wednesday, August 31, 2011
Mohd Sabu Akan Jadi Mat Penyapu
Beliau yang telah berkhidmat 20 tahun dengan meredah hutan untuk memerangi pengganas, tidak faham bagaimana Timbalan Presiden Pas itu sanggup menyokong komunis.
“Sudah dua, tiga hari saya berfikir macam mana beliau boleh hina bangsa dan agama sendiri. Jika beliau sudah tidak mahu tinggal di Malaysia, bolehlah keluar dari negara ini.
“Orang macam Mohamad Sabu ibarat ‘kain buruk’ kepada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Wan Taha yang berkhidmat dari 1964 hingga 2001 dalam pasukan keselamatan dengan pangkat terakhir sebagai sub inspektor berkata, kenyataan Mohamad Sabu itu tidak boleh diterima sama sekali.
“Saya berbulan-bulan masuk hutan tinggalkan anak bini di rumah, semata-mata untuk pastikan negara aman damai untuk anak cucu kita, tetapi beliau pula sokong komunis. Apa tujuan dan matlamatnya. Saya tidak boleh terima sama sekali.
“Mohamed Sabu tidak pernah tinggalkan anak bini. Beliau cuma tahu ‘melalak’ sahaja. Kalau beliau tidak jaga percakapannya, saya bimbang nanti beliau jadi ‘Mat Penyapu’ pula,'' katanya.
Wan Taha berkata, ramai yang tidak tahu tentang kekejaman komunis kerana mereka tidak masuk hutan untuk memerangi pengganas, sebaliknya sekadar membaca berita dalam akhbar.
Katanya, Mohamad Sabu mungkin ‘buta sejarah’ kerana membuat kenyataan yang mengguris hati keluarga dan ahli pasukan keselamatan, tetapi kenyataan itu dilihat lebih bermotifkan politik. - UTUSAN.
Tidak mustahil Mohd Sabu akan digelar Mat Penyapu kerana beliau bercakap tanpa berfikir dengan mendalam terlebih dahulu. Kebebasan bercakap atas pentas politik telah disalah guna untuk tujuan-tujuan memuji DAP dan komunis telah memakan diri Mohd Sabu sendiri. Dulu Mohd Sabu pun tidak berfikir panjang masa kantoi di bilik 121, masa gelar Anwar Al Juburi yang kini jadi kawan baik dia. Sudah kantoi, Mat Penyapu akan buat-buat lupa mengikut apa yang diperintahkan oleh Si Luncai DAP.
Kajian Merdeka Center Tidak Tepat
Dalam satu kajian membabitkan 1,027 responden yang dibuat oleh Merdeka Center ianya menunjukkan rating Najib jatuh enam peratus daripada 65 peratus pada Mei lepas kepada 59 peratus pada Ogos. Persoalan pertama yang perlu dipertikaikan apakah cukup sampel sejumlah itu untuk menggambarkan pandangan rakyat berjumlah 29 juta terhadap Perdana Menteri?
Bagaimana responden tersebut dipilih dan siapa mereka? Lagipun Merdeka Center adalah sebuah badan yang diketahui mendapat dana daripada pembiaya asing yang juga membiayai aktiviti pembangkang dan Anwar Ibrahim di Malaysia (baca sini). Ketika hampir dengan pilihan raya memang ada satu "trendsetter" untuk mencetuskan "snowball effect" dalam pemikiran rakyat yang lain. Angka 1,027 bukanlah satu yang signifikan untuk mempengaruhi persespi pengundi di Malaysia. Rakyat Malaysia hari ini sudah kenal siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, mengapa itu tidak dikaji?
Tuesday, August 30, 2011
DAP Belum Jawab Isu Tuntutan Perubatan Mohd Sabu
PULAU PINANG 29 Ogos - Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat tuntutan perubatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjumlah RM8,434.05 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Naib Presiden parti itu, Huan Cheng Guan berkata, tuntutan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu tidak patut diluluskan PBAPP kerana kecederaan lututnya bukan berlaku ketika waktu bekerja sedangkan beliau sebenarnya menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.
Lantaran itu, beliau turut menyifatkan kelulusan tuntutan perubatan itu bukan sahaja satu tindakan kerajaan tempatan DAP yang menyalahgunakan kuasa malahan juga merupakan pembaziran sumber kewangan di negeri ini.
"Saya berpendapat perubatan Mat Sabu tidak sepatutnya dapat dituntut kerana kecederaannya berlaku semasa menyertai Bersih dan bukan waktu bekerja.
"Malah, saya percaya syarikat insurans juga tidak akan meluluskan tuntutan sebegini jika seseorang itu mengalami kecederaan kerana menyertai demonstrasi," katanya.
Cheng Guan bersama enam ahli PCM hari ini mewakili rakyat di negeri ini untuk membuat laporan di pejabat SPRM di sini.
Dalam pada itu, Cheng Guan juga mempertikaikan tindakan Mat Sabu yang sebenarnya layak memasuki wad kelas 1 di mana-mana hospital kerajaan untuk mendapat rawatan pada lututnya.
"Saya hairan apa sebabnya Mat Sabu mendapat rawatan di Hospital Pakar KPJ untuk rawatan lututnya dan bukan hospital kerajaan sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga hanya mendapat rawatan lutut beliau di Hospital Kuala Lumpur sahaja.
"Ini sekadar menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan tempatan DAP sahaja," katanya.
Pada masa sama, Cheng Guan berkata, beliau juga akan meminta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) untuk menyiasat perkara berkenaan.
Tegasnya, perkara itu perlu disiasat dengan baik supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi PBAPP harus memberikan penjelasan mengenai tuntutan perubatan tersebut - Sumber Utusan
Monday, August 29, 2011
Mohd Sabu Pengkhianat Negara
Mat: Apa guna banyak-banyak? Nanti kita semua susah!
Komunis 2: Lu mesti ingat. Ini kawasan Melayu. kalau ada banyak org Melayu sokong, baru kita boleh menang.
Mat: Itu mmg betol, saya tau. Byk susah la. Ini org melayu byk kuat sembahyang.
Komunis 1: Haa! Kalau itu mcm, lu misti campur diorang sembahyang, perlahan-perlahan you cakap pasal parti!
Parti Komunis Malaya (PKM) telah letak senjata tetapi dengan kenyataan Mohd Sabu terbukti PKM belum lagi letak sepenuhnya ideologi mereka. Salah seorang yang masih dirasuk dengan ideologi komunis adalah Mohd Sabu. Rakyat Malaysia tidak akan mudah lupa sejarah macam Mohd Sabu.
Mohd Sabu Bohong, Utusan Patut Saman Mohd Sabu
29 Ogos 2011, memang sudah dijangka dari awal, bila sudah terkantoi maka kebiasaannya pemimpin pembangkang akan nafikan dan tuduh pihak lain sebagai jahat. Itulah cara mereka memainkan persepsi rakyat dan terus mengekalkan kepercayaan pihak yang menyokong mereka. Sampai bila permainan bohong dan nafi ini perlu dibiarkan?
Ianya satu amalan politik yang tidak sihat. Lebih-lebih lagi bila cuba mempersoalkan sejarah dan melabel pihak keselamatan sebagai pengganas. Perkara sebegini tidak sewajarnya dipolitikkan. Jika ada pihak yang cuba memesongkan fakta, merekalah yang patut dikenakan tindakan. Kita tidak boleh lagi membiarkan pihak yang membuat salah untuk terus nafi dan cuba mengugut untuk menyaman pihak yang mendedahkan kesalahan mereka tersebut.
Mohd Sabu ternyata berbohong untuk menyelamatkan diri. Mungkin juga Mohd Sabu sengaja bercakap demikian untuk membuat diversion kepada isu-isu utama yang dimainkan pada 21 Ogos 2011 iaitu isu murtad di gereja DUMC dan pendedahan pusat tuisyen di parlimen Seputeh oleh Buletin Utama TV3 pada malam tersebut.
Mohd Sabu tidak ada modal lagi untuk berceramah melainkan mengikut telunjuk dan skrip yang sudah diberi oleh DAP. Malang bagi PAS kerana ada seorang Timbalan Presiden yang suka berbohong, mudah lupa dan ikut telunjuk DAP. Utusan juga perlu menyaman Mohd Sabu kerana memalukan Utusan di Malaysiakini dan Harakahdaily dengan tuduhan palsu. Bukti video di bawah ini cukup kuat untuk membawa Mohd Sabu ke mahkamah.
Kalau Lupa Mohd Sabu Kena Tengok Video Ini
Memang Mohd Sabu sering membawakan hujah komunis ini bila berhadapan dengan pengundi Melayu. Memang sah Mohd Sabu ini sudah dibiayai oleh DAP untuk puji komunis dan puji kerajaan DAP Pulau Pinang. Kalau Mohd Sabu lupa, video ini boleh mengingatkan Mohd Sabu. Pengkhianat negara seperti Mohd Sabu perlu ditahan menggunakan ISA, baru dia ingat sikit.
Mohd Sabu Mudah Lupa
“Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 0gos). Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu,” kata Mohd Sabu. Memang Mohd Sabu mudah lupa.
9 Julai 2011, Mohd Sabu lupa yang dan tidak tahu hendak beza mana satu pajero dan mana satu kereta Waja. 31 Januari 1995, Mohd Sabu juga terlupa nombor bilik ketika ditangkap dengan seorang suri rumah yang juga seorang isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana Kota Bharu. Mohd Sabu juga mudah lupa bahawa beliaulah orang yang pertama sekali menggelar Anwar Ibrahim dengan panggilan "Al Juburi". Mohd Sabu memang mudah lupa.
Sunday, August 28, 2011
Group Murtad: DAP Sudah Mula Gabra
Giliran Tony Pua pula gabra dan menggelabah selepas Mat Sabu cuba nafikan video beliau menyamakan komunis sebagai hero. Tony Pua menyatakan bahawa laporan Tv1 pada 28 Ogos 2011 sebagai satu laporan yang tidak benar. Sebenarnya, laporan itu adalah benar berasaskan satu group Facebook yang bertajuk "Murtads in Malaysia and Singapore" (baca sini).
Laporan TV1 tersebut adalah benar kerana ada beberapa orang pemimpin pembangkang yang telah "likes" dalam group tersebut. Apa lagi yang hendak disembunyikan oleh pemimpin pemimpin pembangkang tersebut? Sewajarnya mereka yang "likes" terbabit yang perlu letak jawatan dan memberikan penjelasan mengapa mereka turut memberi sokongan terhadap group Murtad terbabit.
Dengan adanya satu pusat tuisyen pun sudah beberapa orang murid sekolah telah cuba dipesongkan akidah mereka. Itu belum siap lagi sebuah gereja yang besar yang terletak dalam kawasan parlimen salah seorang ahli DAP (baca sini). Inilah "harapan baru" yang cuba pakatan pembangkang bawa di Malaysia. Lagipun Anwar Ibrahim sendiri memberikan kenyataan yang seolah-olah menggalakkan lagi usaha DAP tersebut (baca sini).
Nampaknya Malaysiakini terus-terusan cuba mempertahankan gejalan murtad ini daripada pengetahuan umum. Selepas gereja DUMC, pusat tuisyen dan kini group murtad dalam Facebook, apa lagi yang hendak dinafikan, memang pembangkang terutamanya DAP terlibat sama. SKMM perlu menutup terus laman Malaysiakini daripada terus memfitnah dan mencuba untuk merosakkan akidah umat Islam.
Nilai Diri Mohd Sabu Hanya RM8,000
Video Mat Sabu Menghina Pejuang Kemerdekaan Negara
Mat Sabu cuba nafikan sejarah negara. Mat Sabu sudah songsang.
