Wednesday, October 26, 2011

Budaya Lilin Di Bawa Masuk ke UIA



Malam tadi (25 Oktober 2011), 50 orang yang mendakwa mereka adalah mahasiswa telah membawa masuk budaya memasang lilin ke UIA, sebuah universiti Islam di negara ini. 50 orang yang melakukan kerja terbabit adalah daripada kalangan kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Rata-ratanya dalah orang luar yang diketuai oleh Ahmad Syukri Abdul Razak (seorang pelajar dari KUIS).


Pemimpin PAS, Nizar di upacara kematian Teoh Beng Hock

Sebelum ini kita pernah mendengar Mufti Perak menegur tindakan Nizar Jamaluddin memasang lilin "Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran Kristian. Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya.



Aziz Bari pertikai tindakan Sultan Selangor yang mencegah kejadian murtad di Selangor. Kemudian ada kumpulan pula mengadakan upacara lilin untuk sokong Aziz Bari. Apa ini?

Malam tadi, golongan SMM yang mendakwa mereka menyokong Aziz Bari sanggup menyalakan lilin di masjid sebagai tanda protes. Mengapa perlu pertahankan Aziz Bari yang menyoal tindakan Sultan Selangor dan menyatakan tindakan Sultan Selangor sebagai tidak selari dengan ajaran Islam? Pasang lilin untuk pertahankan Aziz Bari di masjid. Budaya apa pula yang hendak dibawa ke UIA ini. Siapa dalang di sebalik demo lilin ini? Apakah beberapa orang Melayu ini sedang dipergunakan oleh pihak lain untuk mencabar kuasa Sultan?

1 comments:

Anonymous said...

Dari 50 'mahasiswa' yg bawa lilin tu, seorang pun tak tahu pasal hukum? Menyedihkan. Sememangnya mereka ini lahir utk dijadikan tunggangan sahaja.