Thursday, June 30, 2011
NDI Biayai BERSIH
Wednesday, June 29, 2011
BERSIH Agenda Untuk Hancurkan Negara

Johari Abdul Sudah Main di Belakang Anwar
Salam Israk Mikraj
SAW) pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami
berkahi sekelilingnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-
tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui." Surah An-Najm :13 – 18 :
Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya.
Justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia. Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu. Hari ini umat Islam di Malaysia khususnya perlu memahami pengajaran Israk Mikraj ini dengan mendalam, janganlah terpengaruh dengan anasir-anasir yang mahu memecah belahkan umat Islam. Berpegang teguhlah pada kepimpinan yang sedia ada untuk kesejahteraan umat. Muslim yang sayangkan agama dan negaranya tidak akan mengkucar kacirkan negara ini.
Tuesday, June 28, 2011
Ambiga & Anwar Adalah Tentera Tentera Upahan Soros

Berapa jumlah yang dinyatakan kecil oleh Ambiga itu? Mengapa tidak didedahkan kepada umum? Anwar Ibrahim juga pernah didedahkan membelanjakan jutaan ringgit di luar negara oleh bekas pembantunya. (lihat sini). Siapa yang biayai Anwar di luar negara?
Soros untung jika minyak terus naik, rakyat akan dipaksa turun ke jalan untuk jatuhkan kerajaan di rantau ini dengan alasan minyak naik. Siapa untung bila sudah tiada lagi kestabilan? Soros yang tepuk tangan, tapi rakyat terus merana akibat ada seorang dua pengkhianat yang sanggup menerima dana dari luar negara untuk huru harakan negara ini. Melaka pernah jatuh selepas 110 tahun tamadunnya kerana pengkhianat yang menghasut dan memfitnah. Malaysia yang baru 54 tahun merdeka tidak perlu dijatuhkan kerana pengkhianat bernama Ambiga, dan Anwar Ibrahim. Soros sudah menyiapkan armadanya untuk menawan negara ini pada 9 Julai 2011. Negara ini perlu dipertahankan daripada "tentera-tentera upahan Soros".
Johari Abdul Mengaku Anwar Pelakon Video Sex
Johari Abdul (Ahli Parlimen PKR) memerhatikan jam tangan Omega milik Anwar yang tertinggal di pangsapuri pada 21 Februari 2011. Bila ditanya pada Anwar kali pertama, dia kata Wan Azizah simpan. Bila ditanya pada Wan Azizah, Wan Azizah berkata, “ why I have to show…awak bukan prosecutor (pendakwa)" pada 5 April 2011.Dalam satu sidang akhbar pada 10 April 2011, di Hotel Grand Continental Kuching, Anwar Ibrahim kelihatan menggelabah bila ditanya mana jam Omega yang telah disimpan oleh Wan Azizah (baca sini). Rupa-rupanya patutlah Anwar dan Wan Azizah menggelabah kerana Johari Abdul sudah tahu jam tangan itu sudah ada pada Datuk T. Malah Johari Abdul sendiri mengakui Anwar Ibrahim memang pelakon dalam video sex tersebut. Johari Abdul mengaku sahajalah. Buat Anwar, Wan Azizah dan Azmin, ini bukti Johari Abdul juga tikam belakang Anwar Ibrahim. Entah-entah Johari Abdul juga berpakat dengan Datuk T?
Monday, June 27, 2011
Komunis Akan Mengambil Kesempatan Dari BERSIH 2
Chin Peng mahukan parti komunis diiktraf sama dengan parti-parti lain pada waktu tersebut. Bila ditolak, sikap sebenar Chin Peng mulai terserlah. Sikap angkuh itu ditamatkan dengan kata-kata Chin Peng: "Berdamai ertinya menyerah diri. Menyerah diri ertinya satu penghinaan. Kami tidak akan menyerah diri tetapi akan berjuang sampai ke titisan darah terakhir". Mengapa hari ini perlu ada pihak yang mendewakan Chin Peng dan ideologi tersebut?
30 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan pada 25 Jun 2011 di plaza tol Sungai Dua, mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong. Pencegahan adalah lebih baik sebelum keadaan menjadi huru hara. Kekejaman komunis cukup hitam di negara ini (baca sini). Warganegara Malaysia yang lahir selepas peristiwa darurat di negara perlu mensyukuri nikmat keselamatan yang ada di negara ini.