Saturday, August 27, 2011
Mat Sabu Sudah Gila
“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” kata Mohd Sabu.Sudahlah tidak tahu membezakan antara kereta Waja dan Pajero polis, kini Mohd Sabu tidak tahu beza antara polis yang memperjuang kemerdekaan dengan komunis yang membunuh orang Melayu. Dengan ucapan yang amat gila ini, Mohd Sabu wajar ditahan atas Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) kerana dengan jelas menghina pejuang-pejuang negara dan mengangkat komunis sebagai hero. Ini dakyah yang tidak sihat bagi seorang Timbalan Presiden PAS. Kita tunggu apa komen Nik Aziz tentang kenyataan Mat Sabu ini?
Friday, August 26, 2011
Majlis Peguam Tidak Perlu Campur Urusan JAIS
Majlis Peguam tidak payah berlagak pandai dalam soal dan urusan umat Islam. Ini persoalan akidah. Sewajarnya pertikaikan kenapa Ambiga anjurkan majlis sebelum itu di DUMC. Apakah Ambiga terlibat sama? Mengapa ada beberapa orang yang merupakan Friends of BERSIH ketika 12 orang umat Islam tersebut cuba dimurtadkan? Ini soal dan urusan JAIS yang merupakan kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan dan di bawah bidang kuasa Sultan Selangor. Majlis Peguam jangan biadap untuk pertikai dan masuk campur dalam soal ini.
Asri Buat Kenyataan Ini Untuk Hidup?
Sungguh memalukan bagi bekas Mufti Perlis ini kerana masih lagi berpendirian untuk menyebelahi pihak gereja dan seakan-akan menyalahkan pula pihak yang membuat siasatan di gereja tersebut sebagai pihak yang salah. Apa sudah jadi dengan Dr Asri ini? Mungkin kenyataan ini dibuat oleh Dr Asri semata-mata untuk terus hidup? (baca sini)
Dulu satu ketika bukan main lagi Dr Asri mengecam Anwar Ibrahim, kini jentik Anwar pun tidak berani, malah sejak keluar berulang kali di Malaysiakini, hendak kecam gereja yang berusaha untuk murtadkan orang Islam pun sudah takut. Dato' Seri Shahidan Kassim yang pernah menjaga Dr Asri suatu ketika dulu perlu memberi teguran kepada bekas Mufti ini. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Dr Asri kebelakangan ini telah digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menghalalkan kegiatan dan usaha mereka memurtadkan umat Islam di negara ini. Jangan ikut DAP untuk hidup.
Thursday, August 25, 2011
Peguam Anwar Tertikam Diri Sendiri
Perbicaraan Liwat : Penyokong Anwar Terdiam Dengan Soalan Air Mani
‘‘Untuk meletakkan air mani seseorang pada sesuatu sampel atau rektum, orang yang hendak meletakkannya perlu ada air mani orang tersebut bukan?’’
Pertanyaan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden itu menyebabkan saksi pembela ketiga dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim, Dr. David Wells terdiam seketika dan pada mulanya enggan memberikan sebarang jawapan kerana baginya soalan itu lebih sesuai ditujukan kepada pakar asid deoksiribonukleik (DNA).
Selepas Mohd. Yusof menjelaskan bahawa soalannya tidak langsung menjurus mengenai kehadiran DNA dan hanya melibatkan air mani sahaja, Wells kemudiannya bersetuju dengan cadangan tersebut.
Soalan yang pada mulanya mengundang gelak tawa daripada mereka yang berada di galeri awam termasuk penyokong Anwar Ibrahim akhirnya menyebabkan dewan mahkamah menjadi sunyi seketika selepas jawapan tersebut diberikan.
Soalan tersebut dikemukakan ekoran dakwaan pihak pembelaan sebelum ini yang menyatakan bahan bukti telah tercemar dan air mani Anwar telah diletakkan pada calitan-calitan putik kapas. (baca lanjut di sini)
Mohd. Yusof dalam hujah di akhir kes pendakwaan sebelum ini menyatakan, ‘tiada bukti bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ada menyimpan air maninya di bank sperma kecuali sekiranya pihak pembelaan mencadangkan air mani Anwar bertaburan di tempat kejadian.’ Kalau pihak pembangkang dan pihak Anwar Ibrahim tuduh air mani itu sengaja dimasukkan ke dalam rektrum dan pada calitan kapas, dari mana Saiful dapat air mani Anwar itu? Anwar sudah semakin kantoi dalam kes ini.
Peguam PAS Membela 12 Orang Berbuka Puasa di Gereja
PAS dan PKR sesudah menggunakan nama Sultan Selangor untuk tubuhkan Jawatankuasa, kini telah membela pula mereka yang terlibat dalam kejadian di DUMC. PAS hilang pendirian dalam isu murtad ini apabila diasak dan didesak oleh Exco Exco DAP. Tidak boleh lagi buka mulut dan berkata apa-apa. PAS hanya tahu salahkan UMNO sahaja. PAS nampaknya lebih sanggup mempertahankan mereka yang terpesong daripada terlepas hukuman JAIS. Apa sudah jadi ini?
Menghina Islam: Arlene Tan Terkantoi
Individu bernama Arlene Tan ini dipercayai telah menghina umat Islam dalam Twitternya dan tulisan-tulisan dalam blognya turut menghina agama Islam (baca sini). Arlene Tan yang merupakan pengundi di Gombak adalah bekas pelajar seorang yang baru sahaja masuk DAP (baca sini). Arlene Tan dan kumpulan menghina Islam perlu ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia. Tindakan mereka ini amat melampau.
Wednesday, August 24, 2011
Anwar Ibrahim Hendak Cari Helah Teknikal
Nama yang tertera ialah 'Mohd Saiful Bukhari bin Azlan' dan bukannya 'Mohamed Saiful' ! Bukan sekadar itu sahaja, Anwar Ibrahim juga mencari helah masa DNA diambil untuk cuba menafikan DNAnya sepadan dengan sampel yang diambil dari Saiful. Anwar sudah mula mencari helah kerana Anwar sudah pernah lepas dengan alasan sama dalam kes liwat pertama. Kali ini Anwar sukar hendak lepas.
