Tuesday, September 6, 2011

Dinasti Anwar Dalam Pembangkang

Bermula dengan bapa, isteri dan anak sulung kemudian diikuti oleh anak kedua dan mungkin selepas ini menantu dan cucunya. Itulah dinasti yang cuba diwujudkan oleh Anwar Ibrahim dalam pakatan pembangkang di Malaysia. Bapa jadi Ketua Umum PKR, Emak jadi Presiden PKR, anak sulung jadi Naib Presiden PKR selepas ini anak kedua pula akan bertanding jadi Naib Presiden PKR. Semua hendak bertanding merebut jawatan di parlimen.

Nampaknya PKR tiada pemimpin pelapis dan tiada tokoh untuk menjadi pemimpin melainkan mengambil anak-anak Anwar Ibrahim. Selepas ini ambil pula anak-anak Azmin Ali jadi calon dalam pilihan raya. Atau Pengerusi PKR negeri hendak membodek bossnya tetapi hakikatnya inilah budaya kronisme yang diamalkan dalam pakatan pembangkang sekarang. Lihatlah kepada keluarga Kit Siang dan Karpal Singh. Habis satu keluarga bertanding. Ini belum lagi berkuasa, kalau tidak hanya tiga keluarga utama yang memegang tampuk kuasa iaitu keluarga Anwar Ibrahim, Kit Siang dan Karpal Singh. Kronisme dalam pembangkang.


0 comments: