
Berikut adalah statistik HIV/AIDS yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2010 yang menunjukkan Kelantan adalah negeri yang paling tinggi mempunyai kes tersebut. Pada 2008, kadar jangkitan HIV di Malaysia pada nisbah 13.3 orang, manakala 10.8 orang pada 2009 bagi setiap 100,000 penduduk, sedangkan Kelantan mencatat nisbah 47 orang pada 2008 dan 37.2 orang tahun 2010.
Ranking yang sama dikekalkan oleh negeri tersebut pada 2011 bila 28.8 orang bagi setiap 100,000 penduduk negeri itu. Jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lepas ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang. Apakah pendekatan yang dibuat untuk mengatasi masalah sosial ini? Sewajarnya kerajaan negeri PAS mencari satu kaedah yang segera untuk atasinya. Tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Ini di bawah tanggungjawab kerajaan negeri sendiri.

Nik Aziz berkata, sikap rakyat Kelantan yang suka berhibur di negara jiran juga sukar dikawal dan merupakan antara faktor menularnya penyakit yang tiada penawar itu (baca sini). Nik Aziz akui bahawa inilah punca sebenarnya, mengapa exco-exco PAS dan pihak pentadbiran kerajaan negeri PAS tidak bertindak berdasarkan punca ini? Mahu lihat ranking kekal pada tahun depan?
Ini tidak, isu sebenar ini mahu dialihkan menjadi satu polemik yang lain. Majlis Fatwa telah memberikan kenyataan berkaitan dengan hudud (kenyataan di atas). Pastinya kenyataan tersebut tidak akan dipersetujui oleh beberapa pihak. Bagaimana pula dengan kenyataan yang dibuat oleh pihak PAS di bawah ini? Pasti akan ada orang PAS yang tidak bersetuju dengan Presiden PAS.






0 comments:
Post a Comment