Friday, October 28, 2011

Dwistandard DAP di Pulau Pinang



Apabila kereta rakyat parking di tempat yang menghalang lalulintas, maka kereta rakyat tersebut akan terus dihukum tanpa budi bicara oleh kerajaan DAP. Apabila ada kedai rakyat yang berniaga dan didakwa mengganggu lalulintas maka kedai tersebut akan dirampas tong gas, kemudahan memasak dan segalanya oleh kerajaan DAP.

Apabila kereta ADUN DAP yang parking di tepi jalan, segala undang-undang tersebut seolah-olah dicampak ke tepi sahaja. Menurut blog Generasi Pejuang Bangsa (GPB), Parti Cinta Malaysia (PCM) mendedahkan bukti bergambar sebuah kereta ADUN DAP yang parkir sesuka hati di Lebuh Pantai. Bila ADUN DAP buat segala-galanya menjadi halal. Undang-undang apa sebegini?


"Tutup kedai, balik India," perkataan rasis yang dilontarkan Ng Wei Aik (ADUN DAP Komtar, Setiausaha Politik Lim Guan Eng) kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar pada 4 Januari 2011 (baca sini).

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pun tidak mengambil sebarang tindakan ke atas kereta DUN terbabit. Namun jika ada peniaga yang melakukan kesalahan, seluruh kedainya akan disita, akan diruntuhkan oleh DAP. Ada peniaga yang diusir oleh DAP di Pulau Pinang (baca sini). Inilah kezaliman DAP terhadap rakyat di Pulau Pinang. Undang-undang dwistandard diamalkan oleh pemerintahan kuku besi DAP di Pulau Pinang.

0 comments: