Monday, September 5, 2011

Cerita Mengenai Asal Usul Komunis Siri 1



Sejumlah 4,338 nyawa terkorban dari kalangan pasukan keselamatan dan orang awam (1865 pasukan keselamatan dan 2473 orang awam) serta 6,711 pengganas komunis dalam tempoh 12 tahun tempoh darurat di Tanah Melayu. Termasuk dalam statistik ini mungkin ada juga kaum keluarga daripada pemimpin pakatan pembangkang? Mungkin jika pemimpin pembangkang tersebut tidak memiliki saudara mara di Tanah Melayu ini kerana memiliki kad pengenalan berkod 71. Inilah jumlah angka korban pengganas yang hari ini dipuja sebagai hero oleh PAS.

1 Julai 1948, seorang pegawai jajahan berbangsa Cina dibunuh oleh komunis di Perak, kemudian pada 12 Julai 1948, Pengganas beruniform merampas lombong arang batu di Batu Arang Selangor. 5 pekerja China dibunuh dan loji dimusnahkan. Komunis membunuh ramai orang awam. 17 Julai 1948, mereka menyerang Balai Polis di Gua Musang. Kampung dan sawah-sawah telah diganggu oleh pengganas komunis. Pejuang kemerdekaan apa jika membunuh orang awam? PAS sudah hilang akalkah?

Ahli-ahli PAS sudah buta sejarah. Fahaman Komunis di Tanah Melayu bermula sejak tahun 1923. Beberapa sekolah malam telah ditubuh dan digunakan untuk menyebarkan dakyah kebangsaan Cina serta Komunisme. Di samping itu, pertubuhan-pertubuhan buruh Komunis telah juga muncul pada tahun 1926. Pada tahun tersebut, di Negeri Sembilan sahaja di mana terdapat ramai suku Hailam (suku Hailam dikatakan pendokong utama fahaman Komunis), terdapat tidak kurang sepuluh pertubuhan pekerja yang berkait rapat dengan pihak Komunis.

Perkembangan seterusnya telah membawa kepada penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada April 1930 di atas arahan Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Communist International atau Comintern) yang dipengaruhi oleh Rusia. PKM dikehendaki mendapatkan sokongan orang Melayu (terutamanya kaum petani) dan orang India. Bagaimanapun PKM merasa terdesak mendapatkan sokongan orang Cina kerana permusuhan di antara negeri China dan Jepun semakin serius di antara tahun 1931-1937.

Oleh yang demikian, PKM cuba menjuarai kempen anti-Jepun di kalangan mereka dan kurang memberi perhatian kepada dasarnya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Bagaimanapun PKM tetap meneruskan kegiatannya menghasut kaum pekerja di ladang-ladang getah dan di bandar-bandar dengan matlamat mewujudkan kegelisahan perindustrian. Sepanjang lewat 1930an, mogok berlaku di merata tempat di samping rusuhan akibat kempen anti-Jepun.

1 comments:

Anonymous said...

admin,

semua tarikh2 yg kamu nyatakan adalah tarikh sebelum merdeka. negara masih dlm cengkaman penjajah british. serangan tersebut lebih kepada serangan kepada penjajah. jadi apa yg dinyatakan oleh mat sabu adalah benar.