Nor Azli Ketua Pemuda PAS Yang Bermasalah
Dalam laporan tersebut, Fauzi mendakwa pada 10.30 malam, 22 Ogos 2011, dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir datang ke rumahnya kerana mahu berbincang tentang notis saman fitnah terhadapnya yang dihantar pada 23 Ogos 2011.
Fauzi ditawarkan RM50,000 dengan syarat bersedia melakukan beberapa perkara termasuk meminta maaf secara terbuka kepada Nor Azli dan menyokong kenyataannya terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. "Selain itu, saya diminta menarik balik segala tuduhan dan dakwaan dalam isu jutawan segera melibatkan pemimpin pembangkang termasuk Nor Azli yang dilaporkan kepada SPRM.
Tuesday, August 23, 2011
Friends of BERSIH Terlibat Dalam Murtadkan Umat Islam di DUMC?
Semua pihak mengetahui bahawa siapa sebenarnya Ambiga ini dan bagaimana pendiriannya dalam isu 121 (1A) dan isu-isu berkaitan agama Islam (baca sini). Mana penyokong-penyokong PAS yang mendabik dada bahawa mereka membela Islam dalam isu ini? Mana NGO-NGO Islam yang mengatakan mereka pejuang Islam? Mana kumpulan pelajar Pro Mahasiswa yang mendakwa mereka prihatin dalam isu-isu murtad ini?
Dr Osman Gementar, Beri Kenyataan Bercanggah
Beberapa kemusykilan pada laporan yang didakwa diperiksa oleh Dr Osman (baca sini).
Pada 31 Julai 2008, Dr. Kamaruddin Ahmad (Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi) telah membuat satu kenyataan dalam Buletin Utama TV3 yang memberitahu Dr. Muhamad Osman hanyalah doktor biasa dan beliau hanya menasihatkan pesakit. Malah laporan sodomi dua halaman yang disebarkan juga dinafikan oleh Pusrawi.
Dr. Kamaruddin menjelaskan, dari segi amalan kedoktoran, pemeriksaan mana-mana kes berkaitan liwat perlu dijalankan oleh doktor pakar kerana ia tidak boleh ditentukan melalui kesan luaran saja. Ini bermakna laporan oleh Dr Muhammad Osman kurang kredibiiltinya disebabkan beliau hanyalah doktor biasa sahaja bukan doktor pakar. Watak Dr Osman hadir untuk divert isu liwat ketika ianya mulai panas, kemudian Anwar arahkan pula Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh untuk sekali lagi alih isu liwatnya. Dr Osman sendiri tidak sangka beliau boleh hadir ke mahkamah untuk jadi saksi(baca sini).
Laporan Dr Osman adalah palsu berbanding Laporan Hospital Kuala Lumpur (baca sini)
Dr Osman juga mengakui memberi satu salinan kepada wakil Anwar Ibrahim yang dikatakan meliwat Saiful. Kemudian laporan itu dikatakan telah diubahsuai. Persoalannya sekarang kenapa Dr. Osman menyerahkan laporan mangsa ke pada pemangsa? (baca sini) Apakah Dr. Osman mempunyai rangkaian sahabat dengan Anwar Ibrahim? Oh ya, Dr Osman juga pernah gunakan taktik Anwar iaitu melarikan diri bila kes ini disebut. Anwar lari ke kedutaan Turki, Dr Osman lari ke mana?
Video Sindiket Murtad DUMC Part 3
Anwar Beri Keterangan Tanpa Bersumpah Cakap Benar
22 Ogos 2011, Anwar Ibrahim memberi keterangan dalam kandang tertuduh dengan membacakan dokumen setebal 32 mukasurat. Apa yang pasti Anwar Ibrahim masih tidak dapat menafikan beberapa perkara lagi untuk menolak dakwaan tersebut.
1) Anwar tidak bersumpah bercakap benar dalam kandang tertuduh. Banyak kenyataan Anwar adalah berbaur politik. Boleh percayakah apa yang Anwar sebut tersebut adalah benar? Atau sekali lagi Anwar berbohong?
2) Kenapa takut bersumpah cakap benar? Alasan yang diberikan bahawa prosedur mahkamah menghalangnya adalah tidak munasabah kerana bersumpah adalah atas kehendak diri sendiri.
3) Anwar tidak menafikan berada dalam bilik yang sama dengan Saiful. Sedangkan Anwar berkata beliau sedang bermesyuarat pada waktu tersebut. Mesyuarat apa hingga ke kondominium? (baca sini)
4) Anwar gagal menafikan "lelaki Y" yang berada dalam CCTV adalah bukan dirinya. (baca sini)
5) Anwar juga gagal nafikan password "Mokhtar" adalah tidak benar. Siapa lagi yang tahu password tersebut selain Anwar dan Saiful?
6) Anwar gagal buktikan siapa hendak bunuhnya ketika beliau bersembunyi di kedutaan Turki ketika kes liwat Saiful baru dilaporkan. Terbukti Anwar hanya reka cerita sahaja. (baca sini)
7) Kalau Anwar kata sampel yang diambil dari penjara tersebut tidak mengikut prosedur dan standard antarabangsa, mengapa tidak beri sampel DNA beliau sendiri di mahkamah. Buat apa takut kalau tidak bersalah? (baca sini)
Monday, August 22, 2011
Pusat Tuisyen Seleweng Akidah Tidak Lagi Beroperasi
21 Ogos 2011, Pusat tuisyen yang dikatakan menyebar dakwah Kristian secara halus di Jalan Klang Lama berhampiran sebuah pasar raya besar dekat sini didapati tidak lagi beroperasi setelah diarah tutup oleh Kementerian Pelajaran. Pusat tuisyen tersebut telah berkunci. (baca lanjut di sini).
Kawasan sekitarnya juga lengang tanpa kehadiran tenaga pengajar dan pelajar pelbagai kaum termasuk pelajar Islam yang dikatakan sering mengunjungi pusat tuisyen tersebut.
