Nga Kor Ming beri sumbagan RM500 kepada Puan Shakinah binti Abdul Latif di Rumah Murah Ayer Tawar. Lihatlah bagaimana Nga Kor Ming bersikap kurang ajar bila memasuki rumah orang Melayu? Apakah Nga Kor Ming masih lagi tidak faham dengan budaya orang Melayu? Pakai kasut hingga masuk rumah, ini satu perbuatan yang biadap. Baca lanjut di sini.
Tuesday, May 31, 2011
Nga Kor Ming Biadap Lagi
Monday, May 30, 2011
Sunday, May 29, 2011
PAS Kejam Terhadap Pelajar Di Kedah

AUKU yang selama ini dikatakan kejam telah dilaksanakan di Kedah yang dipimpin oleh PAS. Tidak pernah terjadi seorang Timbalan Dekan dipecat kerana kesalahan terbabit. Inilah perangai kejam PAS Kedah, mereka menzalimi institusi pendidikan negara ini dengan mengenakan yuran berkali ganda terhadap UUM, pecat Timbalan Dekan dan menggantung pelajar di KUIN. Lebih kejam, mereka ini tidak diberi peluang langsung untuk menjelaskan dan membela diri mereka. Orang-orang muda sokonglah lagi PAS, bila perintah mereka tidak mengambil kira soal budi bicara langsung.
Saturday, May 28, 2011
Harga Sebenar Barang Tanpa Subsidi
Berikut adalah senarai subsidi dan harga sebenar, jarang yang hendak mengambil tahu harga sebenar ini. Semuanya untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Salahkah berterima kasih kepada tangan yang memberi? Ramai yang suka mengigit kembali tangan itu daripada berterima kasih.2) Gas- RM 26.60 setong, Harga Sebenar RM53.62 sen, Jumlah Subsidi RM27.00 setong (Subsidi kerajaan = 1.43 billion)
3) Tepung Gandum-RM 1.35, Harga Sebenar RM1.80 sen, Jumlah Subsidi 45 sen sekilo (Subsidi Kerajaan=RM89 juta)
4) Gula-RM 2.30, Harga sebenar RM3.50, Jumlah subsidi RM1.00 sekilo (Subsidi Kerajaan= RM813 juta)
5) Minyak Masak-RM2.50, Harga Sebenar RM3.50, jumlah subsidi RM1.00 sekilo. (subsidi kerajaan=RM813 juta)
6) Beras ST15-RM18.00 sekampit, Harga Sebenar RM24.00, Jumlah Subsidi RM 6.00 sekampit, (Subsidi Kerajaan=RM486 juta)
Manchester United vs Barcelona

Sesiapa yang menang akan terpahatlah memorinya dalam History Channel. Dalam menyokong pasukan bolasepak, ahli-ahli UMNO yang menyokong Barcelona tidak akan bersama dengan Presiden UMNO malam ini. Begitu juga sebaliknya, akan ada juga orang-orang PAS, dan PKR akan turut sama bersorak bersama Perdana Menteri malam ini jika Manchester United jaringkan gol. Inilah demokrasi dalam bolasepak, menyatukan rakyat yang pelbagai fahaman politik kerana pasukan kesayangan mereka.
Rolls Royce Untuk Cari Lelaki Mirip Anwar Dalam Video Sex


Pengerusi parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim, menawarkan ganjaran sebuah kereta Rolls Royce Silver Spur III berharga USD$220,700 kepada mana-mana pihak atau individu yang berjaya tampilkan lelaki yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim di dalam video sex yang sedang heboh diperkatakan.
Blog MIM pula menawarkan RM1,000 kepada sesiapa yang berjaya membawa lelaki yang dikatakan mirip Anwar tersebut. Ayuh rakyat Malaysia sahutlah cabaran ini. Tembelang Anwar akan pecah, saksikan sendiri reaksi spontan Anwar bila kakinya terkena percikan air, adakah sama aksi itu dengan lelaki dalam video sex? Sudah pasti sama, kerana perlakuan yang dia sering buat tanpa dia sedar sudah menjadi satu tabiat, orang lain sedar perlakuan itu.
Friday, May 27, 2011
PKR dan DAP Zalimi Orang Melayu Selangor
Kacang Lupakan Kulit

