Aziz Bari mempertikaikan kuasa Sultan Selangor yang bertanggungjawab ke atas agama Islam di Selangor bila menuduh Sultan Selangor bertindak tidak selari dengan ajaran Islam dalam menyelesaikan kes siasatan JAIS di gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos 2011. Ini satu tuduhan yang amat berat dan melampau. Pensyarah yang bercakap bagi pihak pembangkang tersebut turut bersetuju dengan pendapat bishop Katolik bahawa tiada bukti dalam kes tersebut. Bukti bagaimana lagi yang dikehendaki, bukankah ada video, pengakuan daripada 12 orang Islam yang cuba dimurtadkan dan borang soal selidik yang telah dibuang ke dalam tong sampah. Sebagai seorang yang dicanang sebagai pakar, Aziz Bari tidak sewajarnya mengecam bidang kuasa Sultan Selangor.
Malah lebih biadap bila ada Facebooker yang menggunakan identiti Melayu yang menuduh Sultan Selangor secara terbuka di portal milik pembangkang tersebut. Aziz Bari sudah menjadi sebahagian daripada perkakas DAP untuk mengecam institusi raja di Selangor. Tuntutan yang diminta oleh Zulkifli Nordin perlu dipenuhi oleh pembangkang di Selangor. Sebagai seorang pensyarah yang dianggap pakar, Aziz Bari perlu memohon maaf kepada Sultan dengan segera.






4 comments:
Tahniah Aziz Bari, berani kerana benar. Sultan bukannya tuhan atau nabi yang tak boleh dipertikai.
Kalu di Thailand aziz bari dah kena buang dah !!!
sepatutnya sbg org Islam, kita sama2 menyokong org Islam, ini tidak lg nk sokong org Kristian lak.. apa la nasib org Islam kt Malaysia ni, nk kena tgu jd mcm kt Palestin gaknya baru nak sedar..
Professor tengah cari glamor bro!! jangan teperangkap dengan mulutnya yang pandai berbahasa.
Dia ada darah mamak, bukan melayu sejati, pemikirannya dan falsafahnya dia saja yang tahu.
Dalam kita menyokong satu2 puak harus beringat, jangan nanti kita ikut manusia fasik..
Post a Comment