
“Dalam satu dialog yang diadakan di Universiti Australia pada 1999 yang mana Chin Peng menjadi subjek utama di mana mereka duduk bersama dengan dia untuk mentelaah dan bertukar fikiran dan bertanya pelbagai isu yang telah berlaku.
“Saya juga berjumpa dengan Chin Peng, bahasa Malaysia dia macam kita tapi loghat Perak sebab dia orang Perak . . . Chin Peng mengakui serangan di Bukit Kepong diketuai Mat Indera yang turut dikenali sebagai panglima yang memerintah di selatan Johor termasuk utara Johor, Batu Pahat, Muar, Segamat, Tangkak dan keseluruhan negeri Johor,”
Berikut adalah kata Datuk Zulkifli Abdul Rahman (Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman) pada 15 September 2011 dalam forum "Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan". Ini bukti bahawa Chin Peng mengiktiraf perjuangan Mat Indera sebagai komunis dan sumbangan Mat Indera dalam membantu usaha Chin Peng bagi mencapai misi komunis untuk mengambil alih negara ini menjadi Republik Komunis.
Rakyat Malaysia perlu faham bahawa strategi komunis untuk menubuhkan sebuah republik berfahaman komunis di negara ini menggunakan banyak pendekatan. Pada awalnya, komunis menubuhkan sebuah rejimen yang dianggotai oleh orang Melayu untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.
Bila kurang sambutan, komunis mula menggunakan golongan agama untuk menagih sokongan. Kini, bila kepulangan Chin Peng ditolak , tidak mustahil beberapa orang politik digunakan untuk menagih kembali sokongan tersebut. Kalau pun Chin Peng tidak pulang tetapi agenda yang mahu dibawa oleh komunis telah mulai disemai kembali oleh pihak lain. Berhati hatilah dengan pendekatan komunis ini.





0 comments:
Post a Comment