
Saturday, April 30, 2011
Zunar Menghina Kalimah Allah SWT

Friday, April 29, 2011
Video Sex: Anwar Sudah Gelabah, Tembelang Sudah Pecah
Inilah wajah pembohong besar, sudah terkantoi tidak mengaku pula. Siapa lagi yang hendak pertahankan Anwar? Hanya orang yang taksub dengan Anwar sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan dan kebenaran. Letak jawatanlah Anwar.
Video Sex Full Version Anwar


Berikut adalah video full version:
http://panglima-harimau.blogspot.com/2011/04/panas-berapi-mari-lihat-video-seks.html (klik sini)
Thursday, April 28, 2011
Mana Anwar Pergi?
Video Sex Part 2: Wajah Semakin Jelas
Wednesday, April 27, 2011
Imej Lelaki Y Dalam Video Part 2
Video Sex Anwar Ibrahim Part 2
Video Part 2, saksikan di sini. Apa lagi yang hendak Anwar nafikan? Perut? Muka?
Tuesday, April 26, 2011
Air: PAS Gagal di Kedah & Kelantan


Laman Air Kelantan Sdn Bhd seolah menyembunyikan siapa Lembaga Pengarah untuk Syarikat Air Kelantan (baca sini). Begitu juga dengan fakta pemilikan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (baca sini). Mereka seolah menyembunyikan sesuatu dari rakyat. Patutlah di Selangor, mereka amat marah dengan SYABAS, ini kerana di Selangor mereka gagal berikan projek air kepada syarikat kroni. Pembangkang memang gagal mentadbir. Masalah air pun gagal diurus dengan baik bagaimana hendak mentadbir seluruh negara ini?
ADUN PKR Kena Tazkirah

Malaysiakini: Artikel Memecah Belah Perpaduan
Tujuan artikel tersebut boleh diagak, pertama cuba memberikan imej negatif yang berterusan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibawah tanggungjawab Timbalan Perdana Menteri. Kedua, cuba mencetuskan kebencian masyarakat kepada profesion perguruan. Serangan yang berterusan setelah Namewee melakukannya sebelum ini. Ketiga, cuba memecah belahkan perpaduan kaum yang ada di negara ini. Demokrasi tidak menghalalkan segalanya di negara. Penyalahgunaan media untuk mengganggu ketenteraman awam tidak boleh dibiarkan berterusan.
Monday, April 25, 2011
Lelaki Y Sah Adalah Anwar Ibrahim
25 April 2011, Sah, lelaki 'Y' adalah Anwar Ibrahim. Ia berdasarkan profil DNA daripada tiga bahan bukti yang mengandungi DNA Anwar sepadan dengan air mani ditemui pada dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.Misteri siapa lelaki Y terungkai di akhir kes pendakwaan kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu siang tadi.Dalam keterangan saksi pendakwaan sebelum ini, tiga objek, tuala good morning, botol air mineral dan berus gigi dianalisis untuk sampel DNA.
Manakala calitan diambil dari dubur pengadu, mempunyai kesan air mani . Peguam Cara Negara Dua, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin dalam hujahnya berkata, hasil ujian kimia kedua-duanya sepadan dengan DNA tertuduh. Apa lagi helah Anwar Ibrahim selepas ini? Membuat penafian lagi?
ADUN PKR Mempertikai Bacaan Talqin
Rashid Latiff ( ADUN PKR-Ampangan) dalam soalannya di Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada 25 April 2011 telah mempertikaikan bacaan talqin yang menyentuh tentang cacing yang membaham jenazah orang Islam selepas dikebumikan sedangkan menurut beliau, di kawasan perkuburan orang Islam tertentu, cacing tidak wujud (baca sini).Apa sudah jadi dengan wakil yang PKR pilih ini? Talqin pun dipertikaikan. Amat terbuka dan liberal benar PKR sekarang ini. Wakil rakyat PAS sendiri tertunduk malu dengan soalan Rashid Latiff tersebut. Nampaknya, dakyah DAP telah berjaya mengotori pemikiran wakil rakyat PKR ini.
DAP Parti Yang Kejam

