Wednesday, September 28, 2011

Namewee Semakin Melampau

Bukan sahaja tidak pernah minta maaf langsung atas apa yang telah dilakukan dahulu. Kali ini lebih biadap, Namewee telah mengeluarkan satu video di Youtube yang mengeluarkan perkataan-perkataan kesat ke atas akhbar Utusan Malaysia. Lihatlah gaya tangan Namewee di atas tersebut. Orang sebegini memang keras kepala. Hendak layan buat apa lagi.


Sepatutnya orang sebegini jangan dilayan kerana dia agendanya sendiri. Tidak wajar ada artis-artis Melayu yang terlibat sama dengan Namewee. Perangai dan sikapnya masih belum berubah. Masih sama. Menjadi lebih biadap bila dia merasai ada orang Melayu yang turut sama menyokongnya. Takut sangat hilang undi hingga lepaskan sahaja Namewee ini.

Kalau undi orang Melayu yang selama ini setia menyokong Barisan Nasional hilang bagaimana? Lebih percaya pada orang yang memaki hamun dan mencarut orang Melayu dan agama Islam berbanding pejuang-pejuang Melayu yang setia. Berilah muka lagi, esok mereka pijak muka pula. Terlepas lagi nampaknya Namewee ini.

8 comments:

Anonymous said...

Betul la apa yg namawee ckp. Utusan tulis paper ikut suka mana boleh. Bikin panas saja. Kau ni pun apa tau. Aku org melayu tp aku sokong Namawee walupun dia kutuk2 tp apa yg dia ckp mmg btul. Ada org baru nak naik je, mesti ada yg x puas hati. especially org melayu. Aku mmg x puas hati betul la

PengajianAm@A said...

ANTI DAP

Anonymous said...

pikir sebelum awak tulis ni ok? aku oang melayu jg agreed dgn ape yg Namewee kata, reporter tu tulis la kat blog sendiri mcam awak. kenape nak tulis kat Utusan News ? memalukan aje... bodoh !!!

Anonymous said...

Sori bro...i skg namewee sbb ape yg ditulis dlm uXusan mmg xpro...

Anonymous said...

SEDIH DGN MELAYU SEJAK DARI PORTUGIS HINGGA KE NAMEWEE MASIH MEMBENARKAN DIRI UNTUK DIAJAR UNTUK BERJALAN SECARA KURANG AJAR...PERKATAAN "LU" SAHAJA MEMBERI GAMBARAN TIADANYA RASA HORMAT..NAMEWEE HANYA MENGGUNAKAN DASAR2 KERAJAAAN DENGAN MATLAMAT PERPADUAN RAKYAT HANYA UNTUK BACK LASHED BANGSA MELAYU SEKIRANYA MELAYU BERSUARA...TIDAK LEBIH DRPD. ITU..MELAYU PERLU BIJAK DLM MELIHAT SEKILAS IKAN DIAIR ..TAHU JANTAN BETINANYA..KALAU TIDAK AKAN TERUS DIMAINKAN DAN TIDAK DIHORMATI...

kampong boy said...

ko tak de kat tempat die bro, jadi senang a ko post bende ni, chill la, takyah nak racist sangat la bang an..
kalau ko ade kat tempat die? aku rase ko buat lebih dari tu..
sorry bro, aku cuma cakap, tingkat memang ada atas bawah bro, tapi orang tajk, sume same je, sume penah buat silap.. ko pon kan??

Anonymous said...

Nazri Aziz dah senyum keh keh keh =) Pegi la tanye Menteri ko dari UMNO tuh... huhuhuhu kesian ko Azrinizar ....

Anonymous said...

blog ni nak benci sgt pun,PM sokong plak budak namawee tu.haa....agak checkmate disitu bagi satu blog yang amat pro kerajaan tahap dewa....