Thursday, May 26, 2011
Harga RON95 Kekal
Wednesday, May 25, 2011
Anwar Ibrahim "Hantu Dalam Malaysia" : Nallakarupan
Rakan tenis Anwar membuat pengakuan. Nallakarupan kata Anwar boleh tukar muka. "Dia berapa muka ada saya tidak tahulah. Saya ingat dia pun ada dua lidah..." kata Nallakarupan.
Tuesday, May 24, 2011
PAS Tolak Nasharuddin Mat Isa?
PKR Lebih Pentingkan Signboard Besar Dari Tanah Runtuh
Reaksi Majlis Daerah Hulu Selangor, MDKS, tiada peruntukan untuk memperbaiki tebing berkenaan dan permohonan kepada kerajaan negeri telah dibuat. Pada masa sama, EXCO bertanggungjawab pula mengarah pihak Majlis mengguna peruntukan dari dana khas untuk kerja membaiki tebing runtuh berkenaan. Inikah cara Selangor yang kononnya merakyatkan pembangunan mentadbir negeri?
Persoalannya, kini benarkah MDKS tidak mempunyai peruntukan untuk melaku kerja membaikpulih tembok itu.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, memberitahu lampu jalan di beberapa kawasan di Kuala Selangor kini tidak menyala kerana tunggakan RM100 ribu yang ditanggung Majlis Daerah Hulu Selangor, MDKS kepada Tenaga Nasional Berhad.
"YB Ronnie Liu mengatakan RM60,000 (untuk membiayai kerja baikpulih tembok runtuh) ada dengan Majlis Daerah Hulu Selangor, (disimpan dalam) tabung khas. Tetapi pihak Majlis menyatakan mereka tidak mempunyai peruntukan RM60,000. Sudahnya dia menolak mereka (MDKS) dan kedua-dua pihak (akhirnya menunding jari antara satu sama lain). Maka saya menyatakan kalau anda tidak boleh melakukan kerja baikpulih, tulis kepada saya sepucuk surat rasmi menyatakan Kerajaan Selangor tidak dapat melakukan kerja itu. Kemudian saya akan menulis surat kepada kerajaan pusat memohon peruntukan untuk membaiki ini."
Itu penjelasan Kamalanathan kepada pengadu bila diminta penyelesaiain kepada masalah berbangkit.
P. Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor: "Apa yang saya rasa terkejut ialah mereka rela berbelanja RM600,000 untuk papan iklan kata kena mengena dengan ISA, protes ISA. Papan iklan RM600,000 dia rela buat. tapi RM60,000 untuk baikpulih kawasan ini tak boleh buat. Baru-baru ini, satu kawasan apartmen Balai Polis Bukit Sentosa, angin kuat menerbangkan bumbung. Satu bulan saya tunggu mereka untuk bersihkan bumbung. Satu bulan kerana itu dibuat Kerajaan Negeri semasa PRK dulu. Satu bulan bumbung itu tergantung atas satu lagi apartmen. Mereka tak bersihkan tu. Lepas itu saya turun peruntukan kerajaan BN, saya bersihkan tempat tu. Tunggu lagi untuk mereka betulkan bumbung, tak buat. Akhirnya Jabatan Perdana Menteri turun peruntukan untuk baikpulih bumbung itu."
"Cukai pandai kutip. Tak bayar, dia sita harta. Itu semua dia pandai buat. Tetapi bila rakyat, ini macam mana? Orang nak duduk ini. (Jaffry: Hasil mana pergi?) Pergi ke papan iklan. Semua itu dia guna untuk memperkasakan pakatan pembangkang. Kalau ada pasir sini dia hantar orang la."
Terbaru, hujan di kawasan Bukit Sentosa memburukan lagi keadaan. Belum ada sebarang tindakan daripada MDKS.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor menunggu surat rasmi dari Kerajaan Selangor. Pengadu terusan dirundung malang bila rakyat Selangor tidak didahulukan tetapi keuntungan diutamakan oleh PKR dan DAP di Selangor.
Monday, May 23, 2011
DAP Terbukti Parti Fitnah
Pada 5 Ogos 2009, Mohd Razali Abdullah (Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Krisis Sehenti, Dewan Bandaraya Pulau Pinang, ahli JIM) telah dituduh oleh Jeff Ooi (Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang) sebagai 'ekstremis agama' kerana Razali merupakan ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM), dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020. Lim Guan Eng pernah berkata akan mengikut cara Umar Abdul Aziz, tetapi staffnya menyelar syariat Islam secara terbuka. Ketua Menteri kata lain, staff kata lain.Akhirnya pada 23 Mei 2011, Jeff Ooi didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mengarahkan Jeff Ooi Chuan Aun, membayar RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah, dalam satu saman fitnah.Hakim Vazeer Alam berkata berkata walaupun Ooi tidak mengaku perkataan "mad man" itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lepas, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi telah menggunakan perkataan itu. Terbukti DAP adalah parti fitnah. Rasanya ada lagi kes yang Jeff Ooi berbohong, hendak mengaku atau tidak belum tentu lagi.
RON95 Tidak Wajar Dirasionalisasi
Rasionalnya:
2) Impak kenaikan harga tidak dapat dibendung jika RON95 dinaikkan. Sejauh mana penguatkuasaan terhadap kenaikan harga barang?
3) Kenaikan RON95 akan dijadikan modal untuk perhimpunan "Anger Day" seperti yang berlaku di Mesir. Pembangkang akan mengambil kesempatan yang sama untuk bandwagoning isu-isu lain dalam Bersih 2.
4) Usaha perlu dibuat untuk menyekat ketirisan subsidi yang berlaku sekarang berbanding meletakkan beban tersebut di tangan pengguna.
5) Sejauh mana persepsi rakyat mampu diubah jika RON95 tetap juga mahu dinaikkan, sukar lagi untuk mengembalikan kepercayaan pada BN. Sebelum pisang berbuah dua kali, sesuatu yang hendak dibuat perlu difikir dengan jauh kesan jangka panjangnya.
Video Pendedahan Dokumen Anwar Ibrahim
Sunday, May 22, 2011
Saturday, May 21, 2011
Wan Azizah Sahkan Leher Anwar Dalam Video Sex
Anwar Patut Letak Jawatan

