Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kuan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan [penganutnya oleh Lee Kuan Yew, demikian tulis Tun Mahathir dalam blognya.Pada 23 Januari 2011, Lee Kuan Yew (Menteri Mentor Singapura) telah menggesa umat Islam supaya "be less strict on Islamic observances" ke arah integrasi dan pembangunan negara di Singapura (baca sini). Gesaan Kuan Yew ini adalah satu penghinaan kepada umat Islam bukan sahaja di Singapura malah yang serumpun dengannya di Indonesia, Malaysia, Brunei dan juga di negara-negara Islam lain. Inilah bentuk pluralisme dan liberalisme yang cuba dibawa oleh Kuan Yew. Namun Nik Aziz langsung tidak bersuara untuk menentang sikap liberal Kuan Yew ini.
Dalam PAS, hanya Nasrudin Hassan (Ketua Dewan Pemuda PAS) yang berani mengeluarkan kenyataan untuk mengecam Kuan Yew dalam blognya dan Harakah pada 25 Januari 2011 (baca sini). Nasrudin mungkin boleh membuat kenyataan demikian kerana beliau tidak ada sebarang kepentingan dengan Lee Kuan Yew. Apakah Nik Aziz dan Husam ada kepentingan yang begitu besar hingga takut untuk keluarkan sebarang kenyataan melawan Kuan Yew? Apakah Kuan Yew ada kepentingan dalam balak dan juga projek-projek pembangunan di Kelantan hingga membuatkan Nik Aziz takut untuk bersuara?Nampaknya Nasrudin Hassan lebih mengikut cara Tun Mahathir berbanding Nik Aziz yang mungkin sudah luput pengaruhnya di kalangan orang orang muda PAS. Malah kekalahan PAS di Tenang juga berpunca daripada fatwa Nik Aziz. Golongan muda PAS telah melihat Nik Aziz bukan lagi sebagai idola mereka. Majoriti mereka lebih suka cara Tun Mahathir. Sewajarnya Nik Aziz berundur segera sebagai Mursyidul Am PAS. Nik Aziz sudah jadi liabiliti pada PAS. Undurlah Nik Aziz, dengan Lee Kuan Yew pun tidak mampu berlawan lagi. Dah lama dah Nik Aziz, undurlah. Dulu mengata orang sebagai sudah lama, sekarang kena atas batang hidung sendiri.