Sunday, April 24, 2011
Video Sex: Azmin Berang Dengan Mustafa Ali

“Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.
“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,” kata Azmin seperti dipetik dari laman Twitternya, pada 23 April 2011. Amat jelas sekali tiada demokrasi dan kebebasan bersuara dalam pakatan pembangkang. Sesiapa yang bersuara dan bercanggah pendapat kerana menegur kesalahan akan disisihkan.
Ianya sudah berlaku pada Zulkifli Nordin, Gobalakrishnan dan ramai lagi yang telah keluar parti. PKR hanya untuk tiga A sahaja (Anwar, Azizah dan Azmin). Jika Anwar salah sekalipun, ianya perlu disapu ke bawah karpet. Itulah cara PKR kendalikan isu video sex. Amat memalukan sekali.
Bangsaku...
Bangsaku, masa depan esok belum tentu,
Bangsaku, kuasa ini boleh hilang sebegitu,
Bangsaku, susah sangatkah hendak bersatu?
Melayu adalah 1bangsa, lahirnya di Nusantara,
Pernah miliki 4 empayar yang gagah perkasa,
Langkasuka, Srivijaya, Johor dan Melaka,
Gagah di samudra, terkenal seantero dunia,
Perpecahan sebab segala, khianat jadi punca,
Bumi Melayu mula dijajah oleh penjajah bangsa,
Penderitaan mula dirasa, kekayaan mulai dinoda,
Nyawa, tanah dan kedaulatan telah diperkosa,
Patani jatuh ke tangan Siam,
Kepulauan Melayu, Belanda cengkam,
Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris,
Kerajaan Melayu Sulu dikuasai Perancis,
Sejarah 500 tahun penjajahan Melaka seakan kembali,
Agama dipersenda, Raja Melayu tidak lagi dihormati,
Melayu yang mabuk kuasa sanggup menjual harga diri,
Mengkhinat bangsa sendiri, Mahu gadai tanah pribumi,
Bangsaku, kita baru 54 tahun berkuasa,
Kemakmuran dan kesejahteraan baru dirasa,
446 tahun bangsa menderita dan terseksa,
Bersyukurlah kita pada nikmat yang Maha Kuasa,
Belum terlambat untuk Melayu menyesal,
Belum terlajak untuk Melayu berundur,
Putus kiambang masih belum berpatah arang,
Bangsaku, Nasi belum menjadi bubur,
Adakah Melayu memang bangsa yang pelupa,
Masih berpecah ketika orang lain bersatu untuk kuasa,
Jangan sampai Melayu dijajah semula,
Bangsaku, mari bersatu demi alif, ba & ta.
Raja Melayu Tidak Lagi Diendahkan DAP

Friday, April 22, 2011
Kerajaan PKR Selangor Tidak Hormati Bahasa Kebangsaan
Majlis menggunakan lambang kerajaan negeri Selangor tetapi tulisan bukan melambangkan bahasa kebangsaan. Jelas ada sesuatu yang tidak kena majlis tersebut. Apa yang hendak dirahsiakan dalam majlis tersebut daripada pengetahuan orang Melayu? Apakah ada sesuatu yang rasis yang tidak boleh dihadiri oleh orang Melayu? Beginilah caranya DAP menganjurkan majlis majlis rasis untuk mengembangkan fahaman DAP. Ini satu cara yang bahawa untuk perpaduan rakyat di negara ini. Memecahkan belahkan rakyat melalui fahaman politik rasis.
Teman Video Sex Anwar Sudah Ditemui
Menurut Metro, polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video sex dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam. Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China. Wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan yang dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota.
Sejak tewas di Sarawak pada 16 April 2011, sehinggalah ke hari ini, Anwar masih lagi pusing dunia untuk mencari helah dan alasan untuk dibawa pulang bagi menipu rakyat. Malanglah bagi orang yang terus ditipu oleh Anwar, mereka seolah membenarkan perkara yang salah menjadi halal. Sedarlah, sampai bila perlu percaya dengan orang yang sering menipu seperti Anwar.
Thursday, April 21, 2011
Surat Rasis Terhadap Umat Islam di Pulau Pinang