Pensyarah Kanan bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, sekiranya Ketua Pembangkang itu tidak berbuat demikian, beliau gagal mencerminkan sikap yang sepatutnya dizahirkan seorang ahli politik yang beretika.
Menurutnya, Anwar enggan berbuat demikian dengan menjadikan alasan bahawa tuduhan terhadapnya merupakan konspirasi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan karier politiknya.
"Keadaan politik negara ini tidak wujud situasi di mana orang yang melakukan kesalahan bertindak meletak jawatan kecuali apabila terpaksa.
"Ia berbeza dengan negara Barat, apabila ada ura-ura terlibat dalam apa jua kesalahan mereka akan meletak jawatan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Menurut laman web http://newledger.com, Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, 62 dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim, 64, serta bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz, 68, dikatakan menghadapi nasib yang sama apabila mereka telah didakwa terbabit dengan dakwaan berkaitan skandal seks.
Ketiga-tiga individu terkenal itu sama ada Strauss-Kahn, Anwar mahupun rakan rapatnya, Wolfowitz, kesemuanya pernah didakwa terbabit dalam hubungan skandal mereka dengan wanita.
Azeem Fazwan berkata, masyarakat tidak harus terpengaruh dengan kata-kata Anwar yang sentiasa menyifatkan sistem kehakiman negara adalah berat sebelah apabila segala keputusan tidak memihak kepada beliau.
"Sistem perundangan kita berbeza dengan negara luar tetapi tidak bermakna orang yang disabitkan kesalahan tidak dibacakan dengan adil," katanya.
''Tetapi Anwar sedaya-upaya akan mewujudkan satu persepsi kepada masyarakat bahawa sistem kehakiman kita tidak adil semata-mata untuk tujuan politik,'' katanya.
Friday, May 20, 2011
Zuraidah Kamaruddin Sebut Mahkamah Anak Babi

