Thursday, July 28, 2011
Video AMK Serbu Dato' Seri Najib
PRU13: DAP Tanding Satu Kerusi Setiap Negeri

Kuasai satu kerusi di negeri pun sudah cukup untuk membolehkan DAP memerintah PAS dan PKR menurut cakapnya. DAP sudah jadi "boss" besar PAS dan PKR, satu kerusi pun cukup untuk campur tangan bagi membolehkan operasi pusat hiburan dibuka dalam bulan Ramadhan, buka kandang khinzir yang besar dan halalkan operasi rumah - rumah yang tidak sepatutnya. Sebab apa lagi yang dicari oleh orang Melayu untuk tidak menolak DAP ini?
Wednesday, July 27, 2011
Tolak Biometrik Bukti PAS Semakin Jahil

Pada masa yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan pimpinan Pas bersikap terbuka dalam isu berkenaan juga membuktikan parti itu tidak ikhlas mencari jalan penyelesaian ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya, sebaliknya lebih gemar untuk bermain dengan isu.
"Sepatutnya dengar dulu penjelasan SPR mengenai kebaikan sistem biometrik berbanding dakwat kekal. Kalau Pas ikhlas mahu penambahbaikan sistem pilihan raya, kenapa mereka tidak mengambil sikap terbuka? Sokong atau sekurang-kurangnya dengar dulu, bukannya tolak mentah-mentah.
"Pada saya orang seperti Mohamad Sabu, (Datuk) Husam Musa, (Datuk) Mahfuz Omar patut lebih rasional dan terbuka kerana mereka ini dikatakan golongan profesional, terpelajar. Jangan mempolitikkan perkara ini sepanjang masa, sehingga orang ramai kata Pas kini telah berubah dari ulama kepada juhala'.
"Sepatutnya mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin masa hadapan Pas ini mencontohi keterbukaan (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu biometrik. Sekurang-kurangnya beliau sudi menerima penjelasan dan penerangan daripada SPR terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai Mohamad Sabu, menolak cadangan SPR berhubung perkara tersebut, tidak sampai 24 jam selepas Mursyidul Am parti itu membuat kenyataan menyokong langkah penggunaan biometrik - UTUSAN.
Tuesday, July 26, 2011
Monday, July 25, 2011
Sunday, July 24, 2011
Mengapa PAS Tidak Mengaku Lakonan Suhardi?
Beng Hock : DAP Perlu Tanggungjawab

DAP harus bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock dan tidak terus menerus mencari kambing hitam untuk dipersalahkan dalam hal tersebut.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ahli politik terutamanya DAP yang disifatkannya sebagai lidah bercabang di dalam dan di luar mahkamah seharusnya berhenti memperkudakan keluarga Beng Hock demi kelangsungan politik mereka.
"Janganlah secara terus menjaja kes bunuh diri ini sebagai suatu pembunuhan kerana laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja amat jelas," katanya di dalam blog http://zahrainmp.blogspot.com hari ini bagi mengulas mengenai keputusan yang dibuat hasil siasatan tersebut sebelum ini.
Rumusan suruhanjaya itu yang bersidang selama 50 hari dan mendengar serta mengumpul keterangan daripada 70 saksi termasuk pakar dari dalam dan luar negara sebelum ini menyatakan bahawa Beng Hock telah membunuh diri.
Zahrain berkata, DAP juga digesa agar tidak asyik menuding jari kepada pihak lain sebaliknya melihat kepada kesalahan diri sendiri serta dosa mereka kepada Beng Hock dan keluarganya.
"Kesimpulannya, Beng Hock membunuh diri ketika sedang disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan rasuah pemimpin DAP di Selangor. Ini fakta yang cuba diputarbelitkan pihak tertentu agar kepincangan mereka tidak timbul.
"Kepincangan DAP telah mengakibatkan Beng Hock membunuh diri. Kepincangan DAP mengaitkan Beng Hock dalam kes rasuah dan hal-hal bersangkut-paut dengan pemberian kontrak di Selangor. Kenapa pihak lain dipersalahkan dan bukannya DAP?" katanya.
Beliau berkata, DAP sekurang- kurangnya perlu memohon maaf kepada keluarga Beng Hock kerana secara tidak langsung telah menyebabkan kematiannya selain perlu membayar sejumlah wang sebagai pampasan kepada mereka - UTUSAN.
Qari & Qariah Malaysia Johan Tilawah
![]() |
Tahniah kepada Qari dan qariah Malaysia, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan yang muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Julai 2011. Seluruh dunia berkumpul di Malaysia untuk pertandingan musabaqah Al Quran.
Amirahman yang membacakan surah Nahl bermula ayat 65 meraih markah 89.26 peratus manakala Suraya yang memperdengarkan surah Al-Zahraa bermula ayat ke-57 pula mendapat 88.67 peratus. Musabaqah Al Quran peringkat antarabangsa telah diadakan di Malaysia sejak 1961, pertandingan pada tahun ini merupakan kali ke-53. Al Quran menyimpan seribu satu rahsia dan petunjuk kepada umat Islam akhir zaman, moga ianya diambil pengajaran untuk memastikan agama, bangsa dan tanahair terus terbela.
Saturday, July 23, 2011
Cerita Sebenar Tentang Arwah Baharuddin