Penduduk yang ditemui, Rosiah Ibrahim, 52, berkata, pusat tuisyen itu tidak lagi beroperasi sejak didedahkan oleh akhbar ia menyebar dakwah Kristian secara halus kepada pelajar di sekitar kawasan tersebut.
"Memang ramai yang mengunjungi pusat tuisyen ini kerana ia mengajar secara percuma, tetapi ia tidak lagi dibuka setelah dilaporkan menyebarkan dakwah Kristian," katanya.
Tauke Dusun Dok Tagih Janji Ustaz Azizan
Seorang pemilik dusun, Abdul Fatah Ahmad, 50, berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat sini Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.
“Mereka (pemilik dusun) teruja mendengar janji-janji kerajaan negeri sehingga tidak menjual hasil tanaman kepada peraih buah-buahan seperti dibuat sebelum ini, dan menunggu wakil kerajaan negeri untuk memungut hasil tanaman mereka.
“Sampai sekarang tak ada pihak yang menjalankan tugas memungut hasil buah-buahan kami, sehingga buah tersebut rosak disebabkan terlalu masak,” katanya ketika ditemui di Pekan Naka hari ini.
Abdul Fatah, yang juga bekas anggota Pas, berkata, mereka berasa tertipu dengan janji yang ditaburkan kerajaan negeri sehingga mengakibatkan kerugian antara RM1,000 hingga RM3,000 kerana tidak dapat menjual hasil pertanian seperti biasa.
Mizan Ahmad, 45, pula berkata, rambutan di dusunnya terbiar begitu sahaja dan tidak lagi mempunyai nilai di pasaran ekoran terlalu masak dan tidak enak dimakan. — BERNAMA.
Sunday, August 21, 2011
Saturday, August 20, 2011
PAS Lebih Percaya Gereja Dari Orang Islam Sendiri
Apa sudah jadi dengan PAS? Mereka lebih percaya pegawai gereja daripada video bukti sahih yang dikeluarkan oleh JAIS sendiri. Apa lagi yang hendak PAS selindungkan dalam video tersebut? Bila pula kenyataan pegawai gereja itu bercanggah dengan video tersebut? Sila baca artikel murahan yang dibuat oleh Harakahdaily ini. Tiada ada yang bercanggah kerana PAS sendiri belum berjumpa dengan pihak gereja. Jadi, apakah ada tangan ghaib dari pihak gereja untuk mengarahkan Harakahdaily letakkan artikel dan tajuk tersebut? Berhentilah berbohong, buat apa melindungi dan mempercayai gereja berbanding umat Islam sendiri.
DAP Tangan Ghaib Menghalang Pemeriksaan JAIS?
Hasbullah Mohd Ridzwan (Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor) gesa kerajaan negeri Khalid Ibrahim siasat "tangan ghaib" UMNO dalam pemeriksaan JAIS di gereja DUMC. (baca sini). Nampak sangatlah ada tangan ghaib lain yang membonekakan Mohd Ridzwan ini untuk memberi kenyataan akhbar. Siapa tangan ghaib itu? Mungkin Khalid Samad atau Exco Exco DAP Selangor.
Kenyataan akhbar yang tidak matang dalam membela isu agama. Persoalannya bukan soal tangan ghaib siapa, tetapi persoalan akidah umat Islam yang cuba dimurtadkan dalam gereja tersebut. Inilah cara PAS untuk "mislead" isu sebenar agar rakyat terkeliru. Nyata PAS tidak mahu pertahankan akidah dan asyik pertahankan hubungan akrab mereka dengan exco-exco DAP yang beragama Kristian. Sudah tentu ada tangan ghaib untuk gagalkan pemeriksaan JAIS tersebut. Kenapa tidak siasat? PAS sudah tidak relevan, gugurkan sahaja nama Islam dari PAS.
Friday, August 19, 2011
Video Temubual Saiful Bukhari
PAS Sanggup Derhaka Sultan Demi DAP
Dia juga berkata, tidak timbul soal mempertikaikan tindakan JAIS atau tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama negeri tapi semua pihak hanya mahu mendapatkan penjelasan. Abdul Rani ternyata mengenepikan Sultan Selangor selaku ketua (ulil amri) dalam di negeri yang juga menjaga soal agama.
Tindakan Abdul Rani ini melambangkan PAS sanggup derhaka pada Sultan untuk tunduk dan taat pada DAP. Pada 9 Mei 2008, seorang peguam PAS pernah menjadi peguam untuk membenarkan seorang mualaf murtad (baca sini). Tidak hairanlah kenapa PAS sanggup lupakan dosa-dosa Ambiga pada umat Islam, lupakan dosa-dosa DAP yang menghina orang Melayu dan Islam, kerana PAS sebenarnya hanya mahu berkuasa bukannya membela Islam. Kuasa adalah matlamat utama bukan menjaga agama.
Siapa Dalang Pusat Tuisyen Cuba Pesong Akidah Umat Islam
Murid-murid yang diajar di pusat tuisyen tersebut dalam lingkungan umur enam hingga 14 tahun dari tiga buah sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia, SK La Salle, SK St. Teressa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda.
Tempat tuisyen tersebut mengajar para pelajar menyanyi lagu-lagu Kristian dan dipertontonkan video mengenai Jesus Christ (Nabi Isa) dan kuiz bagi menguji kefahaman mereka. Adakah soalan-soalan kuiz tersebut sama dengan soalan kuiz yang diedar terhadap 12 orang Islam di gereja Damansara Utama Church Centre( DUMC)?
Ini satu kaedah halus yang digunakan oleh mubaligh Kristian terhadap kanak-kanak. Bagaimana pula kaedah mereka untuk orang dewasa? Sudah tentu caranya juga lebih halus untuk mempengaruhi umat Islam. Sewajarnya umat Islam perlu bersatu menyokong semua tindakan penguatkuasaan untuk menghalang umat Islam daripada perangkap-perangkap mubaligh Kristian ini. Bukan pula menuduh JAIS atau pihak yang menghalang umat Islam daripada murtad ini sebagai pihak yang salah. Siapa dalang pusat tuisyen ini? Ianya perlu didedahkan.