Thursday, May 19, 2011
Anwar Ibrahim Ajak PAS Iktiraf Golongan Gay & Bisexsual
Tabik Buat Anak Kapal Rachel Corrie
Pakar Amerika Syarikat Sahkan Pelaku Video Adalah Anwar Ibrahim
Menurut sumber, sepasukan pegawai yang dihantar ke Amerika Syarikat minggu lalu untuk mendapatkan khidmat pakar pengimejan berkenaan, sudah kembali ke tanah air bersama keputusan itu. Difahamkan tiga perkara diberi perhatian utama dalam analisis pakar dari sebuah stesen penyiaran di Los Angeles itu.
Pertama, mengkaji sama ada video itu membabitkan proses ubahsuai bagi menentukan ketulenannya. Kedua, membuat perbandingan imej dan terakhir, membuat pengesahan gambar dan imej. April lalu, PDRM turut menghantar video sama ke sebuah stesen penyiaran di Korea Selatan untuk dianalisis. Manakala analisis pertama dilakukan sendiri oleh pasukan forensik PDRM. Semua analisis itu memberi satu keputusan sama, iaitu pelakunya adalah individu sama.
3 April 2011, Karpal Singh bersuara meminta agar video seks Seri Carcosa ditayangkan di Parlimen (baca sini). Turut diminta hadir sama ketika video tersebut ditayangkan adalah Anwar Ibrahim. Apakah Karpal mahu mengulangi gesaan agar video ini ditayangkan di parlimen setelah ianya diakui tulen oleh pakar dari luar negara. Tiga kali ujian ketulenan dibuat, satu menggunakan pakar dalam negeri kemudian pakar dari Korea dan Amerika Syarikat, apa lagi yang boleh menafikan bahawa pelaku dalam video itu adalah Anwar Ibrahim? Jam omega pun belum tahu lagi disimpan di mana.Wednesday, May 18, 2011
Penyokong Pembangkang Biadap Terhadap Tun Mahathir
Anwar Ibrahim Disanggah Oleh ABIM

Tuesday, May 17, 2011
Monday, May 16, 2011
Anwar Mengamuk Di Mahkamah
Sunday, May 15, 2011
Benarkah Kereta Anwar Ibrahim Kena Sabotaj?

Apakah ini satu strategi reverse psychology yang sengaja digunakan untuk menarik simpati? Termasuklah SMS yang dihantar kepada Nurul Izzah juga adalah satu game plan untuk tarik simpati? Anwar Ibrahim dilihat terdesak untuk overkilled dirinya sendiri bagi mencetuskan rasa simpati rakyat terhadapnya. Dulu pernah kata kena racun arsenik pada 1998, kemudian kata ada orang ugut bunuh hingga lari ke Kedutaan Turki, kemudian ada pula kes kereta kena sabotaj. Modus symphaty ketika kesnya mendapat perhatian rakyat seolah dimain kembali.
Laporan yang lambat itu mendatangkan kecurigaan kepada rakyat Malaysia malah kenyataan di bawah juga membantu kita untuk memahami isu tersebut. Di antara laporan tersebut:-
1. Pengarah Penyelidikan Biomekanik dan Keselamatan Kenderaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof. Madya Dr. Wong Shaw Voon berkata, penggunaan bahan komponen yang tidak berkualiti juga boleh mengundang permasalahan tersebut. Katanya, pemanduan kenderaan secara keterlaluan atau dipandu dalam keadaan luar biasa turut menjadi punca berkenaan.