"Masjid itu merupakan jasa buruk Barisan Nasional itu sebabnya kami sokong kerajaan sekarang". Maksud kerajaan sekarang adalah merujuk kepada kerajaan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng dari DAP.
"Tiap-tiap Jumaat, banyak orang berhenti motorsikal di sebelah masjid (tepi jalan) Lebuh Raya Lanchang, perkara ini buat kami berasa sangat marah". Ini satu kenyataan yang bersikap perkauman dan langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam. Tidak sewajarnya desakan sebegini rasis dibuat dalam surat tersebut. Pihak terbabit perlu menyiasat surat ini dan mengenakan tindakan yang wajar demi keamanan dan ketenteraman negara ini.
Wednesday, April 20, 2011
Mahukah Anwar Bersumpah Laknat?
“Abdul Hadi dan Nik Aziz nak jadi saksi macam mana, belum tengok sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... ustaz macam mana ni? Belum tengok sudah buat keputusan dan kata fitnah.“Mereka tak tengok filem sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... saya cabar Abdul Hadi, Nik Aziz termasuk Anwar Ibrahim sumpah laknat sebab kata video itu fitnah,” kata Datuk Shuib Lazim (baca sini).
Anwar tidak pernah mahu bersumpah laknat dalam kes-kes sebelum ini. Kena tanya pasal jam Omega pun dah mengelabah, inikan pula diminta bersumpah. Anwar masih lagi pusing satu dunia dari London sampailah ke Jepun untuk mencari jamnya yang hilang itu. Tidak pelik kalau Anwar kerana takut bersumpah kerana Anwar tahu dia memang salah. Apa yang pelik adalah penyokong Anwar yang masih lagi mempercayai tipu dan helah Anwar. Sampai bila mereka sanggup ditipu oleh Anwar?

Video Analisa Wajah Anwar, Memang Sepadan
Video yang disunting oleh Gerak Gempur Maya Nadi Rakyat ini mengesahkan individu dalam video sex 21 minit yang didedahkan oleh Datuk T adalah sepadan dari segi raut wajah. Padanan saiz muka adalah sama. Bentuk muka individu dalam video Seri Carcosa tersebut dengan wajah Anwar adalah sepadan. Apa lagi yang hendak Anwar nafikan?Ustaz Azizan Semakin Merapu
"Serahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada kerajaan negeri kalau dah tak mampu nak tadbir kewangannya," kata Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak (baca sini). Makin merapu sakan nampak MB PAS Kedah ini. Masalah sampah pun tak boleh selesai, air pun tak selesai, banjir di Kedah pun PAS gagal selesai (baca sini), itu pun hendak minta tadbir UUM.PAS Kedah gagal mentadbir KUIN dengan baik, hinggakan Mahfuz Omar sendiri letak jawatan dalam syarikat yang membangunkan KUIN (baca sini). Kalau dapat UUM kat PAS, lingkup habis jadinya. Sewajarnya PAS berasa malu dengan Tun Mahathir yang membangunkan kawasan Sintok daripada sebuah kawasan yang terpencil menjadi sebuah universiti pengurusan. PAS hanya "reti" kutuk orang dan maki orang dalam ceramah.
Cek bernilai RM10,000 ditulis atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Kedah. Tulis surat mohon tebang balak, kemudian bagi pelan lokasi balak dan beri cek RM10,000. Apa maksudnya? Rasuah balak di Kedah. Cara mudah PAS untuk dapatkan duit selain naikkan cukai tanah di UUM.

Apa yang PAS buat untuk tadbir Kedah menjadi lebih baik? Bila dapat perintah Kedah pada 2008, PAS jadi terkejut. Mereka tidak tahu mentadbir dengan baik. Cara mudah yang PAS boleh buat untuk dapatkan duit adalah dengan tebang balak (baca sini) dan naikkan cukai tanah. PAS melingkupkan masa depan rakyat di Kedah. Tolak PAS di Kedah.
Tuesday, April 19, 2011
Joezuax Dedahkan Gambar Terbaru Anwar Sepadan Dengan Lelaki Dalam Video