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid berkata, tohmahan orang awam di Internet mengatakan polis zalim hingga menyebabkan mangsa terkorban adalah tidak benar dan palsu.
“Kematian Baharuddin tidak ada sebarang kaitan dengan gas pemedih mata, keganasan polis, ketidakkerjasamaan polis dan kelewatan ambulans. Dari masa arwah (Baharuddin) masuk ke Avenue K hingga disahkan mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semuanya tiada dalam pengetahuan polis.
“Polis dapat maklumat pertama setelah doktor laporkan kematian pada jam 5.25 petang,” katanya.
Menurutnya, pada hari kejadian kumpulan haram itu berkumpul di Jalan Ampang, Yap Kwan Seng dan Jalan P Ramlee.
Selepas itu kumpulan tersebut berpecah dan yang berhimpun di Jalan Ampang termasuk Baharuddin melarikan diri ke dalam bangunan Avenue K dengan pantas kerana pintunya mahu ditutup.
Berdasarkan rakaman video, arwah kelihatan berlari sambil meletakkan tangan kiri di atas dadanya, kemudian rebah dan tidak bernafas. Masa dalam rakaman video ketika itu menunjukkan jam 4.28 petang.
“Terbukti tohmahan apabila mengatakan Baharuddin mati akibat tindakan polis sedangkan hasil siasatan mendapati tiada tembakan meriam air mahupun gas pemedih mata berhampiran KLCC.
“Juga tohmahan apabila Baharuddin dikatakan dipukul polis hingga patah tulang rusuk dan gigi serta pecah bibir sedangkan laporan bedah siasat mengatakan tiada kecederaan luar atau dalaman ditemui, sebaliknya arwah dilaporkan mengalami serangan jantung,” katanya. Ini bermakna berita yang dikeluarkan oleh Malaysiakini yang mendakwa tulang rusuk Baharuddin patah ketika bantuan CPR adalah tidak benar (baca sini). Pihak polis perlu menyaman Malaysiakini atas berita tersebut.
Sementara itu, lelaki yang didakwa mati hingga disangka Baharuddin pada hari kejadian itu adalah seorang ‘key player’ dikenali Shuhardi Md Isa yang bertindak untuk membangkitkan semangat provokasi penyokong terhadap polis.
Berdasarkan video itu kedengaran suara Shuhardi mengajak orang ramai duduk sambil berkata “Polis tidak datang kita gagal, jika tak datang kita gagal”.
Salleh berkata, dalam perhimpunan itu dan ketika Shuhardi berjalan ke arah polis di Jalan Pudu, dia sesak nafas. Dia kemudian dibawa ke hospital dengan menaiki kenderaan polis.
“Shuhardi diminta tampil untuk membantu siasatan polis,” katanya -SINAR HARIAN.
Malaysia Negara Paling Aman di Asia Tenggara
Friday, July 22, 2011
Rasisnya Akhbar Akhbar Cina
Inilah masa terbaik untuk DAP berkuasa. Tatkala orang Melayu dalam PAS dan PKR masih lagi menyokong penuh mereka inilah undi yang mereka mahukan untuk berkuasa sepenuhnya di Tanah Melayu ini. Orang Melayu dalam PAS dan PKR ini bukan sahaja sangggup menjadikan Ambiga yang menentang agama sebagai ketua mereka dalam BERSIH, tetapi sanggup juga mengundi "anjing" untuk membolehkan DAP berkuasa. Anjing itu kalau sudah berkuasa akan mengigit kembali orang Melayu yang mengundinya nanti. Sesal sudah tidak guna pada masa tersebut kerana kuasa sudah berada pada anjing itu.
Video Mohd Sabu Kantoi Menipu
Skru 2.5 inchi katanya dimasukkan dalam lutut Mohd Sabu. Betul kah masuk skru? Kalau betul masuk skru sila tunjukkan laporan doktor dan gambar x-ray.
Pembohongan Mohd Sabu akhirnya terbongkar. “Saya dimaklumkan oleh Mat Sabu (Mohamad) mengenai cara mengejutkan beliau ditahan. Beliau membonceng motosikal ketika menuju ke Masjid Negara kira-kira 12.30 tengah hari apabila sebuah kereta polis mengesan beliau dan dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan beliau.