"Kalau dalam keadaan biasa, cakera brek tidak akan tertanggal kerana ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan. "Mungkin semasa pemasangan (cakera brek) sebelum itu tidak mengikut standard sebenar atau ia tidak direka bentuk untuk menahan keadaan sedia ada,'' katanya....
2. Dalam pada itu Shaw Voon berkata, pengguna kenderaan yang menghadapi permasalahan itu perlu membuat pemeriksaan bagi menyiasat punca sebenar.
"Jika kemungkinan ia disabotaj, hanya mereka yang mempunyai alat dan kepakaran sahaja boleh berbuat demikian (mengeluarkan skru pada cakera brek),'' katanya.
3. Seorang mekanik, Khairul Nizam Mohd. Hanapiah pula berkata, ciri-ciri keselamatan pada kenderaan Mercedes Benz sangat tinggi berbanding model kereta lain.
Justeru katanya, kemungkinan cakera brek pada kenderaan itu tertanggal sendiri mustahil akan berlaku, melainkan perlanggaran kuat di bawah pemanduan melebihi 80 kilometer sejam.
"Kalau kita buka tayar Mercedes dia ada skru untuk kunci cakera brek, ia tidak akan tercabut jika tayar tidak tercabut.
"Kemungkinan ada orang tanggalkan skru yang menyokong cakera brek itu amat rendah kerana ia memakan masa berbuat demikian kecuali ada kesilapan semasa servis pemasangan brek,'' katanya - Sumber Minda Intelek Melayu.
Anwar Ibrahim Kata UMNO Pandi Kutty

Memang sah Anwar memang mengatakan Dato' Seri Najib dengan gelaran tersebut. Najib is a real ‘pandikutti’,” kata Anwar Ibrahim dalam satu perjumpaan dengan Malaysian Indian Voice (MI-Voice) di Dewan Hamzah, Klang pada 7 Mei 2011. (baca sini) Pandikutti dalam bahasa Tamil bermaksud "anak babi". Kemudian Anwar Ibrahim menafikan dan menyatakan dia tidak sebut perkataan tersebut. Isterinya juga turut membela Anwar (baca sini).
Menggelar orang dengan gelaran "anak babi" adalah satu bentuk politik tidak kotor bagi Anwar Ibrahim. Boleh label orang itu dengan gelaran binatang dan boleh juga hukum orang ke neraka atau syurga mengikut fatwa tok gurunya. Sedangkan pada hakikatnya, orang yang menggelar itu masih belum membersihkan perbuatan peribadinya sendiri. Kebiadapan Anwar Ibrahim adalah sangat melampu. Tidak pernah ada dalam sejarah kepimpinan orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, ada seorang ahli politik sebiadap dan semelampau Anwar Ibrahim.
Friday, May 13, 2011
Pihak Sendiri Kena AUKU, Pro Militan Pula Terlepas

Jika beginilah keadaannya, mengapa UM takut untuk kenakan AUKU secara saksama kepada pihak yang lebih ekstrem tersebut? Bergelak ketawalah pelajar-pelajar pro pembangkang selepas ini. Jangan salahkan sesiapa jika Universiti Malaya masih lagi dikuasai oleh pro pembangkang selepas ini.
Thursday, May 12, 2011
UMNO Terus Relevan : Syed Naquib Al-Alattas