Sudah ada usaha-usaha untuk hidupkan semula perlembagaan yang dimahukan oleh komunis dahulu di negara ini (baca sini). Dalang perlembagaan tersebut dan dalang demonstrasi BERSIH 2 adalah pihak yang sama (baca sini). Apakah maksud tersirat gengaman tangan tersebut sama dengan logo bintang pecah lima? Memang wajar keamaanan negara ini dijaga sebelum pihak komunis mengambil peluang dan kesempatan untuk menghancurkan negara ini. Sebelum segalanya dihancurkan, lebih baik mereka ditahan untuk menjaga keamanan negara.
Wardina Sertai BERSIH 2?
Gambar di atas jelas menunjukkan Wardina (pengacara MHI TV3) bersama dengan Nik Nazmi dan Azmin Ali dalam satu ceramah kempen BERSIH 2 (baca sini). Bukan sekadar duduk semeja dengan Timbalan Presiden PKR tersebut, Wardina turut menyampaikan ceramah dalam perhimpunan pada malam tersebut.
Apakah Wardina ini berminat untuk mengikuti jejak langkah Nurul Izzah? Wardina sebelum ini pernah menyatakan secara terbuka dalam Twitter pada 30 Mac 2011 bahawa beliau kemungkinan akan duduk dalam parlimen dan melakukan apa yang Dato' Shahrizat Jalil lakukan. Jika beginilah matlamat dan halatuju pengacara TV3 tersebut, maka elok sekiranya TV3 lepaskan Wardina untuk terus mencapai cita-citanya. Menyokong BERSIH 2, jelas menceritakan siapa Wardina sebenarnya.DAP Pertikai Perkara 121 (1A)
"Sepatutnya semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas diberikan kebebasan penuh untuk memilih agama masing-masing" ini kenyataan Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen DAP Beruas pada 25 Jun 2011 (baca sini). Kenyataan Ngeh ini ternyata selari dengan apa yang dituntut oleh Interfaith Commission (IFC) dalam perkara pertama tuntutan IFC. (baca sini). Semua tuntutan IFC ini bermula dengan insiatif daripada Bar Council yang dipengerusikan oleh Ambiga dan turut sama membantunya adalah Irene Fernandez dan Malik Imtiaz.Turut dipertikaikan DAP adalah mengenai perkara 121 (1A) berkaitan dengan kuasa mahkamah syariah. Perkara sama pernah dipertikaikan oleh Ambiga dalam forum memeluk Islam yang dianjurkan oleh Bar Council pada 9 Ogos 2008. Ini bukan kali pertama pembangkang mempertikai kuasa Mahkamah Syariah dalam perkara 121 (1A), sebelum ini beberapa kali mereka pertikaikannya. (baca sini). Yang peliknya, PAS sanggup lagi menghantar gerombolan bas untuk bersama-sama dengan kumpulan yang mempertikaikan agama ini. Mereka ini jelas penyokong tegar IFC dan mahu "membersihkan" perkara 121 (1A) dalam Perlembagaan Persekutuan. PAS mahu terlibat sama jayakan IFC dan hapus kuasa mahkamah syariah?
Saturday, June 25, 2011
Anwar Kantoi Dua Kali Dengan CCTV
Hujah Datuk Seri Mohd Shafee telah memberi bukti rakaman kamera litar tertutup, CCTV dari pangsapuri yang menunjukkan kehadiran Anwar bersama Shazryl di lobi pangsapuri sama pada hari kejadian adengan seks itu, 21 Febuari 2011. Tiga hari selepas tayangan video sex Anwar diadakan di Carcosa, Datuk T menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 5 petang untuk memberi kerjasama dalam siasatan kes itu.Friday, June 24, 2011
BERSIH Ditaja Oleh CIA?
Ambiga mahu cetuskan kemarahan rakyat pada kerajaan agar jangan penjarakan Anwar Ibrahim. Huru hara negara ini boleh menghalang Anwar daripada masuk semula ke penjara. Siapa yang untung jika negara ini sudah huru hara? BERSIH hendak mulakan semua ini kerana mereka mendapat tajaan dan sokongan dari luar. Orang Melayu kena cerdik, jangan dipermainkan oleh dalang-dalang IFC yang mahu negara ini menjadi kacau bilau.Malaysiakini Menghina Agama Islam dan Orang Melayu