Thursday, August 18, 2011
Wan Azizah & Mohd Sabu Pengundi Hantu Juga
Teresa Kok Biadap Dalam Masjid Ketika Azan Berkumandang
10 September 2008, Teresa Kok juga pernah melarang azan dilaungkan di masjid dan surau di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya. Teresa Kok nafikan tetapi memang benar DAP pernah melarang azan (baca sini). Malah pengerusi Masjid Bandar Kinrara setuju Teresa ditahan kerana isu azan (baca sini). Namun hari ini, semua sudah mengetahui larangan pembesar suara sudah dilarang di sebuah negeri yang DAP perintah (baca sini).
Mempertikaikan pegawai masjid dan enggan menutup aurat. Inilah perangai ego DAP. Mereka yang mencemarkan dan menodai kesucian rumah ibadat umat Islam ketika azan masih berkumandang tidak pun ditegur sebagai semberono oleh orang-orang PAS. Apa tujuan Teresa Kok untuk naik ke ruang solat masjid ketika azan masih berkumandang? Tindakan biadap Teresa Kok ini bukan sekali, malah berulang-rulang kerana ada ustaz-ustaz PAS yang membelanya. Amat biadap Teresa Kok, DAP memang Gestapo.
6 Lagi Identiti Umat Islam Dalam Gereja Didedahkan
Berikut adalah 6 orang lagi umat Islam yang terbabit dalam "Thanksgiving Dinner" di Gereja DUMC pada 3 Ogos 2011. Baca pendedahan lanjut di Mymassa.
Isu Gereja DUMC: PAS Tidak Ada Pendirian
PAS lebih sibuk hendak jumpa pihak gereja dari berjumpa dengan 12 orang umat Islam yang terperangkap di gereja tersebut. Kenapa PAS takut media masuk sama dalam perjumpaan antara PAS dan gereja? Apa yang hendak disembunyikan?
Kerana tamak hendak berkuasa, PAS sudah hilang pendirian. Dalam satu sidang meja bulat yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, FORKAD dan GAMIS turut hadir. Malah mereka lebih tahu menyalahkan akhbar memutar belit isu akidah di gereja DUMC tanpa mengecam dan bersatu untuk menyokong tindakan JAIS (baca sini). Kerana tamak kuasa, PAS sudah hilang pendirian. Takut kepada DAP hingga sanggup gadai agama sendiri.
JAIS: DAP Kata Gestapo, Persatuan Mahasiswa Islam Kata Semberono
DAP lebih Gestapo kerana mengusir peniaga di Pulau Pinang (baca sini). DAP lebih Gestapo dan kurang ajar bila menggelar orang lain dengan panggilan monyet (baca sini). Menggelar orang Cina lain yang tidak separti dengan mereka dengan panggilan haiwan (baca sini). Lebih kejam bila DAP mahu mengusir orang Melayu terus dari Balik Pulau (baca sini). Apakah tindakan-tindakan ini masih lagi dianggap sebagai sesuatu yang tidak semberono? Mahasiswa yang mengetuai persatuan pelajar Islam perlulah ada prinsip dan pendirian sendiri. Memalukan nama Islam dan mahasiswa jika mengikut telunjuk DAP, PAS dan PKR.
Gejala Murtad di Sekolah
Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi, 17 Ogos dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari (baca lanjut di sini), Kejadian sebegini perlu dibanteras agar dakyah dakyah halus ini tidak terus merosakkan akidah pelajar-pelajar Islam sejak dari sekolah lagi.
Wednesday, August 17, 2011
Pembohongan Besar Blogger Pro Pembangkang
Tukang yang berbohong itu sendiri mempunyai kad pengenalan 71 (baca sini). Apakah ada ikrar antara Zuraida, Saifuddin Nasuiton, Azmin Ali dan Wan Azizah untuk menyokong pakatan pembangkang? MiloSuam, Nik Nazmi dan Zuraida hendak divert isu berkaitan kes murtad yang berlaku di DUMC. Sudah-sudahlah berbohong, akhirnya pembaca sudah muak dengan pembohongan blogger-blogger pembangkang.
Kenapa Angin Perubahan?
1999, ketika kampus bergegar dengan reformasi pelajar, Perubahan telah berjaya menakluk kampus di utara tersebut. Aspirasi orang muda kepada Tun Mahathir selaku PM pada waktu itu. Satu persatu IPT berjaya ditransformasi hinggalah gerakan nasional itu kemudiannya digelar sebagai "Aspirasi".
2007, berblog di alam siber sebagai galang ganti platform baru setelah sebuah laman 1.0 yang aktif sejak 2001, dikuburkan. Selepas 2008, aura perjuangan membela agama, bangsa dan negara semakin mencabar. Inilah medannya, ruang seorang aktivis menyumbang sesuatu pada alif, ba ta.
Popular Posts
-
5 Mei 2013, sejurus selepas BN diumumkan menang PRU13 bila melepasi angka 112, Anwar Ibrahim terus menyatakan bahawa keputusan pilihan ...
-
Pantai Remis: Calon DAP bagi Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, malu besar apabila ditengking seorang nelayan warga emas ketika berkem...
-
Anwar Ibrahim sedang ketinggalan di Permatang Pauh. Pengiraan semula undi sedang dilakukan di sana. Anwar Ibrahim akan "umumkan&...
-
Demam pilihan raya umum ke-13 baru 12 hari berlalu, namun khabarnya ada tiga kawasan akan diadakan semula pilihan raya kecil berikutan...
-
The Star - Ketari DAP assemblyman Lee Chin Chen has condemned those using social networking sites to spread allegations of a blackout...
-
Lompat atau tidak itu persoalan kemudian. Yang sudah terang dan jelas kini adalah Anwar Ibrahim sudah tidak lagi sayangkan Azmin Ali. ...