Tokoh tersebut ialah Profesor Datuk Dr. Syed Naquib Al-Attas yang mempunyai kepakaran dalam bidang keagamaan, kebudayaan, sastera, bahasa dan banyak menyumbang dalam penghasilan karya-karya besar yang menyuntik semangat nasionalisme, falsafah dan tradisi masyarakat Melayu.
Ketokohan beliau meliputi pelbagai bidang termasuk bertanggungjawab merancang dan merekabentuk bangunan kampus Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan Antarabangsa (INSTAC) selain bertanggungjawab sepenuhnya dalam melakar bendera UMNO 'Sang Saka Bangsa' pada tahun 1946.
Wednesday, May 11, 2011
PKR Menzalimi 150 Orang Penduduk Kampung Sungai Kerandang
“Tengoklah tangisan dan rintihan rakyat Selangor hari ini di Kg Sg Kerandang, mereka yang kata sayangkan rakyat, nak merakyatkan negeri ini namun tindakan dan sikap kerajaan negeri ternyata tidak menyebelahi rakyat sebaliknya menkayakan kroni-kroni mereka.
“Dua puluh tahun lebih mereka menduduki dan mengusahakan tanah ini, tempat mereka tinggal, tempat mereka mencari makan, di sinilah keluarga mereka, tetapi hari ini kerajaan negeri mahu menghalau mereka dengan merobohkan penempatan dan ladang-ladang mereka, ke mana mereka nak pergi,” katanya.
Beliau bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun dan kira-kira 150 orang penduduk Kampung Sungai Kerandang mempertahankan kampung mereka daripada diranapkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor atas arahan kerajaan negeri Selangor.
Tambahnya, beliau mendapat tahu bahawa kerajaan negeri membuat keputusan zalim ini kerana mereka telah menjual tanah ini kepada sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Ini jelas kata beliau sifat kerajaan negeri Selangor yang mengutamakan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat dan penduduk negeri Selangor, khususnya di Kg Sg Kerandang. PKR sekali lagi menzalimi rakyat di Selangor. Tolak pakatan pembangkang di Selangor.
Twitter Dato' Seri Najib Razak Kena Klon


DAP Pertikai Klinik 1Malaysia
Phee Boon Poh (ADUN DAP Sungai Puyu) menyatakan Klinik 1Malaysia adalah satu pembaziran kerana sudah ada klinik-klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan sesuai kepada orang ramai. Nampaknya DAP sudah tidak ada isu lagi hendak dimainkan, sampai klinik yang mengenakan caj hanya RM1 kepada rakyat pun dipertikaikannya.Apakah sama caj kesihatan di klinik-klinik lain lebih murah berbanding klinik 1Malaysia? Sudah tentu tidak. DAP memang tidak tahu bertimbang rasa kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan memerlukan kos rawatan di klinik. Apakah DAP mampu membuat dan membiayai kos perubatan rakyat dengan membuat kliniknya sendiri? Rakyat yang datang ke klinik 1Malaysia tidak pernah didiskriminasikan dari segi warna politik. Ahli PAS, ahli PKR, ahli UMNO atau ahli DAP semua dapat layanan yang sama dan surcaj yang sama. Mengapa perlu pertikai?
Tuesday, May 10, 2011
Peniaga Gerai Dizalimi di Kedah
Monday, May 9, 2011
Anwar Gelar Dato Seri Najib "Pandikutti"
“Najib is a real ‘pandikutti’,” kata Anwar Ibrahim dalam satu perjumpaan dengan Malaysian Indian Voice (MI-Voice) di Dewan Hamzah, Klang pada 7 Mei 2011. (baca sini) Pandikutti dalam bahasa Tamil bermaksud "anak babi". Sungguh biadap Anwar. Apa yang Anwar marah sangat kepada Dato' Seri Najib hingga umpamakan beliau dengan binatang?Inilah politik cara overkilled yang digunakan Anwar bagi meraih populariti. Bukan sekadar menghina Dato' Seri Najib, Anwar turut berperasan dirinya sebagai Sivaji The Boss. Agaknya Anwar sedang alami masalah identiti dan masalah pemikiran. Apa yang berlaku terhadap dirinya adalah kerana tindakannya sendiri. Pihak yang mendedahkan adalah orang-orang yang rapat dengannya sendiri. Sampai bilalah Anwar perlu berlakon dan bersikap begini. Tindakan menghina Dato' Seri Najib sudah keterlaluan.
Video Ustaz Omar Khalid: DAP Hina Islam
“Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi s.a.w. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”;- (Riwayat Muslim). Moga Allah SWT memelihara negara ini daripada musuh musuh Islam.
Sunday, May 8, 2011
Anwar Dalang Pengkhinat Agama
Anwar berkata sesuatu kepada Brother Augustine Arokiasamy dari Gereja Lutheran sambil diperhatikan oleh Paderi Thomas Phillips dari Gereja Roman Khatolik yang juga merupakan Presiden Majlis Gereja-Gereja Malaysia.Menurut Anwar, beliau menyokong Lina Joy murtad kerana berasaskan prinsip hak asasi (human rights), kebebasan menurut gerak hati (freedom of conscience ), kebebasan memilih (freedom of choice) dan kebebasan beragama (freedom of religion) yang didokongnya. Kebebasan inilah yang menyebabkan ada parti yang hendak pertikai Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan. Anwar adalah dalang di sebalik kebiadapan DAP.
PAS Wajib Cerai Dengan DAP