Pendedahan ini menunjukkan dengan jelas susuk tubuh dari tepi secara membongkok dan jelas kelihatan lengan yang sepadan dengan lelaki dalam gambar. Perut Anwar juga kelihatan buncit sama dengan perut dalam lelaki dalam video tersebut. Apa lagi alasan yang mahu diberi oleh Anwar Ibrahim. Tidak mahu mengaku lagi?
PAS Langgar Perlembagaan Sendiri
Pembangkang memainkan isu Taib Mahmud sebagai sudah lama di Sarawak. Isu ini akhirnya memakan diri kembali bila didapati bahawa Nik Aziz, Kit Siang, Karpal Singh dan Hadi Awang sendiri lebih lama memegang jawatan dalam politik dan tidak pernah berniat untuk berundur langsung.Mengikut Perlembagaan PAS (Pindaan 2001), Fasal 7 (1), (6) "Seorang Ketua Majlis Syura 'Ulamak yang dikenali sebagai Mursyidul 'Am dan seorang Timbalannya yang dikenali sebagai Timbalan Mursyidul 'Am hendaklah dipilih di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun".

Ini bukan lagi lagi lima tahun, tetapi sudah berdekad lamanya PAS telah mencabuli perlembagaan parti mereka sendiri. Kepimpinan cara diktator telah memburukan reputasi PAS sebagai sebuah parti yang demokratik.Malah PAS juga turut melanggar Fasal 6, Perkara 6 yang menyebut "Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS". Bekerjasama dengan DAP yang jelas menentang Islam adalah jelas pertentangan dengan perlembagaan PAS. Riwayat PAS akan terkubur selagi masih berkawan baik dengan DAP.
Anwar Buat Pembedahan Perut di London

Buat apa Anwar terbang ke London? Adakah hanya untuk menonton perlawanan Arsenal dan Liverpool sahaja? Kelibat Anwar Ibrahim didapati ada di klinik pembedahan 111 Harley St. London pada pagi 18 April 2011. Bimbang juga Anwar bila dicabar membuka perut oleh Gobalakrishnan (baca sini).
Gobala turut mendakwa Anwar memakai bekung di perut. Tummy Tuck Surgery di klinik 111 Harley St. London mampu mengempiskan perut yang buncit. Pembedahan bertaraf dunia di klinik tersebut hanya mengambil masa tiga jam sahaja. Bukan setakat Gobala, Rahimi yang rapat dengan Anwar juga mendakwa perut Anwar Ibrahim semakin berisi. Pandangan dari seorang yang menjaga "diari merah" Anwar Ibrahim.
"Saya memang tidak pernah melihat Anwar tidak berbaju, tetapi selalu berurusan ketika beliau memakai baju T. Memang jelas keadaan susuk tubuh Anwar berisi dan bukan tegap sebagaimana didakwa Wan Azizah," kata Rahimi Osman, bekas pembantu khas Anwar Ibrahim (baca sini). Anwar sudah kantoi. Terpaksalah pergi ke London untuk betulkan perut. Jauh Anwar terbang sampai ke London untuk mencari jam Omega dan kempiskan perut. Inilah jadinya bila orang yang buat salah tidak hendak mengaku salah. Putar seluruh alam untuk tutup kesalahan.
Bila PAS Perintah, Lintang Pukang Habis Jadinya
Dulu cukai tanah hanya RM150,000 setahun bawah BN, bila PAS perintah terus naik 10 kali ganda jadi RM1.8 juta setahun. Bekalan air untuk 25,000 orang penuntut UUM pun gagal dilaksanakan dengan baik (baca sini). Sampah di Alor Setar pun bersepah. Balak ditebang. Inilah jadinya bila PAS memerintah. Lintang pukang jadinya.Apa alasan Ustaz Azizan untuk naik cukai hampir 10 kali ganda? Mana dia pelajar-pelajar yang mendakwa pro Mahasiswa kononnya dalam isu ini? Pro Mahasiswa pasti tak melawan sebab yang melakukan kesalahan adalah PAS. Bukan setakat itu sahaja, PAS juga gagal menjawab isu penyelewengan KUIN. Projek pembinaan KUIN fasa kedua telah diberikan secara terus kepada sebuah syarikat lain bukan melalui tender (baca sini). Habis lintang pukang satu negeri bila PAS perintah.