Thursday, June 23, 2011
BERSIH 2 Mendapat Pembiayaan PIhak Luar?
BERSIH 2 adalah kempen untuk elak Anwar Ibrahim masuk ke penjara? Irene tolong Anwar.
Mary Robinson, seorang aktivis pro homoseksual, rakan baik Anwar Ibrahim dalam ICG (International Crisis Group) ketika menjadi Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membiayai badan-badan hak asasi manusia untuk berkempen membebaskan Anwar dari penjara. Antara NGO yang disalurkan bantuan kewangan tersebut adalah Amnesty International Malaysia (AIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Hak Asasi Manusia (HAKAM), Forum-Asia, Caram-Asia, Centre for Independent Journalism (CIJ), Southeast Asian Press Alliance (SEAPA).
Amnesty International Malaysia (AIM) pernah dipimpin oleh Irene Fernandez yang kini sedang sibuk bersama Ambiga untuk mengatur demonstrasi BERSIH 2. Dulu ketika Anwar dalam penjara, Irene Fernandez menerima geran daripada National Endowment for Democracy (NED) untuk bebaskan Anwar. Kini, ketika kes liwat Anwar Ibrahim di ambang penyelesaian, apakah ada dana daripada luar yang disalurkan melalui Irene untuk menghalang Anwar daripada masuk semula ke dalam penjara?. Dana itu mungkin disalurkan untuk demonstrasi BERSIH 2. Akaun pertubuhan dan mereka yang mempunyai kaitan dengan penganjuran BERSIH 2 perlu disiasat, sekiranya ada keraguan maka mereka wajar diadili sebelum duit tersebut digunakan untuk mengkucar kacirkan negara ini.
Perjumpaan antara Hashim Jasin (Pesuruhajaya PAS Negeri Perlis) dengan Filbert Tay, Pesuruhjaya Tinggi Singapura pada 15 Mei 2011. Khabarnya dalam perjumpaan tersebut, Filbert Tay bersetuju untuk membiayai kompleks PAS di Perlis. Menurut sumber yang lain, Filbert bersetuju untuk membiayai PAS dengan sejumlah dana untuk pilihan raya akan datang. Sanggup PAS berpakat dengan orang luar untuk berkuasa di negara ini. Mereka lebih suka bergaduh dengan sahabat sesama muslim tetapi berbaik baik dengan pihak dari luar negara. Berapa banyak dana yang diberi oleh pihak luar ini kepada PAS?
Wednesday, June 22, 2011
Tiru Turki: Nurul Izzah Silap.
Malaysia berada pada kedudukan ke-71 berbanding Turki yang berada pada ranking ke-89. Penglibatan parti politik di Malaysia adalah lebih baik dengan markah 5.56 berbanding di Turki yang hanya mendapat 3.89. Malah dari segi budaya politik di Malaysia mendapat markah 6.25 berbanding Turki yang hanya 5 markah. Dari segi kebebasan awam, Malaysia mendapat markah lebih tinggi iaitu 5.88 berbanding 4.71 bagi Turki.
Perbandingan ini adalah dibuat oleh satu unit penyelidikan dan kajian bebas antarabangsa, tentunya ianya satu kajian yang lebih transparent berbanding penilaian Nurul Izzah dan Saifuddin Nasuiton. Malah Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding Singapura yang berada pada ranking ke-82. Berbanding tahun 2006, kedudukan Malaysia dari segi demokrasi naik 10 anak tangga pada tahun 2010. Norway, Iceland, Denmark, Sweeden dan New Zealand yang berada di kedudukan 5 teratas tidak memerlukan pun perhimpunan seperti BERSIH untuk meletakkan mereka pada kedudukan tersebut. Apa yang diperlukan adalah kerjasama daripada setiap rakyat untuk memastikan Malaysia lebih aman, makmur dan sejahtera.
Tuesday, June 21, 2011
Taib Azamuddin, Mahfuz dan Ustaz Azizan