-
Berikut adalah keputusan 18 orang calon BN yang bertaraf Menteri dalam pilihan raya umum yang lepas di kawasan parlimen. Majoriti p...
Anwar Iktiraf Chin Peng?
Apa perasaan pejuang negara? Apa perasan mereka yang hilang ahli keluarga kerana komunis? Di mana perikemanusiaan Anwar terhadap mereka?
DAP Kuasai Pembangkang
29 kerusi DAP, PKR hanya 25 kerusi, PAS ada 23 kerusi. 38 orang ahli parlimen pembangkang adalah bukan Islam, 39 adalah Islam. Kesimpulannya, menyokong pembangkang melemahkan kekuatan orang Islam dalam Parlimen.
DAP Usir Melayu
Hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu. DAP perlahan lahan usir Melayu
DAP Bagi Tazkirah Dalam Surau
Satu penghinaan bagi umat Islam. Ahli Parlimen DAP memijak sejadah di saf pertama. PAS pertahankan pula DAP.
Nik Aziz : Nikmat Besar Jika Berpadu
Satu Ketika Nik Aziz Kata Nikmat, Kini Bukan Nikmat Lagi Setelah 18 Tahun Berkuasa Di Kelantan.
Karpal : Langkah Mayat Dulu Baru Tubuh Negara Islam
Karpal Singh (Pengerusi DAP), Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990, "Kami memberi pengakuan untuk mewujudkan sebuah negara Islam, langkah mayat kami dulu" di Dewan Perhimpunan Cina, Pulau Pinang.
Eratnya Mereka
Eratnya pelukan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh ke atas Elizabeth Wong ketika sidang akhbar pada 17 Februari 2009. Ini tanda sokongan tidak berbelah bahagi Muslimat PAS terhadap orang yang mengakui tidak malu melakukan pergaulan bebas?
Siapa Kuasai Pakatan Rakyat?
Sejak menang di lima buah negeri pada 8 Mac lepas, siapa yang lebih mendominasi Pakatan Rakyat? Malaysia semakin liberal di bawah pakatan rakyat. Mustahilkah suatu hari Kit Siang pula menjadi Ketua Pakatan Rakyat?
Anwar memuji Salman Rusdie sebagai 'profound writer'(penulis berpengetahuan mendalam), majalah ASIAWEEK, 11 November 1993.
Khalid dikepung oleh ayah dan anak
Lihatlah MB Selangor ini dikepung oleh Kit Siang dan anaknya. Teresa Kok dan Xavier Jayakumar juga lihat cuba mendominasi Khalid. Siapa yang jadi MB sebenarnya?
Di manakah Anwar?
Wan Azizah diapit oleh anak dan ayah dari DAP. Ke mana sahaja pergi, mereka berdua mengepung orang lain . Di Machap, Wan Azizah pernah pegang tangan Liou Chen Kuang (calon DAP). Anwar Ibrahim di mana?
Father & Daughter In Law
Betty Chew (isteri Guang Eng) tengah memegang sesuatu sambil diperhatikan oleh ayah mertua dan suaminya. Teresa Kok nampaknya merenung jauh terhadap "sesuatu" itu.
Sedang Memanggang "Sesuatu"
Teresa Kok dengan memakai topi DAP, sedang memangang 5 ekor "sesuatu" yang telah dipandangnya tadi. Apakah 5 ekor ini bermaksud 5 negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat ?
Tiada lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Seronoknya ayah dan anak memerintah Pulau Pinang. Tanpa rasa bersalah diumumkan DEB sudah dimansuhkan. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan. Jadi bagaimanakah pendirian orang Melayu yang masih sokong DAP dan PKR?
Senyuman yang dikongsi bersama
Ayah dan anak ini pernah senyum sebegini ketika hapuskan DEB di Pulau Pinang.
Blog Archive
-
▼
2011
(705)
-
▼
August
(86)
- Layakkah Pemimpin PAS Dianggap Ulama?
- Mohd Sabu Akan Jadi Mat Penyapu
- Salam Kemerdekaan Kali ke-54
- Kajian Merdeka Center Tidak Tepat
- DAP Belum Jawab Isu Tuntutan Perubatan Mohd Sabu
- Selamat Hari Raya Aidilfitri
- Mohd Sabu Pengkhianat Negara
- Mohd Sabu Bohong, Utusan Patut Saman Mohd Sabu
- Kalau Lupa Mohd Sabu Kena Tengok Video Ini
- Mohd Sabu Mudah Lupa
- Group Murtad: DAP Sudah Mula Gabra
- Nilai Diri Mohd Sabu Hanya RM8,000
- Video Mat Sabu Menghina Pejuang Kemerdekaan Negara...
- Mat Sabu Sudah Gila
- Majlis Peguam Tidak Perlu Campur Urusan JAIS
- Asri Buat Kenyataan Ini Untuk Hidup?
- Strategi Gereja DUMC Untuk Murtadkan Umat Islam
- Peguam Anwar Tertikam Diri Sendiri
- Perbicaraan Liwat : Penyokong Anwar Terdiam Dengan...
- Peguam PAS Membela 12 Orang Berbuka Puasa di Gere...
- Menghina Islam: Arlene Tan Terkantoi
- Anwar Ibrahim Hendak Cari Helah Teknikal
- Nor Azli Ketua Pemuda PAS Yang Bermasalah
- Video Bukti DAP Adalah Dalang Murtad
- Friends of BERSIH Terlibat Dalam Murtadkan Umat Is...
- Dr Osman Gementar, Beri Kenyataan Bercanggah
- Video Sindiket Murtad DUMC Part 3
- Anwar Beri Keterangan Tanpa Bersumpah Cakap Benar
- Pusat Tuisyen Seleweng Akidah Tidak Lagi Beroperas...
- Tauke Dusun Dok Tagih Janji Ustaz Azizan
- Pemesongan Akidah Murid Melayu
- Video Guru Tuisyen Cuba Pesong Akidah Murid Sekola...