Saturday, May 7, 2011
Azizan Dalam Dosa: Kaut Hasil Dari Hak Pelajar

Azizah dalam dosa. Baca lanjut di Kedah Senget.
Azizan memang terbukti seorang Menteri Besar yang gagal. Oleh kerana tidak cukup hasil, Azizan telah menekan UUM untuk membayar cukai tanah. Tindakan kerajaan negeri PAS Kedah tidak menyambung rebat cukai tanah kepada Universiti Utara Malaysia, UUM membuktikan negeri itu kini menghadapi masalah kewangan dan tiada cara lain untuk menjana hasil. Akhirnya terpaksa mengambil duit pelajar untuk menampung kelemahan Azizan mentadbir kerajaan negeri.
Chegu Bard Keluar PKR

DAP Berikrar Jadikan Malaysia Negara Kristian?

Friday, May 6, 2011
RM3juta Diseleweng DAP

Jelas Datuk Seri Shafee, keseluruhannya sejak dua tahun lalu, Ean Yong telah menerima 3.2 juta Ringgit melaksana projek di ketiga-tiga DUN itu. Jumlah peruntukan itu diakui Ean Yong. Ditanya sama ada semua wang itu telah disalah guna dan kemudian disalur untuk biaya aktiviti politik DAP, ADUN Seri Kembangan itu bagaimanapun menafikannya.
Nafi sahaja tidak cukup, Ean Yong perlu membuktikan secara beraudit mana duit tersebut pergi.Datuk Seri Shafee turut mencadangkan kepada ADUN berusia 32 tahun itu sama ada boleh dikatakan Teoh membunuh diri secara terhormat bagi melindungi majikan dan parti DAP dari tuduhan rasuah. Ini kerana Teoh tahu banyak perkara dan kegiatan yang berlaku.
Selamatkan Masjid Negara Dari Pakatan Rosak
Thursday, May 5, 2011
Elak Jadi Kuda Tungangan Anwar Ibrahim


Virus Anwar Ibrahim Sudah Berjangkit Pada Mahfuz
"Kalau dah Melayu kuasai BN, apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini," kata Mahfuz kepada Jack Fadzli, pada hari Sabtu, 30 April 2011 (baca sini).Eskay Akan Dedah Satu Video Lagi?

Berita ini tentu mengusarkan lagi Anwar Ibrahim. Satu demi satu pembongkaran dilakukan oleh Datuk Eskay. Apakah ada lagi video membabitkan Anwar akan didedahkan selepas ini? Apakah video baru tersebut berlokasi pula di luar negara? Mengamuk lagilah Shamsul Iskandar selepas ini. Hakikatnya, Eskay sudah bersumpah dan bersedia untuk ujian poligraf, Anwar bila lagi?