PAS Kedah merombak saf kepimpinan parti itu termasuk menggugurkan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Taib Azamuddin Md. Taib daripada jawatan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengekalkan kedudukannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, rombakan tersebut adalah sebagai persediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka bakal berlangsung pada bila-bila masa. Apakah rombakan ini kerana Ustaz Azizan tidak bersetuju dengan beberapa tindakan Mahfuz berkaitan dengan KUIN? Juga apakah rombakan ini dibuat untuk menutup kesalahan yang dipertikaikan oleh Mohd Sabu, berkaitan isu balak di Kedah? Pasti ada sesuatu yang tidak kena di sana.
Monday, June 20, 2011
Muslihat Ambiga & Irene Fernandez

Sunday, June 19, 2011
Noh Gadut: Perhimpunan BERSIH Bercanggah Nilai Islam
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, tindakan ke arah perpecahan, huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam bercanggah dengan nilai Islam. “Perhimpunan itu tidak membawa kepada kebaikan dan wujud usaha puak lain yang ingin bertembung dalam demonstrasi jalanan terbabit. Ini bukan budaya Islam dan bukan budaya masyarakat Malaysia.
“Islam agama aman damai, sejahtera dan menuntut perpaduan. Masyarakat perlu berfikiran waras. Perhimpunan itu akan datangkan banyak keburukan daripada kebaikan,” katanya.
Saturday, June 18, 2011
Mohd Sabu BERSIH?
Apakah Mohd Sabu terlupa siapa yang mengenakan beliau hingga dicekup di bilik 121, jam 9 pagi di Hotel Perdana, Kota Bharu pada 31 Januari 1995?. Oleh kerana ingin membalas dendam Mat Sabu menggelar pula orang itu Al Juburi. Kini yang digelar Al Juburi itu menjadi ketua pula kepada Mohd Sabu.
Selepas 20 minit pintu diketuk oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan barulah Mohd Sabu keluar dengan tuala berwarna hijau. Apa Mohd Sabu buat?“Inilah kemunafikan orang-orang PAS. Saya masih ingat setahun sebelum Anwar dipecat pada tahun 1997, bagaimana Mat Sabu telah datang ke pejabat saya bersama orang-orang PAS untuk mengorek rahsia siapa Anwar yang sebenarnya. Terlalu banyak cerita yang Mat Sabu dapat dari saya dan Azizan bin Abu Bakar, mangsa liwat 17 kali oleh Anwar Ibrahim".
“Bila Mat Sabu dah confirm, dah dapat cerita, Azizan siap bersumpah laknat di pejabat saya di Danau Kota, Mat Sabu balik ke Kelantan bercerita dengan orang-orang PAS dan dia pula menganyang ayahanda Mahathir di dalam Parlimen. Dia menggelar Dr Mahathir Mohamad menyimpan seorang homoseksual yang digelarnya sebagai ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi’," kata Ummi Hafilda.
Mohd Sabu hendak lawan sistem pilihan raya yang dakwa kotor di negara ini. Mengapa tidak lawan sistem pemilihan dalam PKR yang lebih kotor bila berlakunya tumbuk menumbuk dan pertelingkahan yang lebih dahsyat? Jika pilihan raya di Malaysia kotor, maka kerajaan PAS mungkin tidak boleh memerintah di Kelantan selama 21 tahun.
Siapa yang kotor sebenarnya? BERSIH kan dahulu kekotoran yang ada pada pemimpin PAS dan PKR. Mohd Sabu pun sudah mengadu kerajaan PAS Kedah kemungkinan seleweng duit balak. (baca sini) Mengapa tidak buat sahaja demonstrasi aman di Kedah untuk melawan korupsi tersebut?.
Friday, June 17, 2011
Double Standard PAS Dalam Isu Kartun

