Akhirnya penghasilan video ini oleh mediarakyat telah membuktikan pengiktirafan Anwar Ibrahim kepada barisan blogger dan pejuang cyber Barisan Nasional yang berjuang selama ini untuk mempertahankan negara ini daripada jatuh ke tangan pakatan pembangkang. Tanya kembali, kenapa Anwar perlu menyeru blogger pakatan untuk pertahankan kesalahan moral yang dilakukan oleh dirinya sendiri?
Jika prinsip matlamat menghalalkan cara dan kesalahan tetap dipertahankan maka rakyat hanya akan dimomokkan dengan maklumat yang tidak benar dalam pembacaan. Mata, telinga dan minda akan disogok dengan persepsi yang tidak benar semata-mata untuk memenuhi tuntutan peribadi individu tersebut untuk menjadi Perdana Menteri.
Amukan Anwar dalam video di atas memperihalkan lagi apa sebenarnya yang berselirat dalam tempurungnya. Tahniah blogger, facebooker dan barisan pejuang yang mempertahankan negara ini daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Anwar. Teruskan berjuang untuk kebenaran.





0 comments:
Post a Comment