Buku teks sejarah akan menulis Chin Peng sebagai hero kemerdekaan Malaysia jika pakatan pembangkang menang. PAS lupa siapa yang ramai membunuh orang Melayu bila berkuasa hanya 14 hari di negara ini? PAS sudah hilang akal dan tidak waras. PAS sudah amalkan "parti ajaran sesat". Siapa yang Chin Peng ajak untuk minum kopi dan pertahankan Chin Peng pulang (baca sini).
Tidak menghairankan bila PAS mempertahankan ucapan Mohd Sabu menyokong komunis pada 21 Ogos 2011. Kemudian giliran Mujahid Yusof Rawa pula menganggap bahawa serangan yang dibuat oleh komunis terhadap balai polis Bukit Kepong sebagai serangan ke atas British. Ini kerana pakatan pembangkang sudah mula mempertahankan sesuatu yang tidak benar untuk berkuasa.
Bukan sahaja isu Mohd Sabu, tetapi dalam isu murtad di gereja (baca sini), isu liwat Anwar Ibrahim, isu Elizabeth Wong berbogel, isu skandal video sex Anwar Ibrahim (baca sini), isu penyelewengan duit RM8,000 yang masih belum dijawab dan berbagai lagi perkara yang mendedahkan pembohongan pembangkang. Semuanya mereka pertahankan. Pembangkang sanggup menipu diri sendiri semata-mata tidak mahu undi mereka hilang. Mereka tidak bersikap jujur dengan diri mereka sendiri. Sanggup menegakkan benang yang basah untuk berkuasa. Sejarah akan ditukar kalau mereka berkuasa.






1 comments:
Bersedilah untuk membungkus Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti....
14 undi dalam rumah saya yang menolak Dollah Badawi dalam PRU12 akan kembali kepangkuan BN...!
Post a Comment