Kartun Zunar seolah-olah mengambarkan orang Islam dalam UMNO tidak mengikut ajaran Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Perkara ini dibenarkan pula oleh PAS. Mengapa tidak PAS melenting bila sudah tahu siapa Ambiga yang sebenarnya? Ambiga tidak menghina Islam bila mahu menghapuskan perkara 121 (1A) dan mempertikaikan keislaman seseorang yang sudah memeluk Islam? PAS double standard.
Thursday, June 16, 2011
Perhimpunan BERSIH Haram?
“Jika dibiarkan perhimpunan ini berlaku, negara akan ditimpa kecelakaan, ramai yang akan mengambil kesempatan terhadap demonstrasi besar-besaran ini. Semua akibat ini memberi kesan tidak baik kepada seluruh rakyat dan negara,” katanya.
Mohd Affendi berkata, hukum asal setiap perkara adalah harus, tetapi, sekiranya memudaratkan pihak lain, ia membawa kepada hukum haram.
Wednesday, June 15, 2011
Ambiga : PAS Mudah Lupa
PAS hilang pendirian mereka bila golongan Anwarinas mula menguasai PAS. Dulu pernah berdemontrasi menentang penganjuran Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Ambiga, kini menjadikan Ambiga pula sebagai ketua dalam penganjuran demonstrasi BERSIH 2 pada 9 Julai 2011. BERSIH benar Ambiga buat PAS.
PAS Masih Mahu Bertuankan Ambiga
Tuesday, June 14, 2011
Siapa Ambiga Sreenevasan?

Ambiga menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009. Bersama-sama Ambiga menerima anugerah yang sama adalah Dr Musdah Mulia dari Indonesia. Siapa Dr Musdah? Tidak menghairankan mengapa Ambiga menyokong pluralisme kerana ada seorang lagi penyokong pluralisme di Malaysia yang juga sefahaman dengan Ambiga dan Dr Musdah (baca sini).
Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy (baca sini). Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?
Ambiga yang merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Apakah ahli-ahli PAS yang hendak berdemonstrasi masih lagi menganggap penubuhan IFC itu satu yang BERSIH bagi mereka? Mengapa tidak membuat demonstrasi untuk menuntut pembatalan memorandum tersebut di hadapan pejabat Bar Council?
Bar Council pernah menganjurkan demonstrasi di Sogo 9 Disember 2007 di Sogo. Kelihatan adalah Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya, kedua-duanya berjawatan dalam PKR dan merupakan ahli Bar Council. Sewajarnya, ROS mengkaji semula pendaftaran Bar Council, mereka bukan lagi bertindak sebagai pertubuhan perundangan tetapi pertubuhan yang dipergunakan oleh PKR dan menyalahi undang-undang yang sepatutnya mereka luhurkan bersama.
Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan (baca sini). Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut (baca sini). Ambiga ini layak dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?
Perhimpunan Bersih Atau Perhimpunan Kotor?
Demonstran BERSIH berkumpul pada 10 November 2007 untuk membantah sistem pilihan raya yang dikatakan tidak adil di hadapan Istana Negara. Mereka mahu berkumpul lagi pada 9 Julai 2011 untuk membuat perhimpunan BERSIH 2. Apakah ada agenda lain di sebalik BERSIH 2 tersebut? Benarkah pilihan raya di negara ini sudah tidak bersih lagi? Malah Carl Gershman (Presiden NED) yang hadir di Kuala Lumpur pada 15 Mac 2008 memuji sistem pilihan raya di Malaysia setelah pembangkang menang di lima buah negeri. Siapa Gershman ? (baca sini).

5 Oktober 2000, Bulldozer Revolution yang berlaku di Serbia adalah antara bentuk color revolution yang berlaku di seluruh dunia. Pembiayanya adalah orang yang sama. Demokrasi melalui cara pilihan raya sudah digantikan dengan cara revolusi jalanan bagi mereka.
Bernahkah perhimpunan Bersih ini benar benar BERSIH atau satu perhimpunan kotor yang dirancang melalui "color revolution", idea yang dicetuskan oleh George Soros di serata dunia. (baca sini). Tangan-tangan Soros sudah mula merancang demonstrasi di negara ini (baca sini). Mereka sudah berjaya melakukannya di beberapa buah negara lain (baca sini). Jalan raya bukanlah mahkamah untuk sesuatu perkara dimanifestasikan, perhimpunan tersebut boleh diambil kesempatan oleh pihak lain untuk mengkucar kacirkan negara ini. (baca sini).
Monday, June 13, 2011
PAS : Lebih Baik Gugurkan Sahaja Nama Islam

Pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu, Haji Hadi mengeluarkan hukum bahawa sesiapa yang mati menentang UMNO adalah mati syahid. Ucapan ini dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kemuning dan Dewan Undangan Negeri Selinsing Kelantan pada September 1983. Bila golongan Anwarinas kuasai PAS, segala-galanya yang haram dulunya sudah menjadi halal.
Dua H Tersingkir Dari PAS

Hassan Ali digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor manakala Harun Taib digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Akibat sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak dan kemahuan kumpulan Anwarinas, dua H tersebut disingkirkan daripada senarai Jawatankuasa Pas Pusat bagi sesi 2011-2013. Penyingkiran ini tentunya akan memuaskan hati DAP yang tersenyum puas melihat PAS mengikut cakapnya.

Kit Siang pernah hadir dalam Perasmian Muktamar Sanawi ABIM pada tahun 1980, ketika Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Presiden ABIM. Kit Siang ketika itu masih lagi Setiausaha Agung DAP datang memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim.

Sunday, June 12, 2011
PAS Gugur Negara Islam Kerana DAP
Fatwa Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Pada waktu itu, Haji Hadi mengatakan "Pas menentang Umno bukan kerana namanya Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir dan mengekalkan peraturan jahiliah. Disebabkan itu, perjuangan menentang Umno adalah jihad dan jika mereka mati dalam perjuangan itu, mati mereka adalah mati syahid." Kesan fatwa ini amat besar, terutamanya dalam isu Memali di Baling pada 19 November 1985. Malah ada kes sembahyang dua imam kerana fatwa Haji Hadi tersebut. Dulu kata pada UMNO, sekarang bila PAS kerjasama dengan DAP, bagaimana pula?Slogan negara PAS ini berterusan hingga buku bertajuk "Negara Islam" keluaran Oktober 2003, terbitan Brotisis Info System. Buku 53 halaman itu menjadi motto PAS untuk menghadapi pilihan raya umum pada 2004. "Negara Islam adalah sebuah negara negara kebajikan yang diasaskan di atas prinsip syara' demi mendaulatkan Islam sebagai ad Deen yang lengkap, sempurna, menuju kebahagiaan dunia dan akhirat" mukasurat 11, buku Negara Islam PAS. Bila sudah rapat dengan DAP, semua prinsip itu digadaikan untuk bersama-sama merebut kuasa semata-mata.
Dalam muktamar PAS ke-57, tiada lagi slogan "negara Islam" bagi PAS. Semuanya sudah berubah kerana PAS sudah terikut cakap DAP. Negara berkebajikan cara pakatan DAP, PAS dan PKR amat bertentangan dengan Fasal 5 (i dan ii) dalam perlembagaan PAS sendiri. Dasar PAS tidak lagi konsisten bila dipengaruhi oleh DAP. Ahli-ahli PAS perlu menuntut penjelasan dari kepimpinan PAS, mengapa perlu digadai prinsip bila diacah oleh DAP. Jika tidak, elok dibubarkan sahaja parti PAS.
Friday, June 10, 2011
Khutbah Dipergunakan Untuk Pertahankan Anwar Ibrahim
Pendedahan yang dibuat oleh Panglima Perang Siber mengenai khutbah jumaat di seluruh negeri Selangor pada 10 Jun 2011 yang dipergunakan untuk pertahankan Anwar Ibrahim. Mimbar khutbah dan khatib sanggup dipergunakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk mempertahankan Anwar Ibrahim.Politik membela kesalahan video sex sudah menular sampai ke dalam masjid. Tindakan mempergunakan khutbah untuk tujuan politik ini telah mencemar titah Sultan Selangor yang tidak mahu politik dijadikan sebagai medan politik. Apakah sampai begitu terdesak sekali Anwar Ibrahim hingga sanggup mempergunakan agama untuk tujuan membela kesalahan yang dilakukannya sendiri. Politik sebegini tidak boleh dibiarkan, akidah umat Islam perlu terus dijaga agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang.




