Apakah Nik Aziz ini bukan dari bangsa Melayu? Jika Nik Aziz bukan Melayu maka Nik Aziz tidak layak untuk menjadi Menteri Besar di Kelantan. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan Artikel 12 (2) menyebut Menteri Besar di Kelantan mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Disebabkan Nik Aziz dilahirkan sebagai Melayu, maka Nik Aziz layak menjadi Menteri Besar di Kelantan. Mengapa perlu dibenci sangat pada asal-usul bangsa sendiri.
Biarpun Nik Aziz tidak cintakan bangsanya sendiri, namun kerajaan BN tetap menunaikan tanggungjawab kepada umat Melayu di Kelantan. Bantuan yang diberikan kepada orang Melayu di Kelantan adalah mengikut kehendak perlembagaan Malaysia yang ditulis untuk menjaga kedudukan orang Melayu dalam Perakara 153 (sektor awam, biasiswa, permit dan kuota dan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi). Kalau pun tidak mahu berterima kasih kepada orang yang memberi, janganlah mengeluarkan kenyataan yang begitu pada bangsa sendiri. Islam menganjurkan wasatiah (kesederhanaan) pada umatnya. Ingatlah asal usul bangsa sendiri.

























Hazim Mohd Noh (














