

31 Mac 2011, 30 peniaga Pasar Lama MPKB membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggesa siasatan dibuat berhubung transaksi wang bernilai RM44.8 juta membabitkan urusan jual beli pasar itu, Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru.Peniaga terbabit mendakwa, transaksi tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan Kerajaan PAS Kelantan dikatakan telah menjual Pasr Lama MPKB dengan nilai RM3.8 juta kepada sebuah syarikat swasta dan pada masa sama membeli tingkat satu Bazar Tengku Anis dengan harga terlalu tinggi iaitu RM18 juta untuk menempatkan mereka di situ.
Mohd. Zaman Yusoff yang mengetuai kumpulan peniaga terbabit berkata, Bazar Tok Guru juga perlu disiasat, bagaimana bazar itu yang asalnya dibangunkan oleh Perbadanan Menteri Besar kelantan (PMBK), akhirnya terpaksa dibeli balik daripada pemaju swasta dengan jumlah RM23 juta."Kami mahu tahu kenapa Kerajaan Pas Kelantan jual Pasar Lama MPKB dengan harga hanya RM3.8 juta tapi beli Bazar Tengku Anis dengan harga sangat tinggi bernilai RM18 juta untuk tempatkan peniaga yang asalnya berniaga di Pasar Lama MPKB".







