- PAS Lebih Percaya Gereja Dari Orang Islam Sendiri
- DAP Tangan Ghaib Menghalang Pemeriksaan JAIS?
- Video Temubual Saiful Bukhari
- PAS Sanggup Derhaka Sultan Demi DAP
- Siapa Dalang Pusat Tuisyen Cuba Pesong Akidah Umat...
- Wan Azizah & Mohd Sabu Pengundi Hantu Juga
- Teresa Kok Biadap Dalam Masjid Ketika Azan Berkuma...
- 6 Lagi Identiti Umat Islam Dalam Gereja Didedahkan...
- Isu Gereja DUMC: PAS Tidak Ada Pendirian
- JAIS: DAP Kata Gestapo, Persatuan Mahasiswa Islam ...
- Gejala Murtad di Sekolah
- Pembohongan Besar Blogger Pro Pembangkang
- Video Pengakuan Murtad Seorang Muslim di Gereja Da...
- Isu Gereja DUMC: PAS Letak Parti Melebihi Agama
- Video Penguatkuasaan Undang Undang Islam JAIS
- Pro Mahasiswa UPM Pertikai Serbuan JAIS
- 12 Umat Islam di Gereja Beri Keterangan Pada JAIS
- Rumah Terbengkalai: Kerajaan Khalid Ibrahim Tipu R...
- GIliran Malaysia Today Pula Mempersendakan Islam
- Tiga Orang Lagi Melayu Masuk Gereja Didedahkan
- Teresa Kok, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong Campur T...
- Ada Orang Nik Aziz Buka Puasa di Gereja
- Mismah Perlu Saman Malaysiakini & Akhbar Pembangka...
- Nasharuddin Tantawi Hilang Prinsip
- Video Demo Anti Murtad
- Pembesar Suara Masjid : Apa Motif Tindakan DAP?
- Soalan Kuiz Untuk Orang Islam Dalam Gereja Methodi...
- Sophia Penganjur Thansgiving Dinner di Gereja Perl...
- Juadah Berbuka Daging Babi Dalam The Star
- UMNO Membantu Keluarga Asyraf Haziq
- Kenapa Hendak Pertahankan Gereja Haram?
- Video Pelajar Malaysia Dirompak Dalam Rusuhan Lond...
- Murtad; Tawaran HIngga RM60,000 Seorang
- Prof Ariffin Omar Dipergunakan DAP
- Individu Ini Menghina Agama Islam
- Khalid Ibrahim Roboh Asrama Yayasan Selangor
- DAP Naik Harga Barang Untuk Berkuasa
- Video Kuliah Yayasan Ta'alim
- Video : BERSIH 2.0 Membinasa Negara
- Anwar Burukkan Malaysia di Filipina
- Wan Azizah Pun Pendatang Asing Juga?
- Bukti Serbuan JAIS di Gereja Berasas
- Hassan Ali Bakal Digugur Sebagai Exco Selangor
- Suhardi Kaki Skodeng
- Azmin Ali & Khalid Ibrahim Campurtangan di UNISEL
- Pembangkang Bikin Fitnah Lagi
- Siapa Jadi Naib Canselor UNISEL Sebenarnya?
- Double Y Dedah Pembohongan Malaysiakini
- Video Anwar Sebut Tiada Negara Islam di Malaysia
- Video Karpal Singh Kata PAS Tidak Akan Buat Negara...
- Group Murtad Dalam Facebook
- DAP Hendak Jadi Perdana Menteri
- Angkara DAP, Ustaz Azizan Masuk Wad
- Anwar Bengang Dengan PAS
-
▼
August
(86)
Blog Politik Pelajar
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Troll?1 month ago
-
Euwwwwww2 months ago
-
-
-
Gambar-Gambar Jijik Selepas Program Pas5 months ago
-
PERJUANGAN MAHASISWA BELUM SELESAI6 months ago
-
Saya Pilih Mengundi7 months ago
-
GMUKM panas hati hanya sebab STICKER?7 months ago
-
-
PELAJAR TUNJUK PUNGGUNG TAMPIL MINTA MAAF!!!8 months ago
-
-
Pelajar UPNM di Bersih 3.0???1 year ago
-
-
~Politik Sebagai Wasilah Untuk Berbakti~1 year ago
-
kje makin bertmbh1 year ago
-
MALAM 2012??1 year ago
-
-
PETRONAS.
Tidakkah kawasan ini lebih besar daripada empayar Genghis Khan, Alexander the Great dan Atilla The Hun? Dulu orang menjajah mencari emas dan kekayaan kota, sekarang mencari apa pula? Apakah selepas minyak habis 100 tahun lagi barulah kita mahu berbangga bahawa pernah satu ketika ada syarikat negara Islam yang berjaya kuasai hampir 1/3 dunia.
Kerusi Parlimen
Mengapa orang Melayu dalam PAS dan PKR tidak boleh menjadi ketua kepada DAP? Di manakah keberanian PAS untuk tegakkan negara Islam? Apakah PAS sampai hati melihat nasib orang Melayu tergadai di Pulau Pinang?
PECAH & PERINTAH
Satu ketika ada negeri Melayu bersekutu, negeri Melayu tidak bersekutu dan negeri negeri Selat. Semuanya terjadi semasa di bawah penjajahan barat. Apakah sekarang ini barat mahu membiarkan kita bersatu padu dalam keadaan aman tanpa ada sebarang gangguan? Mengapa Jerusalem Post dan akhbar Amerika sibuk dengan urusan siapa menjadi Perdana Menteri di Malaysia? Apakah kenyataan mereka ini dibuat tanpa sebarang tujuan?
Ketuanan Rakyat?
Anwar Ibrahim menyatakan tiada lagi Ketuanan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman pada 14 April 2008. Ketuanan Rakyat yang disebut semasa Black 14. Apakah ini petanda Hari yang "black" juga untuk orang Melayu dalam PKR dan PAS?






